"Bila Ben nak start kerja dekat office baba?" Soal Tuan Hayden.
"Not sure ba"
Endah tak endah saja Ben Airiss membalas. Ikutkan hatinya dia mahu membuat businessnya sendiri. Dia lagi sukakan travel dari teperap dalam office.
"Sabarlah bang, anak kita baru je 2 hari kat sini bagi lah dia rehat dulu"
Puan Ju menyampuk sambil menghulurkan segelas teh pada anak terunanya.
"Thanks ma" mata dikenyitkan pada Puan Ju.
"Ma adik gerak dulu, along jom" jerit Bella Airissa yang baru muncul di tangga rumah.
"Ni breakfastlah dulu Rissa" panggil Puan Ju.
"Sokay ma, adik dah ada bekal dalam beg Mak Jah buatkan." balas Bella Airissa.
"Biar baba hantar Rissa" celah Tuan Hayden.
Terjeda perbuatan Bella Airissa mendengar kata Tuan Hayden.
Aku salah dengar ke tadi?
"Baba kan ada meeting. Tak apalah biar Ben je hantar adik" kata Ben Airiss.
"Sokay. Rissa masuk dalam kereta baba. Baba hantar" Tuan Hayden beri arahan.
Bella Airissa hanya mendiamkan diri saja.
*****
Suasana dalam kereta sunyi saja. Seperti kereta yang tiada orang.
"Cikgu Rissa ada bagitahu baba pasal extra class" Tuan Hayden memecahkan suasana sunyi.
"Ha? Oh" pandangan dibuang ke luar tingkap.
"Subject apa Rissa ambil?" Soal Tuan Hayden. Dia cuba untuk berbual dengan anak bongsunya itu. Dia tahu hati anaknya masih keras untuk memafkan dirinya.
"Music" sepatah saja dibalas.
"If you need anyhelp, you know that you have me right?" Kata Tuan Hayden lagi. Dia merasakan perbualan mereka ni sangat janggal.
Kereta berhenti di depan pagar sekolah.
"Ok. Ba, I go first" Bella Airissa meminta diri. Bella Airissa terus keluar dari perut kereta itu.
Kurang ajar sangat ke aku? Ah lantaklah!
****
"Ha Bella sampai pun. Sini" Qaisarah memanggil Bella Airissa mendekatinya. Bella yang mengelamun tersentak dengan panggilan Qaisarah.
"Siapa diaorang?." Bella Airissa hairan dengan pandangan mereka. Nak kata pelik bukan, tak suka pun bukan.
Muka aku ada apa-apa ke? Patut ke aku senyum? tak tak..
Amira bangun dan terus memeluk Bella Airissa. Matanya mula berair.
'Aku rindu kau'
'Maafkan aku'
Dua ayat itu diulangi oleh Amira. "Ami. Wake up. She's not her. " Qaisarah cuba meleraikan pelukan yang ketat itu. Pasti Bella Airissa berasa pelik.
YOU ARE READING
My Annoying Guy | Malay story
Teen FictionSTARTED: [10/5/21] FINISHED:[🤷♀️🤷🏻♀️🤷🏽♀️] ______________________ HE IS TROUBLE . Fayye Airyan, lelaki yang akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan. Dengan wajah yang kacak, kaya, keluarga ternama dan baik hati. Memudahkan lagi untuk dirin...