4 - MAG

167 17 6
                                    

Re - Write

________________________

"Mama!" 

Masuk sahaja ke dalam rumahnya. Terus Bella Airissa mencari kelibat Puan Ju.

"Mana mama ni? Mak Jah pun takde kat dapur. Mana semua orang?"

Seketika itu, Bella Airissa mendapat idea dimana mahu mencari mamanya.

Confirm! Mama kat situ.

"Mama!" Jeritnya lagi. Tetapi tiada sahutan. Kaki masih melangkah menuju ke tempat dimana mamanya suka meluangkan masa.

Kan betul. Orang panggil bukan nak jawab mama ni!

"Mama!" Diam.

"Mamaaa! Orang panggil buat tak tahu je. Asyik-asyik drama korea je!"

Puan Ju yang berada didepan kaca tv itu langsung tidak pedulikan Bella Airissa yang membebel kesorangan.

Mama ni nak kena ni..

Tiba-tiba muncul idea nakal Bella Airissa untuk mengenakan Puan Ju.

Dengan berjengket-jengket Bella Airissa menghampiri suiz besar lalu dia menutup untuk suiz kaca tv dan..

1

2

3

"BELLA AIRISSA!!"maka berkejaranlah anak dan mak itu.

Bella Airissa pantas mendaki anak tangga berlari menuju ke biliknya. Takut dengan muka singa Puan Ju itu yang seperti mahu membaham dirinya.

Tu lah cari pasal lagi. Kan dah penat.

Bella Airissa mendapatkan katilnya lalu menghempaskan badan ke atas katil. Terasa hilang sakit badannya kerana membawa beg yang berat.

Ni baru hari pertama dah macam-macam jadi. Lepas ni apa pula...

Baru saja mahu melelapkan matanya kedengaran bunyi iphone 7 miliknya. Tanpa melihat nombor di screen handphonenya panggilan diangkat.

"Hello"

Namun tiada bunyi dari panggilan itu.

"Hello?"

Bella Airissa bersuara lagi. Tetapi sama saja tiada sahutan.

"Ish lantak lah. Orang dah angkat call buat perangai macam anak raja pula tak nak cakap dengan orang." Jerit Bella Airissa melepaskan geramnya.

Eh tapi...ayat tu macam pernah dengar tapi kat mana?. Lantaklah...

Masam mukanya kerana diganggu masa tidurnya.

"Eee taknak cakap sudah! Bye!"

"Eh kejap..." Lah ada suara? Ingat bisu tadi!

"Hahaha...mak aku pesan jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal sebab tu aku diam je" sambungnya lagi.

The heck!!!

My Annoying Guy | Malay storyWhere stories live. Discover now