Re - Write_______________________
"Awak tu selalu sangat manjakan anak awak yang sorang tu!" Terinjut bahu Puan Ju terkejut dengan jerkahan Tuan Hayden.
"Saya dah pujuk dia. Abang sendiri tengok kan. Tak perlu lah tengking saya. Abang macam baru kenal adik tu semalam pula, abang sendiri yang buat dia jadi macam tu jadi abang jangan nak merungut kenapa anak abang tak suka dengan abang. Saya pun tak ada mood nak ikut abang dah!"
Puan Ju menghempas pintu kereta dengan kuat dan kembali masuk ke dalam rumahnya. Dia sudah malas mahu bertengkar dengan suaminya itu.
Mendengar bunyi enjin kereta yang semakin sayup tahulah dirinya bahawa suaminya telah pergi.
Kaki melangkah naik ke tingkat atas.
"Ma"
Terhenti kaki Puan Ju. Badan dikalih ke belakang dan melihat susuk tubuh Bella Airissa.
"Mama, adik nak minta maaf sebab adik mama gaduh dengan baba."
Bella Airissa menghampiri Puan Ju tangan dicapai lalu menyalam dan mencium tangan tua itu.
"Adik tahu kalau adik dengar cakap mama semua ni tak akan jadi"
Puan Ju mengusap lembut kepala Bella Airissa. Lalu senyum nipis dihadiahkan.
"It's okay sayang. Dah pergi masuk tidur"
Pesan Puan Ju lalu melepaskan tangannya dari genggaman Bella Airissa dan berlalu naik ke atas meninggalkan Bella Airissa dibawah.
Bella Airissa tahu bahawa mamanya masih marahkan dirinya.
"I have to do something"
****
"Hello"
Mendengar saja suara lembut ditalian Bella Airissa tersenyum lebar.
"Hello Sarah"
"Ye Bella. Kau nak apa ni?"
Bella Airissa kira-kira mahu cakap atau tidak tentang hajatnya.
"Emm...aku nak minta tolong kau sikit ni"
"Ha tolong apa?"
Setelah lama mendiamkan diri, Bella Airissa berterus terang pada Qaisarah.
"Lah itu je ke? Boleh sangat. Aku pun tengah bosan ni takde benda nak buat. Nanti kau cakaplah pukul berapa and kat mana"
"Emm tapi aku tak boleh naik driver aku sebab nanti mesti mama nampak. Apa kata kita pergi sekali kau datang rumah aku"
"Ha okay. Share location rumah kau kat aku"
"Okay!" Jawab Bella Airissa teruja.
****
"Pss, pss"
Aduhh, Mak Jah ni!
"Mak Jah! Kat belakang ni" Bella Airissa memanggil Mak Jah secara berbisik. Kerana tidak mahu didengar oleh Puan Ju.
"Kamu ni dah kenapa Rissa oi. Berbisik - bisik ni."
Bella Airissa menayangkan sengihnya yang menampakkan gigi putihnya tersusun cantik.
YOU ARE READING
My Annoying Guy | Malay story
Teen FictionSTARTED: [10/5/21] FINISHED:[🤷♀️🤷🏻♀️🤷🏽♀️] ______________________ HE IS TROUBLE . Fayye Airyan, lelaki yang akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan. Dengan wajah yang kacak, kaya, keluarga ternama dan baik hati. Memudahkan lagi untuk dirin...