Re - Write
______________________
Suasana tegang saja. Satu-satu muka dilihat oleh guru disiplin itu. Name tag dilihat sekilas.
"Are you new here?"
jari ditunding ke arah Bella Airissa. Perlahan-lahan Bella Airissa menganggukkan kepala.
Bella memandang name tag milik guru disiplin itu. Madam Mona.
"Ini dah kali keberapa pun saya tak tahu. Awak tak muak ke tengok muka saya ni banyak kali Adriana?"
Kata-kata Madam Mona itu dibalas dengan riak bosan. Dia sudah bosan dengan suara guru itu. Sempat Adriana meniup kukunya dan mengendahkan Madam Mona yang berdiri dihadapannya.
She so fucking rude.
"I'm sorry madam." Qaisarah separa menunduk dihadapan Madam Mona.
"Awak berdua saya lepaskan. Memandangkan hari ini hari pertama awak Bella Airssa sekolah disini jadi saya harap awak tak akan masuk lagi ke bilik ini"
Bella Airissa faham apa yang dimaksudkan Madam Mona itu. Lalu dia dan Qaisarah mengangguk dan keluar dari bilik itu. Sempat matanya bertemu dengan mata lelaki itu.
"Eee! Kenapa lah dalam dunia wujud jugasssssssssssssss perangai macam minah lampir tu. Nasib ada Fayye kalau tak dah lama aku lunyai minah tu. Eee geramnya! Sebab dia kaki aku ni jejak dalam bilik disiplin!" Teriak Qaisarah hanya dipandang saja oleh Bella Airissa.
Fayye?
Baru mereka mahu bergerak, pintu bilik dibelakang mereka dibuka dari dalam. Lelaki itu dan Adriana. Dengan sengaja Adriana jalan dicelahan antara Bella Airissa dan Qaisarah lalu menolak kasar bahu mereka.
"Eee! Minah ni ada yang kena dengan aku kang! Geram je aku tengok minah lampir ni" pekik Qaisarah.
Shit! Kuatnya dia tolak.
"Kau perempuan! Dah lama aku perhatikan kau" Adriana mendekati Qaisarah yang berada dibelakang Bella Airissa. Badan Bella ditolak kasar ketepi.
Eh perempuan ni main kasar pulak! Nak tolak orang.
Belum sempat Adriana mahu menarik rambut Qaisarah, Bella Airissa terdahulu menarik rambut Adriana yang panjang mengurai itu jauh dari kawannya.
"Don't you ever touch my friend or else i'll break your arm" bisik Bella Airissa membuatkan Adriana tersentak. Tarikan rambut itu dilepaskan perlahan.
Adriana masih tidak mahu mengalah lalu menolak kuat badannya sehingga Bella Airissa terdorong kebelakang.
Sempat lelaki itu melihat Bella jatuh kebelakang. Dari tadi dia hanya melihat mereka berentap. Bella memberikan pandangan yang tajam pada lelaki itu. Lelaki itu seolah faham tetapi tidak dipedulikan.
Matanya hanya memandang tepat pada mata Bella seperti mahu memakan dirinya.
What's wrong with him?
"Watch out your eyes from my boy--"
baru saja dia mahu menolak Bella Airissa dari rapat pada Fayye Airyan, Adriana tersentak bila satu tangan besar menariknya dengan kasar menjauhkan Adriana dari Qaisarah dan Bella Airissa.
YOU ARE READING
My Annoying Guy | Malay story
Teen FictionSTARTED: [10/5/21] FINISHED:[🤷♀️🤷🏻♀️🤷🏽♀️] ______________________ HE IS TROUBLE . Fayye Airyan, lelaki yang akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan. Dengan wajah yang kacak, kaya, keluarga ternama dan baik hati. Memudahkan lagi untuk dirin...