Buka saja mata, silau cahaya matahari memenuhi ruang mata. Pasti mama yang buka langsir biliknya. Kepala terasa pening mungkin kerana menangis teruk semalam.
Semua salah along!
kalau dia tak bagi ayat sedih kat aku mesti aku tak nangis sampai tengah malam!.Tiada orang lain yang boleh dipersalahkan selain abangnya.
Handphone di hidupkan dan berdentum notification mesej dan misscall masuk. Ia memeningkan kepalanya lagi. Lalu phone itu dicampak jauh darinya.
Jam di pandang menunjukkan sudah pukul 9 pagi.
Bella Airissa bangun untuk menyiapkan dirinya. Memandangkan hari ini hari sabtu jadi dia tidak perlu pergi ke sekolah.
Selesai menyiapkan diri, Bella Airissa turun ke bawah.
"Rissa cantik-cantik pakai baju kurung ni nak pergi mana?"ramah Mak Jah bertanya.
"Morning Mak Jah. Rissa nak pergi ziarah mama Ani" kata Bella Airissa.
"Siapa hantar Rissa?" sampuk Puan Ju dari dapur.
"Along." Bella Airissa menunding jari pada Ben Airiss yang sedang enak menjamah sarapan.
"siapa teman Rissa dekat sana? Nak baba temankan?"soal Tuan Hayden. Suasana terus menjadi janggal. Jarang sekali baba mahu menemannya.
"Seorang je. Takpe lah ba, lagi pun along ada" Tuan Hayden hanya menganggukkan kepalanya saja. Sudah diduga dengan jawapan anaknya.
"Selendang dah bawa?" Puan Ju mengingatkan Bella.
"Dah ma. Adik pergi dulu eh. Along cepatlah!" Jerit Bella. Makan macam budak. Lambat!.
"Ye sabarlah. Ish minah ni nak cepat je. Ma, ba kitaorang pergi dulu" Bella Airissa dan Ben Airiss menyalami tangan kedua orang tua mereka.
****
Sampai sahaja dilokasi mereka, Bella mengeluarkan selendangnya dan disarungkan atas kepalanya.
"Lawa adik along pakai tudung macam ni."puji Ben ikhlas.
"Betul tak nak along temankan?" Ben mahu kepastian dari adiknya itu.
"Thanks and yeah. Takpe along pergi lah jumpa kawan along ke lepak mana-mana ke nanti ambil adik dalam pukul 10 am. Adik tunggu along kat sini tau" pesannya.
Ben menganggukkan kepalanya. Lalu Bella keluar dari perut kereta abangnya itu.
****
"Assalamualaikum, ya ahli kubur" Bella memberi salam dan berjalan menuju ke sebuah kubur. Sampai saja dihadapan kubur nama di batu nissan itu di baca.
Allahyarham Farhani Iman.
"Assalamualaikum mama Ani. Mama Ani apa khabar? Rissa rindu sangat dekat mama Ani."
Bella Airissa berbasa-basi. Dia tersenyum bila teringat akan kembali kenangannya bersama mama Ani.
"Mama Ani...apa yang patut Rissa buat sekarang ni? Rissa buntu. Rissa perlukan nasihat mama Ani macam dulu. Rissa tak kuat mama Ani. Rissa rindu mama Ani pujuk dan belai rambut Rissa. Bila Rissa nangis mesti mama Ani lap guna kain ni dan suruh Rissa baring atas peha mama Ani. Rissa simpan lagi kain ni"
Bella Airissa mengesat air matanya menggunakan kain itu lalu dia meletakkan kain itu di hujung bucu kubur itu. Kini dia merenung kubur didepannya semua kenangan itu bermain di fikirannya.
*Flashback
Tok, tok!
"Puan Ani, maaf... saya terpaksa satukan bilik Puan bersama dengan pesakit lain. jangan risau pesakit ini tiada penyakit kronik dan berjangkit. Saya harap puan faham dengan situasi di hospital kami sekarang." Jururawat itu sudah resah kerana bimbang akan perasaan pesakitnya itu.
YOU ARE READING
My Annoying Guy | Malay story
Teen FictionSTARTED: [10/5/21] FINISHED:[🤷♀️🤷🏻♀️🤷🏽♀️] ______________________ HE IS TROUBLE . Fayye Airyan, lelaki yang akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan. Dengan wajah yang kacak, kaya, keluarga ternama dan baik hati. Memudahkan lagi untuk dirin...