Re - Write__________________________
Hampir gugur jantung Bella Airissa didalam kereta.
Mana taknya! Bawak macam palesit minah ni. kejar apa pun aku tak tahu.
"Kau okay tak ni Bell?" Risau pula Qaisarah melihat muka pucat Bella.
"Ni first and last aku naik kereta dengan kau! Rasa macam nak terkeluar jantung aku tau tak! Bawak slow slow je lah" bebel Bella.
"Haha aku bawak 120 je kot" Qaisarah membela dirinya.
"Kau ingat ni highway ke?" Bella menjegil matanya pada Qaisarah.
Konon nak tunjuk garanglah tu.
"Ee dahlah. Kau cakap nak cari hadiah untuk mama kaukan. Dah takyah membebel dah macam nenek je kau ni"
Bella hanya membuat pekak saja.
****
"Banyak gila barang kau beli!!" Bella membuat muka terkejut.
Yelah baru masuk beberapa kedai pakaian minah ni dah borong macam-macam.
"Banyak ke? Ada lagi barang yang aku nak cari ni. Hehe"
Qaisarah tersengih.Dia tak boleh datang mall kalau dengan tangan kosong, pasti ada saja yang menghasutnya untuk bershopping sakan.
Maklumlah kitakan gegirl.
"Aku yang nak cari hadiah mak aku ni pub tak jumpa- jumpa lagi. Kau dah lebih 5 paper bag kat tangan."
"Alah senang je nak cari hadiah tu. Mama kau suka apa?" Soal Qaisarah niat untuk membantu.
"Hmm entah. Yang aku tahu mama aku 24 hours depan tv layan korea dia. Ha tu je lah" polos Bella menjawab.
Qaisarah menepuk dahinya sendiri. Bebal juga kawannya sorang ini.
"Takkanlah kau tak tahu langsung mama kau suka apa selain layan cerita korea dia tu. Contoh macam handbag ke heels ke baju ke takkan takde kot"
Terang Qaisarah.
"Hmm semua tu baba dah selalu belikan untuk mama. Aku nak different" terang Bella. Sedaya upaya dia memikir barang yang sesuai untuk dihadiahkan untuk mamanya.
"Why not kita cari dekat kedai boutique jubah okay tak?"
Soal Bella. Qaisarah berfikir sebentar.
"Okay, jom!"
****
"Hm Bella aku nak pergi tandas sekejap, kau carilah dulu jubah untuk mama kau" pinta Qaisarah sebelum pergi. Bella hanya menganggukkan kepalanya.
Dia masih khusyuk mencari jubah yang lawa.
"Tandas kata mana eh?"
Qaisarah berdialog sendiri. Sebenarnya dari tadi dia tahan dan kalini dia tidak boleh tahan lagi.
Ni semua pasal air Bella! Kalau dia tak pelawa aku minum air dia takde lah aku sakit perut macam ni.
YOU ARE READING
My Annoying Guy | Malay story
Teen FictionSTARTED: [10/5/21] FINISHED:[🤷♀️🤷🏻♀️🤷🏽♀️] ______________________ HE IS TROUBLE . Fayye Airyan, lelaki yang akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan. Dengan wajah yang kacak, kaya, keluarga ternama dan baik hati. Memudahkan lagi untuk dirin...