Isabelle's pov"Happy anniversary buat kali ke 10, my kookoo!" ucap aku dengan ceria sambil mengangkat tinggi banner yang aku buat khas untuk anniversary kali ini.
Jungkook ketawa bahagia melihat telatah aku yang mungkin orang lain akan fikir bahawa aku ni masih lagi budak lepasan exam besar.
Hello! Umur aku dah 26 tahun okay.
Tapi aku masih lagi seorang baby dihadapan Jungkook hihik.
Aku membetulkan kedudukan laptop aku sambil mata aku masih menatap ketampanan Jungkook yang masih memandang ke arah aku sambil tersenyum bahagia.
"Kan best kalau kau ada dekat sini sekali. Boleh sambut anniversary semeriah mungkin!" Kata Jungkook. Aku hanya tersenyum tipis.
"Aku faham kerja kau, Kook. Dapat tengok muka kau walaupun terpaksa Skype masa anniversary kita pun dah boleh bahagiakan aku!" aku tersengih ke arahnya.
Sejak aku adakah hubungan dengan Jungkook, perangai gedik aku makin lama makin terselah. Jungkooklah yang ajar aku!
Nasib baik kacak!
Jungkook ketawa sebahagia mungkin hingga terlihat dua ketul gigi arnabnya yang sentiasa buatkan aku tiba-tiba nak jadi softlan itu. Terlalu comel!
"Anyway, sayang. Thanks sebab stay dengan aku selama 10 tahun ini. Even banyak masalah yang datang, kau tetap setia dengan aku. Aku hargai sangat-sangat, sayang. Aku bersyukur sebab memiliki kau walaupun tak 100% sepenuhnya kau milik aku, tapi aku still bersyukur."
Aku ketawa perlahan sambil menopak dagu memandang ke arahnya melalui skrin Macbook milik aku.
"Kau terlalu cantik sayang. Aku bertuah memiliki kau. Aku tak boleh bayangkan kalau one day, kau dengan aku terpaksa berpisah dengan cara yang menyakitkan. Sumpah aku tak boleh nak bayangkan. Even ayat aku ni cam cliche tahap gaban tapi sayang, kau ibarat separuh nyawa aku. I love you sayang. I love you more than 3000. Jinja."
Aku terharu sampaikan aku menangis kegembiraan. Aku nampak keikhlasan dari anak matanya. Ketulusan ayatnya membuatkan hati perempuan aku tersentuh.
"Kook.. terima kasih juga sebab bertahan dengan aku even perangai aku tak semegah. Aku tahu, kekadang mesti kau malukan dengan aku? Yelah aku nikan bukan macam perempuan lain. Kasar. Tak pandai nak bergaya macam orang lain. Tapi sumpah, aku tak sangka kau sanggup bertahan demi aku. Terima kasih sangat-sangat, Kook." Aku tersenyum ke arahnya manakala dia sudah tertawa kecil.
"Kalau kau ada depan aku sekarang ni, dah lama aku peluk kau, sayang. Sumpah aku rindu gila nak mati dekat kau." Wajahnya yang tadinya gembira kini bertukar sendu.
"Sabarlah, Kook. Esokkan kau dah bergerak balik sini semula."
"Esok tu, lama tauuuuu. Kalau boleh, nak je keluar ikut skrin laptop ni lepastu peluk kau sekuat-kuat hati. Lepastu gomol pipi kau yang makin hari makin tembam tu." aku tergelak.
Mengada siot jantan ni.
Boyfriend sapa ni? Sila kutip balik!
"Jangan nak mengada eh, Jeon Jungkook. 18 kali kau cuba goda aku, kali-19 tu aura dia dah tak lain macam tau. Rasa macam nak sepak je." Gurau aku.
Jungkook tertawa seketika sebelum dia kembali merenung ke arah aku.
"Sayang..."
"Yes, my Kookoo?"
"Tak lama lagi, kau akan jadi milik aku sepenuhnya."
Aku tersenyum malu ke arahnya. Lagi dua minggu, aku dan Jungkook akan melangsungkan perkahwinan. Dan itulah hari yang paling aku tunggu dan paling tak sabar untuk harunginya.
Ditambah, aku akan berkahwin tepat pada hari lahir aku yang ke-26 tahun.
"Sikit lagi, Kook. Kau pun akan jadi suami paling aku sayang dekat dunia ini."
"Dan aku harap, Tuhan tidak akan pisahkan kita dengan cara paling menyakitkan, sayang." Kata Jungkook dengan pandangan penuh makna.
------
TBC
permulaan memang selalu hambar hiks tapi jangan putus asa dengan saya, sebab saya janji chap seterusnya takkan hambar!
trust me!
YOU ARE READING
✔️ someone you loved | kth
Fanfiction[2019] "I am someone who's hoping for you to have a happy ending" started : 10/12/2019 ended : 21/4/2020 [HIGH RANKING] #2 in fanfiction #4 in btsff #5 in kth cover made by me copyright ©️ baeknob 2019