Isabelle's Pov
Aku dan Jungkook masih tidak bertegur sapa sejak semalam. Kami masih lagi membisu walaupun duduk bersebelahan, menunggu keputusan DNA dari doktor.
Keluarga aku dan Jungkook atau lebih senang keluarga kami juga turut mendiamkan diri.
Sumpah sendu gila suara sekarang ini.
Sesekali aku menoleh ke arah Jungkook dengan wajah sendu aku. Jungkook juga sama seperti aku.
Air mata yang dari tadi sedaya upaya aku menahannya kini mengalir tanpa sebarang esakkan. Dengan kasar, aku mengesat air mata tersebut.
Doktor yang menganalisis keputusan DNA aku dan Jungkook akhirnya menghampiri aku. Dan Jungkooklah orang pertama yang berdiri dan mendapatkan doktor tersebut.
"Ini keputusannya," Doktor itu tersenyum nipis sambil menghulurkan sampul surat bersaiz A3 ke arah Jungkook.
Jungkook memandang ke arah aku lama sebelum dia membuka sampul tersebut. Dia mula membaca sekeping kertas yang terdapat didalamnya.
Aku meneguk air liur dengan payah. Hati aku berdoa agar keputusannya tidak akan mengecewakan hati aku dan Jungkook.
Aku ternampak Jungkook seakan menghela nafas kecewa sambil memandang aku dengan wajah kecewanya.
"Positive."
Damn.
------
Aku melemparkan pandangan keluar tingkap. Bulan yang mengambang penuh pada malam ini benar-benar memahami yang aku sekarang ni perlukan teman untuk melepaskan rasa sendu bersama.
Aku memeluk kedua-dua lutut aku dan mula termenung.
3 hari lagi. 3 hari lagi sebelum aku dan Jungkook akan disatukan. Namun, itu semua pasti tidak akan terjadi.
Sejak aku pulang dari hospital selepas mengetahui DNA aku dan Jungkook, aku terus tidak contact dengan sesiapa. Aku larikan diri dari semua orang dan terkurung dalam bilik aku di rumah Appa.
Annoying kan aku ni?
Aku tahu. Sepatutnya umur macam aku ini, kena berfikiran matang dan terima dengan hati terbuka.
Tapi, bagi aku. Semua itu tak semudah yang disangka. 10 tahun tu kira masa yang lama untuk aku dan Jungkook bersama. Aku terlalu sayangkan Jungkook. Cinta aku terlalu buta untuknya.
Tapi siapa sangka, selama sepuluh tahun ini, aku bercinta dengan abang aku sendiri. Sakit weh. Hati aku terlalu sakit bila memikirkannya.
Knock, Knock.
Aku abaikan bunyi pintu bilik aku yang diketuk dari luar. Itu pasti Appa.
Huh. Appa.
Aku menyembamkan wajah aku pada lutut dan mula menangis. Siapa je tak sedih bila selama kau kecil kau dijaga oleh orang lain dan bukannya Appa kandung kau sendiri. Sakit sangat weh. Lagi sakit bila kau dah mula sayangkan appa kau macam appa kandung kau sendiri, lepas itu kau terpaksa berpisah dengannya.
Secara jujurnya, walaupun Appa tahu yang aku bukannya anak kandungnya, namun dia layan aku bak puteri yang turun dari kayangan. Dia terlalu menjaga aku. Dia langsung tidak meninggikan suara ataupun naik tangan dengan aku.
Terlalu banyak pengorbanan Appa terhadap aku sampaikan aku terfikir, bayar dengan darah pun belum tentu dapat membalas jasanya.
"Belly sayang,"
Aku menguatkan pelukan lutut aku apabila suara tua milik Appa menerjah telinga aku. Esakan aku makin kuat. Nama manja yang Appa guna untuk aku benar-benar menyentuh hati aku.
Terasa katil aku mula bergerak. Kemungkinan, Appa sedang duduk disebelah aku.
"Appa minta maaf, sayang. Appa tahu.. appa tak sepatutnya rahsiakan hal ini kepada kamu dan Eomma. Tapi Appa takut." Aku hanya diam. Tidak memberi sebarang respon kepadanya.
