24

1.8K 223 29
                                    

Taehyung termenung sendiri.

Sejak dua menjak ini, dirinya sering diserang rasa resah, gelisah dan takut. Dia tidak mengerti.

Mengapa perasaan-perasaan itu mula terbit dibenak hatinya? Kenapa dia perlu berasa seakan berada didalam zon tidak selamat?

Satu keluhan dilepaskan.

Pelipisnya dipicit perlahan sebelum dia menyambung semula kerjanya iaitu menyemak semua butir peribadi pesakitnya.

Sesekali, dia bersenandung kecil. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan ketidaksedapan hatinya itu.

Sedang dia melakukan kerjanya, pintu biliknya diketuk perlahan. Setelah memberi kebenaran untuk masuk. Muncul Irene, nurse yang ditugaskan menjaga kaunter hadapan.

"Yes, Irene. Ada apa yang saya boleh bantu?"

"Kawan baik doktor nak jumpa doktor." Taehyung mengerutkan dahi.

Kawan baik?

Tak mungkin Jimin. Buang tabiat apa lelaki itu minta tolong Irene panggilkannya jikalau benar dia mahu berjumpa dengan Taehyung.

"Siapa?"

"Jeon Jungkook."

-------

Suasana terasa agak hening. Walaupun suasana di kedai makan ini sudah dipasang lagu serancak yang mungkin, namun keheningan ketika masa si helang dan juga si harimau bertentang, tetap juga terasa hening dan panasnya.

Minuman yang sejuk dihadapan mereka juga sudah berpeluh-peluh, langsung tidak diusik. ia hanya sekadar hiasan semata-mata. Sialan lain kali bagi jelah afikacak minum air tu. ok tiber

"Ada apa kau nak jumpa aku?" Taehyung mula bersuara dengan perasaan malas nak layan lelaki dihadapannya itu. Dingin.

Jungkook ketawa halus lantas menghirup perlahan minumannya sebelum jari runcingnya mula bermain dengan dagunya.

"Nak jumpa kawan baik aku sendiri pun dah tak boleh ke?" soal Jungkook dengan penuh sindiran.

Taehyung berdecit perlahan.

"Sejak bila pula kau anggap aku kawan baik kau? Bukan ke kau sudah menyenarai hitamkan nama aku sebagai teman kau?"

"Taehyung.. Taehyung.. Taehyung.." lelaki itu mengulangi nama Taehyung berkali-kali sebelum dia ketawa perlahan.

"Aku cuma mahu jernihkan hubungan kita sekeluarga."

"Sekeluarga abah kau. Aku kenal sangat kau macam mana, Jungkook. Lagipun bodohnya aku jikalau aku mempercayai kata-kata setan dari mulut kau."

Wajah Jungkook bertukar dingin. Dia begitu geram dengan kata-kata Taehyung. Walaupun hakikatnya ia benar belaka.

"Kau terlalu sombong, Kim Taehyung."

"Terima kasih. Kau telah membuang masa aku." Taehyung bingkas bangunan. Dia mencapai beg galasnya dan mula berjalan meninggalkan Jungkook.

Jungkook hanya memerhatikannya kerna sekejap lagi, rancangannya akan bermula.

Taehyung mencarut kecil ketika keluar dari kedai makan tersebut. Ketika dirinya ingin menghampiri keretanya, dirinya dirempuh oleh seseorang hingga membuatkan kedua-dua mereka terjatuh.

Taehyung mengadu perlahan dan melihat ke arah gadis yang melanggarnya tadi.

"Cik okay?" soalnya prihatin. Gadis itu mengangguk perlahan dan Taehyung cuba membantunya untuk bangun.

Dan ketika itulah, tanpa disedari oleh Taehyung. Gadis itu telah meletakkan botol bersaiz kecil pil cytotec ke dalam beg yang dibawa oleh Taehyung.

Setelah meminta maaf, gadis itu berlalu pergi dengan senyuman puas hati.

Taehyung hanya mengeluh kecil dan terus meninggalkan kedai makan tersebut.

Gadis itu melihat pemergian kereta Taehyung. Setelah itu, dia mengeluarkan telefon pintar miliknya dan mula menghubungi seseorang.

"Hello babe. I dah buat apa yang you suruh I lakukan."

Jungkook tertawa halus.

"Thank you, sayang. You memang selalu yang terbaik."

"Well, ini Alice lah. Selain hebat diatas katil I juga hebat buat kerja macam ini."

Sila pupuslah kedua-dua manusia ini.

-------

"Belle. Kau betul ni taknak aku temankan kau pergi beli barang?" Seulmin memandang ke arah Isabelle dengan pandangan risau.

Melihat keadaan Isabelle yang sedang sarat mengandung ini membuatkan dia lagi bertambah risau. Risau jikalau berlaku sesuatu perkara yang tidak diinginkan berlaku.

"Aku okeylah, Seul. Lagipun aku cuma nak beli roti je. Bukan beli beras ke apa ke. Jangan risau okay?"

Seulmin mengangguk dengan terpaksa. Hatinya masih berat ingin melepaskan Isabelle pergi.

"Hm, Yelah. Hati-hati bawa kereta tu. Kalau ada apa-apa terjadi, call je aku terus."

"Yes Ma'am!" Belle tertawa halus. Seronok dia mengusik sahabatnya.

Setelah Seulmin berlalu pergi, Belle terus memasuki ke dalam perut kereta. Dia memanaskan enjin keretanya terlebih dahulu.

Setelah itu, dia terus mengundurkan keretanya dengan yakin bahawa tiada kereta atau kenderaan lain melalui belakangnya.

Namun, malang tidak berbau.

Tanpa dia sedar, ada sebuah lori bersaiz sederhana mula bergerak laju ke arah keretanya.

Bunyi hon yang kuat membuatkan Isabelle terkaku dan tidak tahu buat apa. Otaknya langsung tidak berfungsi malah matanya terbutang luas melihat sebuah lori itu meluncur laju ke arahnya sebelum meremput dengan kuat keretanya.

Bam!

Strrrrrrt!

---------

TBC

BISMILLAH ASSALAMMUALAIKUM SAYA DAH TAKDE IDEA SIOT XJSJS maaflah dengan kehanatan yang berlaku hiks. btw thanks to 10k views! yeay!

oh ye. siapa berminat nak buat pre-order fanfiction version novel dibawah, boleh pm saya!

 siapa berminat nak buat pre-order fanfiction version novel dibawah, boleh pm saya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now