18

2K 261 47
                                    

"Pergilah, Tae. Kau sudah lambatkan nak masuk kerja?" Isabelle menolak perlahan tubuh Taehyung untuk masuk semula ke dalam keretanya.

Namun, Taehyung sengaja mengeraskan badannya. Dia menggeleng, tidak mahu.

"Aku takut terjadi apa-apa dekat kau dan baby-baby kita,"

"Tak akan ada apa-apa yang terjadi lah, Kim Taehyung. Kau tak payah risau. Aku pandai jaga diri aku," Isabelle tersenyum nipis, cuba menyakinkan Taehyung yang lelaki itu tak perlu risaukan dirinya.

Taehyung mengeluh berat. Dia meraih kedua-dua tangan Isabelle dan menggenggam lembut. Jemarinya mula mengusap permukaan tangan milik Isabelle.

Pandangannya dan Isabelle mula bersatu. Dia memandang ke arah anak mata Isabelle dengan pandanngan risaunya.

"Janji dengan aku yang kau tak akan angkat sesuatu yang berat, buat kerja terlalu keras, memaksa diri kau buat sesuatu yang kau tak suka, stresskan diri dengan kerja yang banyak. Dan janji dengan aku yang kau akan terus call aku kalau ada sesuatu yang terjadi dekat kau. Arraseo?"

Isabelle mengangguk laju. Dia tersenyum lembar ke arah Taehyung.

"Pergilah, Tae. Kalau ada apa-apa aku call kau."

Taehyung mengangguk perlahan. Dia mencium kedua-dua permukaan tangan milik Isabelle sebelum dia masuk semula ke dalam kereta audinya.

Isabelle hanya memerhatinya.

Taehyung menjatuhkan cermin pemandunya dan menjenguh keluar kepalanya dan masih memandang ke arah Isabelle dengan pandangan risau.

"Ingat, Belle. Kalau ada sesuatu yang terjadi. Call me as soon as possible."

"Ye, Kim Taehyung."

Taehyung mengangguk perlahan sambil menyarungkan cermin mata hitamnya.

"Bye, my pretty Belle. Take care,"

Isabelle hanya melambai kearahnya. Setelah kereta itu mula bergerak, dia hanya memerhatikan kereta milik Taehyung hingga hilang dari pandangannya.

Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam bangunan yang menempatkan butiknya, laungan namanya dari satu suara yang dia kenal mematikan langkahnya.

"Isabelle.."

Isabelle menoleh ke arah figura tersebut. Salivanya ditelan dengan agak payah. Dia cuba untuk berlagak tenang walaupun hatinya sudah berdebar sehebat yang mungkin.

Debarannya sama seperti setiap kali dia melihat lelaki itu selama 10 tahun lamanya.

Lelaki itu melangkah menghampirinya. Makin lama, makin hampir hingga bau maskulin lelaki itu menganggu rongga hidung aku.

Harumannya yang digunakan lelaki itu masih sama. Haruman vanilla dari lelaki itu membuatkan Isabelle mengetap bibir.

Perutnya terasa seakan ditendang. Bayi didalam kandungan seakan menendang beberapa kali dan ianya menyukarkan Isabelle untuk mentafsir mengapa bayi-bayinya bertindak sebegitu.

Jungkook kini sudah berdiri betul-betul dihadapannya. Satu senyuman terukir indah diwajahnya membuatkan jiwa kewanitaan Isabelle meronta untuk merangkul lelaki itu didalam pelukannya.

"K-kau nak apa, Jungkook?" dia mula gagap. Nafasnya juga kian tidak teratur.

Tiba-tiba sahaja lelaki itu meraih kedua-dua tangan miliknya dan mula melagakan dahi mereka sambil diri lelaki itu memejamkan matanya.

"Aku rindukan kesayangan aku ini."

Isabelle hanya diam. Dia mengetap bibir sekeras yang mungkin.

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now