Terlebih awal

2.2K 135 48
                                    

Awal-awal pagi lagi Vernon yang merupakan pengawas sekolah telah berdiri di depan pintu pagar sekolah dan bersiap sedia untuk mendenda pelajar yang datang lewat ke sekolah .Maklumlah, memang dah jadi hobinya untuk mendenda orang dan acah cool dekat sekolah.

"Woi budak !" tegur pak guard yang berada di dalam pondok pengawal itu.
Vernon hanya menoleh ke arah pak guard tadi tanpa berbicara.

"aku tau la kau ni budak yang berdisiplin. Tapi agak-agak la kau pun skarang baru pukul 6pagi, budak mana je nak datang sekolah pukul 6pagi ni woi" bebel pak guard tersebut atau lebih dikenali sebagai divaboo. Ye lah, dia pak guard je kut tapi acah datang kerja pakai tuxedo bagai.

"ouh ye ke? patutlah saya tengok gelap je langit ni. Ingatkan pintu taubat dah tertutup tadi."jelas Vernon yang berasa hairan sambil mengerutkan dahinya.

"yelah. Kau ni kat rumah takde jam ke? Aduhh sadis benor hidup kau ni. Nak jadi pengawas tapi bengap." kutuk pak guard boo itu.

"Aku ikut jam Malaysia sebab tu lambat sejam. Dah la aku nak pergi kantin dulu sementara budak lain tak datang lagi." kata Vernon yang cuba melarikan diri daripada terus dikutuk.

👣👣👣👣

Sebaik sahaja Vernon sampai di kounter meja kantin dia berasa terkejut kerana makanan telah siap dimasak. Selalunya makcik kantin baru nak datang time macam ni.

"Uishh, banyaknya makanan. Rajin betul makcik kantin masak banyak-banyak. Selalunya pukul 7 pun belum tentu dah siap makanan." bebel Vernon sendirian sambil melihat-lihat makanan yang terdapat di atas kounter makanan itu.

Tiba-tiba seorang lelaki keluar daripada bahagian dapur kantin dan meluru ke arah Vernon.

"ye adik nak beli apa?" Soal lelaki tadi yang mukanya tidak tumpah seperti kuda.

"Err, saya nak sa-sandwich je lah" kata Vernon gagap apabila yang dilihatnya itu lelaki dan bukannya perempuan.

tanpa segan silu Vernon pun memberanikan diri untuk menanyakan soalan kepada lelaki yang rupanya seperti tidak terlalu tua darinya.

"tumpang tanya, kau ni kontraktor makanan baru ke kat skolah ni?" soal Vernon.

"Haah. Nama aku Seokmin tapi panggil Dk giteww." jawab lelaki yang bernama Dk itu.

"Aik, takkan sorang je kontraktor makanan dekat sekolah ni?" soal Vernon lagi.

"Dah manusia dalam sekolah ni pun 13 orang je campur dengan aku. Nak banyak-banyak buat apa? Nanti membazir je kalau makanan terlebih." bidas Dk pula.

"Hehehe iye tak iye jugak." kata Vernon sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
SANDWICH! Ya sandwich aku tadi. Aku borak dengan Dk ni sampai esok pun tak habis.

"Haa Dk mana sandwich aku tadi. Aku rasa aku hulur dekat kau 10 000 Won tadi. Takkan sandwich sekeping smpai 10 000 Won. Baki mana baki ?" tanya Vernon apabila teringatkan baki duitnya masih belum diberi oleh Dk. Bukan boleh percaya sangat dia ni. Kang aku tak tanya dia buat kelam pulak baki duit aku tu.

"Ouhh hehehe. Aku ingatkan kau dah lupa, baru nak bawak masuk dalam dompet aku tadi." seloroh Dk yang sudah berniat untuk menambah dosanya itu.

Dengan hati yang tidak rela, Dk pun memberikan baki duit itu kepada Vernon. Tanpa banyak bicara, Vernon pun terus duduk di meja kantin dan menjamah sandwich yang telah dibelinya tadi.

To be continue...

 [✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now