28

1.4K 207 93
                                    

Isabelle's pov

Pintu dikuak oleh seseorang. Aku berdecit tidak suka. Aku menarik selimut hospital ini untuk menutupi seluruh tubuh aku.

"Berambuslah, Tae. Aku nak bersendirian,"

"I'm not Kim Taehyung."

Suara itu..

Aku mencampak selimut hospital tersebut dan menoleh ke arah figura tersebut.

"Kau buat apa dekat sini?" soal aku. Kini, emosi aku mula terganggu. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Aku datang sini sebab nak melawat 'adik' kesayangan aku. Salah ke?"

"Kau datang sinis nak melawat aku atau kau mahu menghina aku? Berambuslah, Kook. Aku tidak mahu berjumpa dengan sesiapa." halau aku.

Lelaki itu tetap berdegil. Dia mula melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia.

Bunga rose putih yang berada di dalam tangannya, diletakkan di atas meja.

"How's your feel, Isabelle?"

Aku diam. Wajah aku berpaling ke arah lain. Sah. Dia datang untuk menyindir aku.

"Mesti kau rasa kosongkan?" aku menoleh ke arahnya. Lelaki itu mula ketawa sinis.

Aku mula mencengkam cadar katil. Kemarahan aku ini, tunggu masa sahaja untuk sampai di kemuncak.

"Kalau hilang anak itu, mungkin kau masih bermakna. Tapi sayangnya, kau bukan setakat hilang anak tapi kehilangan sesuatu benda yang paling berharga di dalam hidup seorang wanita." Lelaki itu mula memeluk tubuh dan memandang aku dengan sinis.

Aku mengerutkan dahi, tidak mengerti.

"Apa maksud.. kau?"

" tch tch tch. Isabelle.. Isabelle. Tak akan suami kau tak beritahu kau kot yang kau sudah tiada rahim? Peluang untuk kau mengandung itu, memang dah tak ada."

Dang!

Aku terdiam seribu bahasa.

"K-kau.. kau tipukan?"

Jungkook merenung aku dengan pandangan sinis. Hujung bibirnya terjungkit sinis.

"Buat apa aku nak tipu kau, Belle? Kau memang dah tak boleh mengandung. Lelaki yang bergelar suami kau tu, punca kenapa kau kehilangan rahim. Dia langsung tidak fikirkan kau, Belle. Tergamak dia turunkan tandatangan untuk buang rahim kau."

"Taehyung tidak akan bertindak tanpa sebab. Dia cin-- " belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Jungkook terlebih dahulu memotong.

"Cinta? Dia cintakan kau? Heh."

Jungkook menguak rambutnya ke belakang.

"Ingat baik-baik, Belle. Dia tidak cintakan kau. Jikalau dia cintakan kau, dia tidak akan tergamak menandatangan borak pengesahan buang rahim kau itu."

"Dia cuma mahukan kau menderita, Belle. Ingat itu."

-----

"My pretty Belle.. Aku datang ni," Taehyung melangkah masuk dengan sejambak bunga ros merah.

Aku langsung tidak menoleh ke arahnya. Hati aku sakit. Lagi sakit apabila telinga aku masih terdengar akan cerita yang disampaikan oleh Jungkook petang tadi.

"Tergamak kau buat aku macam ini, Kim Taehyung."

Taehyung memberhentikan langkah. Dia mengerutkan dahi, tidak mengerti.

"Apa yang aku sudah lakukan?"

Aku menjeling tajam ke arahnya. Berani sungguh lelaki itu menyoal sebegitu. Seakan dia tidak pernah melakukan kesalahan terhadap aku.

"Aku tak faham, Taehyung. Sumpah aku tak faham."

Air mata mula menitis tanpa amaran.

"Kau kata, kau nak jaga aku. Kau tidak akan sakitkan aku dan kau mahu pastikan yang aku jatuh cinta dengan kau. Tapi apa semua ini, Kim Taehyung!"

"Belle.. kenapa ni?" Taehyung mula menapak ke arah aku namun aku menjerit untuk dia tidak menghampiri aku.

"Jauhkan diri kau dari aku! Aku jijik dengan kau. Tergamak kau jatuhkan tandatangan untuk buang rahim aku?! Kau tahukan betapa penting organ itu kepada perempuan macam aku?!" emosi aku mula tidak stabil.

"Belle, aku.. aku buat semua itu bersebab. Aku--"

"Enough! Aku taknak dengar segala jenis alasan dari kau! it's all bullshit!"

Taehyung mula kelihatan lemah. Suaranya yang menyeru nama aku juga kedengaran amat lemah dan kemungkinan lelaki itu bila-bila sahaja boleh menjatuhkan air matanya.

Aku menghela nafas berat. Satu sahaja cara untuk aku dan Taehyung tidak akan tersakiti. Dan aku yakin, cara ini tidak akan membuat aku rasa menyesal.

"Lepaskan aku."

"Belle--"

"Aku benci kau, Kim Taehyung. Jangan pernah tunjukkan diri kau dihadapan aku lagi. I swear to God, I will always hate you so damn much, Kim Taehyung."

----

Jungkook melangkah dengan hati yang tenang ke dalam rumahnya. Namun, jiwanya yang tenang kini berganti dengan perasaan aneh dan hairan.

Hairan melihat keadaan rumahnya yang kini gelap dan tiada cahaya lampu. Selama ini, jikalau dia pulang lewat ke, lampu didalam rumahnya masih terbuka.

Tapi tidak untuk hari ini.

Dia hairan.

Sudahlah semalam, dia tidak pulang ke rumah kerana bermalam di rumah Alice.

Oh, kemungkinan Minjung sudah malas untuk membuka lampu buatnya kerana dia tahu yang Jungkook tidak akan pulang ke rumah.

Namun, dia masih berasa hairan.

"Minjung?" nama wanita itu dilaung beberapa kali.

Namun tiada sahutan darinya.

Jungkook mengerling ke arah jam tangannya. Masih awal untuk katakan Minjung sudah tidur.

Lelaki itu mula mengaturkan langkah menghampiri bilik tidur mereka.

"Minjung--" kata-katanya mati apabila tiada sesiapa didalam biliknya.

Jungkook menapak ke dalam. Dia cuba mencari Minjung disegenap bilik namun pencariannya hampa.

Bukan setakat di dalam bilik mereka sahaja dia cari, namun setiap pelusuk rumah.

"Entah-entah..."

Lelaki itu bergegas membuka pintu almarinya.

Dang!

Benar tekaannya.

Entah kenapa, dia mula berasa sedih dan takut ketika ini. Dia mula mengeluarkan telefonnya dan mula mendail nombor Minjung.

Dia berharap agar Minjung akan menjawab panggilannya. Namun sekali lagi dia dihampakan. Nombor telefonnya tidak dapat disambungkan kerana nombor Jungkook sudah disekat oleh Minjung.

Telefonnya terlurut dari tangannya. Atmosfera disekelilingnya mula berhenti bergerak.

Jang Minjung...

Kau sudah berputus asa dengan aku?

-----

TBC

lagi 2 chapter+ epilog sebelum tamat heheh

and afi terfikir nak buat ff baru. cuma tak tahu nak pilih siapa sebagai hero.

Park Jimin?

atau

Jeon Jungkook?

hm? 🤔

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now