1 - MAG

417 28 8
                                    

Re - Write

____________________

"Baba please! Rissa tak nak pergi sekolah tu lagi!. Rissa sakit ba. Tolonglah percayakan Rissa. Rissa merayu pada baba Rissa tak nak pergi sekolah itu lagi." air mata yang mengalir laju dibiarkan sahaja. Rayuannya langsung tak dipedulikan oleh Tuan Hayden.

Bagi Tuan Hayden, Bella Airissa hanyalah merungut tidak mahu ke sekolah.

"Jangan nak merungut Rissa. Baba hantar Rissa ke sekolah untuk belajar. Nak jadi apa kalau tak nak pergi sekolah? Nak jadi samseng ponteng sekolah? Macam tu ke Rissa?"

Puan Ju mengusap belakang Bella Airissa bagi menenangkan anaknya. Pilu hatinya melihat pertelingkahan anak beranak ini.

"Baba langsung tak percayakan Rissa.Selama ni Rissa tak pernah menyusahkan baba. Kali ni je baba tolonglah percayakan Rissa. Sekolah tu neraka bagi Rissa. Tiada keadilan yang Rissa dapat. Baba sendiri tidak mengambil tahu tentang Rissa da--"

"Dah! Baba tak nak dengar lagi Rissa cakap macam ni. Esok baba hantar dan jemput Rissa disekolah. No excuse! Pergi naik bilik sekarang"

Bella Airissa tergamam. Apakan daya, dia tiada bukti untuk membela dirinya. Bella Airissa masuk kebiliknya. Kata-kata Tuan Hayden sangat menyakitkan hatinya.

"Kenapa baba langsung tak percayakan Rissa. Rissa rindu baba yang dulu"

Bella Airissa tersentak. Dia mengalihkan pandangan dipintu biliknya.Terserlah wajah Puan Ju bersama dengan dulang yang berisi makanan.

"Anak mama dah bangun? Jom makan Rissa"

Bella Arissa hanya menganggukkan kepala dulang ditepi katil di pandang kosong. Dia tiada selera mahu makan.

"Nanti adik makan. Ma pinjam phone boleh?"

Puan Ju memberikan phone miliknya. Tak perlu ditanya dia sudah tahu apa yang Bella Airissa mahu lakukan.

Bella Airissa menekan nombor seseorang. Badannya dibaringkan semula dan membelakangkan Puan Ju.

"Hello"

Kedengaran suara lelaki itu membuatkan Bella Airissa tersenyum.

"Along! Along sihat?"

"Hai adik. Sihat je. Adik macam mana okay ke?"

Puan Ju keluar daei bilik tidur anaknya. Tidak mahu menganggu Bella Airissa dengan perbualan bersama abangnya.

My Annoying Guy | Malay storyWhere stories live. Discover now