"Waktu itu, Eomma baru sahaja lepas bersalin. Dan bayi yang dikandung oleh Eomma kamu, tidak dapat diselamatkan. Masa itu, appa terlalu resah tidak tahu untuk buat appa. Appa takut jikalau Eomma kami akan merancau memandangkan memang sudah lama kami menginginkan anak. Sampailah pada hari itu, Appa terjumpa kamu didalam sebuah kotak berhampiran dengan tandas lelaki disebuah pusat perhentian." suara Appa makin lama makin kedengaran seperti mahu menangis.
Aku mengangkat sedikit wajah dan menoleh ke arahnya.
"Tanpa membuat laporan polis, Appa terus bawa kamu dan membuat semua dokumen maklumat tentang kamu. Dan sebab itulah..."
Appa tidak dapat meneruskan kata-katanya. Aku perlahan-lahan memeluknya dari tepi.
"Appa minta maaf... k-kalau awal-awal Appa serahkan kamu dekat balai polis.. pasti kamu... pasti kamu tidak akan disakiti... Appa betul-betul minta maaf."
Aku cuba menenangkan appa. Namun, aku tak mampu.
Malam itu, kami sama-sama menangis.
-----
Selepas sahaja sesi meluah semalam berakhir , hari ini aku dan Appa serta keluarga Jungkook makan tengah hari bersama. Sekaligus kedua-dua pihak mahu membincangkan pasal masalah kami.
Sepanjang kami menjamu selera, tiada siapa pun berani memulakan bicara. Aku hanya menunduk, melihat ke arah pinggan aku yang masih penuh dengan makanan.
"Ehem," Papa Jeon atau lebih tepat sebenarnya Papa aku mula berdehem.
"Isabelle, sayang..." lembut sahaja bicara Papa membuatkan aku mengangkat wajah hingga mata aku dan Jungkook bertemu. Namun, cepat-cepat aku larikan pandangan aku dan memandang ke arah Papa.
Papa tersenyum lembut.
"Papa sudah buat keputusan. Papa tidak kisah kalau kamu tidak mahu terima kami sebagai keluarga kandung kamu. Papa faham. Terlalu sulit untuk kamu menerima kami sekeluarga. Apa sahaja keputusan kamu, papa dan mama serta Jungkook terima dengan hati terbuka." ujaranya lembut. Sedikit sebanyak ia menyentuh perasaan aku.
Aku menundukkan wajah dan menahan dari menangis.
"T-terima kasih sebab memahami. Walaupun apa terjadi, Belle tetap nak bersama dengan Appa."
Aku memandang Appa yang sedari dari tadi hanya mendiamkan diri. Appa tersenyum nipis ke arah aku.
"Kami terima dengan hati terbuka, belle. As long as, kamu bahagia sudah cukup untuk kami--"
"Dan," aku memotong kata-kata Papa. Papa kelihatan terkejut. Begitu juga yang lain.
"Dan.. Belle nak perkahwinan ini diteruskan." kata aku dengan nada serius. Aku memandang ke arah Jungkook yang beriak bersahaja.
"Belle--" Aku menangkat tangan menyuruh semua orang diam disebabkan aku belum lagi habis bercakap. Aku memandang ke arah Jungkook dan menghembus nafas berat.
"Tapi bukan dengan Belle. Belle harap, Jungkook dapat teruskan perkahwinan ini dengan orang lain. Terlalu membazir jikalau kita membatalkan perkahwinan ini. Jadi, belle harap semua bersetuju--" kata-kata terhenti apabila Jungkook tiba-tiba sahaja berdiri dan menghentak meja.
Dia memandang aku tajam. Aku cuba untuk beriak biasa walaupun sebenarnya hati aku sudah menjerit, menangis.
Lama dia memandang ke arah aku sebelum dia mengangkat kaki dan beredar dari sini.
Aku memejamkan mata dan menghela nafas berat.
Aku tahu, Jungkook juga mengalami kesukaran seperti aku.
Tapi, ini sahaja yang terbaik yang boleh aku lakukan untuk abang aku sendiri.
--------
TBC
memeningkan sangat ke storyline aku ni? kekekeh. Don't worry, watak hero akan muncul tak lama lagi ;)
YOU ARE READING
✔️ someone you loved | kth
Fanfiction[2019] "I am someone who's hoping for you to have a happy ending" started : 10/12/2019 ended : 21/4/2020 [HIGH RANKING] #2 in fanfiction #4 in btsff #5 in kth cover made by me copyright ©️ baeknob 2019