14

2K 282 71
                                    

Isabelle's pov

"Minum sampai habis tau, my pretty Belle." segelas susu yang dihulurkan oleh Taehyung itu diambil dengan terpaksa.

Senyum kelat dilemparkan kepadanya.

Taehyung duduk disebelah aku. Kami sekarang ini berada dirumah aku. Sudah seminggu jugalah Taehyung ini asyik datang rumah aku. Dan setiap kali dia datang, pasti di awal panggil.

Dan juga, dalam seminggu ini rutin hariannya asyik memberi aku minum susu ibu mengandung yang sememangnya tidak sedap ini setiap hari. Lepas sahaja aku habis minum susu itu, dia suruh aku untuk membuat senaman ringan.

Heol.

Aku mensisip sedikit susu tersebut dan apabila susu itu terkena deria rasa aku, aku mula menjarakkan gelas tersebut dan berkerut seribu wajah aku ;

sumpah tak sedap sia susu ni.

"Minum sampai habis, my pretty Belle." Taehyung menolak lembut gelas itu untuk merapati wajah aku, namun aku melarikan wajah aku, mengatakan tidak pada susu tersebut.

"Taknak! Tak sedap." bantah aku. Taehyung menggelengkan kepala perlahan sambil tersenyum pendek.

"Please, minum pretty. Sikit lagi nak habis. Lagipun, susu ni bagus untuk kau dan bayi-bayi dalam perut kau tu, Belle." Seloroh Taehyung.

Aku menggeleng laju. Gelas tersebut diletakkan atas meja dan ditolak jauh.

"Sumpah tak sedap, Tae.Kalau kau nak sangat bayi ni sihat, kau sahajalah yang minum."

"Ay, degilnya my pretty Belle ni." Taehyung mencuit hidung aku sambil ketawa perlahan.

"Please minum, Belle. Kalau kau tak minum, aku balik." ugut Taehyung sambil berura-ura untuk bangun. Namun, sebelum lelaki itu beredar dari sini, aku menahannya dengan menarik hujung baju hoodie oversizednya.

"Janganlah balik.."

Taehyung tersenyum lebar. Dia melabuhkan semula punggungnya disebelah aku dan menghulurkan gelas itu kepada aku.

Cis.

Dia tahu kelemahan aku.

Malu sebenarnya nak mengaku tapi, sejak aku mengandung ini, aku selalu nakkan perhatian. Terutama perhatian dari Taehyung.

Kadang-kadang, ada juga aku merengek mahu jumpa dengan Jungkook namun apabila Taehyung merenung sedalam-dalamnya ke dalam anak mata aku, entah kenapa aku tiba-tiba mahukannya berada disisi aku setiap masa.

Beberapa kali jugalah kalau aku merengek mahukan dia, Taehyung tidur diruang tamu rumah aku.

Aku mencebik ke arahnya.

"Suka tau ugut aku macam tu." aku menjeling angin dan mula meneguk susu itu sampai habis.

fuhhhhh! satu penyeksaan sungguh.

"Mestilah suka. Sebab kalau aku buat macam tu, aku rasa macam aku diperlukan dalam hidup kau bila kau merengek tidak mahu aku pulang."

Aku menumbuk perlahan bahunya disebabkan geram dengan perangai Taehyung yang sentiasa buatkan pipi aku membahang.

Taehyung ketawa perlahan sambil mengusutkan rambut aku dengan lembut.

Selepas itu, kami mendiamkan diri sambil menonton televisyen. Dan Tuhan memang sengaja kot tentukan rancangan TV kali ini berkenaan cara menjaga bayi didalam kandungan.

Aku mengetap bibir melihat ke arah skrin televisyen tersebut. Manakala Taehyung mula fokus melihatnya. Bertambah fokus dirinya apabila si suami sedang mengusap perut si isteri.

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now