Tak...tak mungkin..Ma..macam mana?..
Mata Bella Airissa mula berair. Malu, marah, kecewa semua perasaanya bercampur baur. Bella Airissa menggelengkan kepalanya. Dia seperti tidak percaya apa yang sedang berlaku, dia kebelakang lalu mengambil begnya dan terus berlari keluar dari studio itu.
Bella Airissa terkejut bila seorang berada didepan pintu studio, dari terkejut bertukar marah bila melihat senyuman sinis dimuka itu.
"Suka tak dengan hadiah aku?" sinis Adriana berkata dengan senyuman dibibirnya.
"Apa yang kau tak puas hati dengan aku? Mana kau dapat video tu?!"
Dingin Bella Airissa bertanya, dia masih boleh menahan kemarahannya. Dia mahu tahu tujuan perempuan itu berbuat begitu.
"Mana aku dapat video ni itu kau tak perlu tahu" Kata Adriana. Dia melangkah setapak mendekati Bella Adriana.
"Banyak benda aku tak puas hati dengan kau! kau ingat eh ni baru sikit, lebih baik kau jauhkan diri kau daripada Fayye kalau kau tak nak kena lebih teruk"
Adriana menunjukkan muka bencinya pada Bella Airissa. Sungguh dia meluat dengan perempuan dihadapannya itu.
Hanya benci yang ada pada dirinya terhadap Bella, terutama sekali wajah itu..
"kau silap" Bella Airissa mengesat air matanya dengan kasar.
"Memang perempuan dalam video itu aku tapi diri aku yang dulu... diri aku yang mudah untuk dibuli dan dijadikan bahan ketawa." semua memori pahit terbayang dimatanya.
"Tapi kau dah silap besar cari pasal dengan aku yang sekarang."
Bella Airissa menegakkan badannya dan memandang tepat kedalam anak mata Adriana. Dia mengumpul semula semangatnya.
"Just wait and see how your life become worse, Adriana" Bella Airissa memberi senyuman sinis dan berlalu pergi meninggalkan Adriana.
"Well, we'll see who will suffer"
****
"Farah!"
Farah yang sedang nyenyak tidur di atas katil langsung tidak terganggu dengan sergahan itu.
"Woi!! bangunlah" Jessica membaling bantal tepat ke muka Farah.
"Ishhh! apa dia?! kacaulah orang nak tidur pun tak senang" runsing Farah bila tidurnya di kacau.
"Kau kan yang sebarkan video itu" tuduhnya
"Video apa kau merepek ni? Kacau je lah!" Farah yang masih mamai itu sudah duduk dibirai katil.
"Kau je yang main phone aku petang tadi jadi kalau bukan kau siapa lagi?!" kata Jessica dengan nada marah.
"Dah kenapa pula aku nak bu--" dalam keadaan mamai baru dia teringat kembali.
Oh seriously! minah tu buat betul-betul ke?
"Ah video tu ke? It's not me but Ad. She's the one who want that video" jujur Farah.
"By the way, kau ke yang buat kerja tu?" Soal Farah ingin tahu.
"It's non of your business! You know what's mean 'privacy'? It's means which one is not observed or disturbed by other people. Are you get it?!" Marah Jessica.
YOU ARE READING
My Annoying Guy | Malay story
Teen FictionSTARTED: [10/5/21] FINISHED:[🤷♀️🤷🏻♀️🤷🏽♀️] ______________________ HE IS TROUBLE . Fayye Airyan, lelaki yang akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan. Dengan wajah yang kacak, kaya, keluarga ternama dan baik hati. Memudahkan lagi untuk dirin...