"Okay dah sampai"Qaisarah merenggangkan ototnya yang terasa sengal selepas memandu kereta.
"Jom lah masuk Rumah aku dulu. Minum air kejap" pelawa Bella Airissa.
"Eh, takpelah segan aku dengan family kau" jujur Qaisarah.
"Alah ada mama dengan mak Jah je. Tak yah segan tegur-tegur je then balik lah" pujuk Bella Airissa lagi.
"Emm next time je lah eh. Sorry Bell"
Balas Qaisarah. Bella Airissa diam sebentar sebelum menyambung semula.
"Betul eh tak nak masuk dulu?" Soal Bella Airissa.
"Ya" pendek jawab Qaisarah.
"Betul ni? Kat rumah aku tu adaaa-" sengaja dibiarkan ayat tergantung untuk melihat reaksi Qaisarah. Bella Airissa mengangkat sebelah keningnya.
"Ish! yelah, yelah aku masuk kejap je tau" muka dikerutkan.
Bella Airissa tersengih kerana berjaya memujuk kawannya itu masuk ke rumahnya untuk menegur mamanya.
"Okay"
Mereka keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke pintu rumah agam itu.
"Assalamualaikum, ma oh ma!" Bella Airissa memberi salam.
"Rumah kau ada orang ke tak ni?" Soal Qaisarah disebelahnya.
"Entah. Kejap aku tengok kat dapur kau duduklah dulu dekat sofa tu. Suiz lampu dekat sebelah pintu tu."
Pesan Bella Airissa sebelum meninggalkan Qaisarah.
****
"Ma sekarang ma" bisik Ben Airiss.
Puan Ju menganggukkan kepala. Ben Airiss, Puan Ju serta Mak Jah keluar dari tempat persembunyian mereka dimana bawah tangga rumah mereka itu.
Buka saja lampu mereka semua menjerit"SURPRISE!" Wisel ballon ditiup kearahnya.
"UMI!!"
Qaisarah terkejut lalu menutup telinga dan matanya.
"O..ow" Bella Airissa terus melihat apa yang kecoh diruang tamu.
Pasti kawannya terkejut beruk. Hahaha..
"You guys wanna surprise me huh? Sorry tak jadilah ma. Mak Jah pandai sekongkol dengan mama. Nakal eh"
Bella Airissa berkata lepas melihat makJah dan Puan Ju sebelum matanya melirik kearah lelaki yang sedang menenangkan kawannya.
"OMG! Siapa tu?!" Bella Airissa berlari anak mendekati Ben Airiss.
Bella Airissa menarik belakang kolar baju lelaki itu jauh dari kawannya itu. Tangannya menghempuk kepala lelaki itu.
"Ha tu makan dia! Main peluk je kawan orang! Awak siap--"
Lelaki itu memusingkan badannya sambil mengusap kepalanya yang terasa sakit.
Sebelum dia dapat memeluk along kesayangannyya itu, Qaisarah sudah mendapat dulu.
"Shush shush.." Ben Airiss mengusap perlahan dibelakang badan Qaisarah yang menggeletar itu.
Timbul rasa bersalah pula dihati.
"What's going on?" Bella Airissa merapati kawannya itu lalu membuat perkara yang sama seperti Ben Airiss.
"Hey, look at me Sarah" Bella Airissa mengangkat kepala Qaisarah untuk memandang mukanya.
YOU ARE READING
My Annoying Guy | Malay story
Teen FictionSTARTED: [10/5/21] FINISHED:[🤷♀️🤷🏻♀️🤷🏽♀️] ______________________ HE IS TROUBLE . Fayye Airyan, lelaki yang akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan. Dengan wajah yang kacak, kaya, keluarga ternama dan baik hati. Memudahkan lagi untuk dirin...