33

1.6K 228 104
                                    

"Apa yang kau mengarutkan ini, Taehyung?" soal Isabelle.

Dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Taehyung. Sudah terang lagi bersuluh, lelaki itu sudah bertunang. Merepek apa pula dia ni?

Taehyung terkekeh perlahan.

"Aku gurau sahajalah." Lelaki itu menggosok belakang tengkuknya. Dia tersenyum sumbing.

Remuk hati Isabelle apabila lelaki itu sekadar bercanda.

"Kau pasti ingat apa yang aku bicarakan dahulukan, Belle?"

Dia tidak akan lupa. Sebutir bicara dari lelaki itu, tidak pernah luput dek akal ingatannya.

"Once kau pergi dari hidup aku.. maka terhapuslah nama kau dari kamus hidup aku. Aku tidak akan menoleh semula, menagih cinta kau, Belle. Itu prinsip aku. Ingat baik-baik, Isabelle Jung."

Isabelle mengeluh berat. Dia mula berura-ura untuk meninggalkan lelaki ini.

"Jangan buang masa aku, Kim Taehyung."

"Wait!" lelaki itu menahan aku.

"Aku minta maaf sebab bergurau kasar tadi. Aku datang sini sebab..." lelaki itu mengeluarkan sekeping kad dari poket seluarnya.

Kad tersebut dihulurkan kepada Isabelle. Berkerut dahi Isabelle mengambilnya. Dia mula membaca isi kad tersebut.

Terbeliak matanya apabila melihat isi kandungannya. Jantungnya hampir gugur dan hatinya mula remuk dan berkecai.

"Aku harap kau datang wedding aku, Belle."

-------

Minjung menghulurkan tisu basah kepada Jungkook. Jungkook mengulum senyuman manis sambil mengambil tisu tersebut lalu mengelap bajunya yang terdapat bulu kucing.

"Mickey, come." Kucing berbaka Persian, berbulu warna putih kecoklatan itu dipanggil oleh Minjung.

Dengan pintarnya, Mickey si kucing itu datang ke arah tuannya.

"Maaf sebab anak saya kotorkan baju kerja awak." Pamit Minjung sambil membelai Mickey.

Sesekali dia tertawa kecil melihat gelagat Mickey yang melucukan hati itu. Jungkook hanya terkekeh perlahan.

"Mickey pun anak saya. Jadi saya tidak kisah," dengan senang hati, Jungkook berkata sebegitu. Senang hati Minjung mendengarnya.

Namun dia masih lagi dalam mood mengekalkan egonya. Ia terlalu awal untuk dia menagih semula kasih pada Jungkook. Kenangan lama membuatkan dia kini lebih berhati-hati.

"Bercakap fasal anak..." anak mata Minjung mula teralih pada Jungkook yang sedang mengusap perut Mickey.

Jungkook mengalihkan matanya pada Minjung , mata mereka mula bertembung.

"Awak tak teringin nak ada anak sendiri?"

-------

Wanita itu melilau matanya mencari kelibat tunang kesayangannya. Kata, dah sampai di restoran ini. Tapi batang hidung pun tak nampak.

Kim Jisoo mengalihkan pandangannya pada skrin telefonnya semula. Dia memeriksa kembali pesanan ringkas yang dihantar oleh tunangnya.

"Sayang," Jisoo mendongakkan kepalanya. Benda pertama yang dilihatnya adalah senyuman lembut dari tunang kesayangannya.

Kim Taehyung.

"Hi, Bwi." Taehyung mengusap perlahan rambut milik Jisoo sebelum dia mengambil tempat dihadapan Jisoo.

"Sudah buat pesanan?" Jisoo mengangguk laju. Taehyung tersenyum sumbing lalu menanggalkan coat miliknya.

"Awak sudah berjumpa dengannya?" Pergerakan Taehyung terhenti. Dia mengalihkan pandangan pada tunangnya.

"Sudah.."

Jisoo mengangguk faham. Dia kemudian mengusap tangan Taehyung yang berada diatas meja itu.

"Lupakan perasaan sangsi didalam diri awak, Taehyung. Dia, masa lampau awak. Saya, masa kini awak." Jisoo mengulumkan senyuman manis.

Taehyung menghela nafas lega. Apabila melihat senyuman manis dari Jisoo, terus terhapus perasaan kelirunya sebentar tadi.

Dia bersyukur bahawa gadis dihadapan ini pandai mengambil hatinya dan berjaya membuatkan dia kekal setia dengannya.

Kim Jisoo.

Gadis yang berusia sama dengannya. Sebaya. Mula berkenalan ketika Taehyung baru sahaja tiba di London. Jisoo merupakan seorang doktor pakar bedah yang juga bertukar ke London.

Pada mulanya, mereka hanya berkawan biasa. Setiap hari mereka akan bergurau seda dan jikalau ada masa terluang mereka akan keluar berjalan-jalan bersama. Dan disebabkan itu, mereka bertambah akrab.

Kehadiran Jisoo membuatkan Taehyung terlupa akan kesedihannya dan disebabkan itu juga dia dengan hati terbuka menerima kehadiran Jisoo didalam dirinya.

Taehyung berharap bahawa kesilapan lama tidak akan berulang kembali.

"Awak sayangkan saya, Taehyung?"

"Saya sentiasa sayang awak, Jisoo. Selamanya."

-----

TBC

aku maleh nak sambung s2 jadi aku terus sambung je ah huhehehe

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now