final chapter

2.1K 255 60
                                    

Isabelle's jung

3 bulan kemudian.

Aku termenung ke arah pesanan ringkas yang dihantar oleh Seokjin 3 bulan lepas.

Unknown number
Saya minta maaf sebab
saya letak 'something'
dalam minuman awak.

Maafkan saya ye, Isabelle.

Aku mengerling ke arah Taehyung yang sedang fokus menikmati makanannya.

Aku tidak terkejut dengan pemohonan maaf dari Seokjin. Apa yang mengejutkan aku apabila aku dapat tahu yang Taehyung mengeluarkan surat dakwaan terhadap Seokjin.

Selepas sahaja aku dapat pesanan ringkas itu dari Seokjin, kebetulan pada hari yang sama Jimin datang dan terberitahu aku berkenaan Taehyung mengeluarkan surat dakwaan terhadap Seokjin.

Bila ditanya bagaimana dia mengetahui bahawa Seokjin meletakkan something didalam minuman aku, dia kata melalui CCTV.

Malas nak bahas panjang. Aku tahu afi dah tak sabar nak habiskan fanfic ini, jadi aku abaikannya.

Lagipun, Seokjin pun belum sempat buat apa-apa dekat aku. Jadi buat apa aku nak besarkan keadaan?

Selama 3 bulan ini, aku dan Taehyung kembali mengenali satu sama lain. Pada mulanya, keluarga Taehyung tidak dapat menerima kehadiran aku semula dan mula menyalahkan aku kerana membuatkan Jisoo membatalkan perkahwinan mereka.

Namun setelah mereka berjaya dipujuk oleh Taehyung dan Jisoo, syukur sekarang ini mereka dapat menerima aku semula.

Dalam tempoh ini juga, kami menerima pelbagai berita gembira dari orang sekeliling.

Minjung dan Jungkook, mereka akhirnya dikhabarkan akan menimang cahaya mata pertama.

Jimin pula, akhirnya sudah bertunang dengan tunangnya Afidore.

Manakala Jisoo, aku terkejut apabila dapat tahu bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan bersama dengan Jaehyun.

Semua sudah bahagia, hanya tinggal aku dan Taehyung sahaja yang masih mengharapkan kebahagian hadir dalam hidup kami.

"My pretty Belle." aku tersedar dari lamunan pendek. Aku menoleh ke arah Taehyung dengan senyuman manis.

"Kau termenung apa? Kenapa tak sentuh lagi makanan itu? Eyy budak ni." Taehyung mula membebel kecil. Aku terkekeh perlahan apabila merasa lucu dengan telatah Taehyung.

"Tiadalah. Cuma terfikir pasal kita je." kataku sambil memotong kecil stik dihadapan aku.

Senyuman kecil terukir dibibir Taehyung. Dia kemudian meletakkan sepotong ikan salmon grill itu diatas pinggan aku.

"Kenapa? Is something bothering you?"

Aku menggeleng perlahan. Aku memandangnya dan mengukirkan senyuman lembut.

"Aku tak sangka. Walaupun peritnya rintangan yang kita lalui, Tuhan tetap takdirkan kita bersama."

"Because you're my destiny, My pretty Belle." Ujar Taehyung lalu mengenyitkan matanya. Dia kemudian menolak tepi pinggannya yang sudah kosong dan mula menopak dagu ; memerhatikan aku makan.

"Kau tak menyesal ke nanti kalau kahwin dengan aku semula?" soal aku dengan senyuman perit.

Aku bukan nak emo ke apa, cuma aku ada satu kekurangan yang bakal mengecewakan Taehyung suatu hari nanti. Mungkin sekarang dia kata, dia terima dengan hati terbuka. But we know nothing about future.

Hati manusia boleh berubah.

"Belle.." suasana mula bertukar hening dan dingin. Taehyung mengeluh perlahan lalu menanggalkan cermin matanya.

"Kita dah bincangkan pasal ini tempoh hari."

Aku mengetap bibir dan meletakkan garfu serta sudu ditepi. Aku memandangnya dengan senyuman perit yang masih setia dibibir aku.

Aku kemudiannya menundukkan wajah. Aku mula mengenggam erat hujung blouse aku.

"Aku takut, Taehyung. Aku takut kalau suatu hari nanti kau tinggalkan aku hanya sebab aku tidak boleh mengandung." suara aku mula mengendur.

"Hey... look at me, my pretty Belle." suara lembut dari Taehyung berjaya memujuk aku. Aku mengangkat perlahan wajah aku dan memandang tepat ke arah anak matanya.

"Jujur aku katakan, yes. Semua orang nak anak. Siapa sahajakan taknak anak? But, untuk situasi kita berdua... sumpah aku katakan yang aku langsung tidak kisah. Aku faham keadaan kau, Belle. Takde anak pun tak apa. Asalkan kau sentiasa ada di samping aku, itu sudah memandai."

Lama aku mendiamkan diri.

"Belle.. aku ikhlas kahwin dengan kau. Waktu aku bilang bahawa aku akan jaga kau dan buatkan kau cintakan aku seorang sahaja, aku betul-betul maksudkannya."

Aku mengukirkan senyuman nipis ke arahnya. Matanya kelihatan bersinar. Dari anak matanya, aku nampak keikhlasan darinya.

Dia betul-betul maksudkan ia.

He's the one.

---------

Aku menunggu Taehyung ditempat duduk yang tersedia di dalam mall ini. Katanya sekejap sahaja kerana dia ingin membeli sesuatu di butik kegemarannya, Gucci.

Tadi, aku dah cakap dekat dia yang aku nak teman namun dia sekeras-kerasnya menyuruh aku tunggu dia disini.

Maleh nak gaduh dengan dia, jadi aku ikutkan sahaja.

Namun ini dah hampir setengah jam aku menunggunya.

Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk pergi ke butik tersebut. Biarlah dia nak marah aku sekalipun. Sapa suruh lambat!

Baru sahaja aku mahu beredar, ada seorang lelaki itu menarik hujung baju aku. Aku mengerutkan dahi dan memandang ke arahnya. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana dia mengenakan topi dan mask.

Tapi entah kenapa, aku rasa pakaian serta topinya kelihatan amat familiar di mata aku.

Dia menghulurkan aku sekeping name card kepada aku. Aku memandangnya pelik dan mengambil card tersebut.

Apabila melihat nama yang tertera diatas kepingan kad tersebut, terus terukir senyuman malu dibelahan bibir aku.

"If you need someone untuk luahkan sesuatu, dekat situ ada nombor. Kau boleh call aku dan luahkan dekat aku." ujar lelaki itu.

"Kim Taehyung..." terluah nama itu dari belahan bibir aku. Dia menanggalkan topi serta mask pada wajahnya.

Senyuman manis diberikan kepada aku.

"Bila kau tukar baju?" soal aku sambil memandangnya tak percaya. Aku memandangnya atas dan bawah.

Patutlah familiar. Ini pakaian yang dia pakai ketika kami kali pertama bertemu.

"Itu tak penting.. apa yang penting sekarang ini..."

Taehyung mula melutut. Waduh Tae, kau nak melamar aku pun janganlah kat Mall. Bapak tak romantik duh dia ni.

KEKASIH SAPA NI?

Dia kemudian mula mengeluarkan sebentuk cincin kepada aku.

"Isabelle Jung. Sudikah engkau menjadi isteri aku lebih dari 24 jam?"

------------------

JENG JENGGGGG HAHAHAH MALAM NANTI AKU POST EPILOG. UWUUU

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now