Re - Write_________________________
"erghh! Bau ubat! Busuknya!"
Bella Airissa menutup hidungnya. Kepala yang sedikit pening disandarkan dikepala katil.
"Tak payah nak busuk sangatlah"
Bella Airissa tersentak. Mata dikalih ke kiri melihat empunya suara itu.
"kau siapa?" Soalnya.
"Takyah tahu. Ni kau dah bangun kau pergi office then report siapa yang buat kau ni"
Kerek gila mamat ni!
Sebijik perangai macam orang hidung besar tu! Suka sangat nak arah-arah orang.
Dia ingat dia tu siapa?!
"Tak payah nak kutuk aku. Ni ambil baju ni tukar dulu."
Baru Bella Airissa perasan baju sekolahnya sudah basah dan berbau 'hanyir'.
"Baju siapa ni? Besarnya"
Bella Airissa mengukur baju itu dibadannya. Baju itu mencecah pehanya.
"Baju sepupu aku. Takpe kau pakai je. Dia tak marah."
Bella Airissa hanya mengangguk lalu bangun dan menuju bilik air yang ada dalam bilik kesihatan itu. Pening kepalanya dengan bau ubat yang busuk.
****
Bella Airissa menuju ke cafe mahu mengisi perutnya yang lapar semula. Dia langsung tidak mengikut arahan lelaki tadi. Dia berfikir tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.
"Laparnyaa..nak makan nasi dua pinggan okay kot, ayam goreng dua ketul hmm sedapnya... lauk ada apa je eh?"
Sedang Bella Airissa bermonolog sendiri, badannya direntap dari belakang. Terpusing Bella Airissa.
Dia kembali menstabilkan badannya. Melihat kelibat seorang gadis dihadapannya lalu muka toya ditayangkan.
Apa lagi minah ni nak?
"Mana kau dapat baju ni?" Muka kerut Adriana dipandang malas.
"Orang"
pendek dan tenang Bella Airissa menjawab.
"Aku tanya kau elok-elok ni. Jangan nak loya buruk dengan aku"
Minah ni memang ada short kat otak ke? Takde kerja dah tiba je nak soal siasat orang pulak? Nak jadi polis pulak ke?
"Aku dapat baju ni dari orang.
O. R. A. N. G. Orang. Dah faham? Ke nak aku cakap dalam bahasa jepun? Ke korea? Oh ke nak aku cakap bahasa thailand? Sounds good right?"Muka menarik secarik senyuman bila melihat muka merah padam Adriana. Heh sebok sangat pasal orang!
Stress aku!
"Kau ni memang tak gu--"
"Adriana"
Aku dan Adriana serentak memandang ke arah suara itu.
YOU ARE READING
My Annoying Guy | Malay story
Teen FictionSTARTED: [10/5/21] FINISHED:[🤷♀️🤷🏻♀️🤷🏽♀️] ______________________ HE IS TROUBLE . Fayye Airyan, lelaki yang akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan. Dengan wajah yang kacak, kaya, keluarga ternama dan baik hati. Memudahkan lagi untuk dirin...