20

1.9K 234 43
                                    

Taehyung menghampiri Isabelle yang sedang termenung melihat bandar kota Seoul di waktu malam di jendela apartment rumahnya. Kedua-dua mug berisi minuman coklat panas ditangannya dibawa dengan penuh berhati-hati.

Sesudah sampai disebelah Isabelle, lelaki itu menghulurkan mug tersebut ke arah Isabelle hingga membuatkan wanita itu tersentak dari lamunan pendeknya.

Taehyung tersenyum nipis, dan Isabelle mula membalas senyuman Taehyung dengan senyuman pendek diselang dengan dirinya menyambut huluran mug tersebut.

"Gomawo." bicara Isabelle perlahan sambil menjatuhkan pandangannya. Taehyung hanya mengangguk perlahan dan turut menjatuhkan pandangannya sambil bersandar pada penghadang jendela rumahnya itu.

Atmosfera terasa amat cangguh bagi keduanya, tiada siapapun mahu berbicara tika itu.

Ah bahkan sejak pulang dari hospital lagi mereka berdua memilih untuk mendiamkan diri tanpa berbual.

Isabelle menghirup perlahan minuman coklat panas yang dibancuh oleh Taehyung. Sedikit sebanyak, minuman tersebut membuatkan dirinya yang kedinginan akibat terkena angin malam mula rasa hangat kembali.

Isabelle kembali merenung bandar kota Seoul diwaktu malam ini. Kepalanya masih kusut dengan seribu satu masalah yang menghempap dirinya. Dia mengeluh buat sekian kalinya.

Dia tersenyum dalam keperitan. Dirinya mula dipusing untuk menghadap lelaki itu. Taehyung yang sedang bermain dengan mugnya mula tersentak dengan perbuatan Isabelle yang tiba-tiba menghadapnya itu.

Renungan kesedihan Isabelle benar-benar menyentuh jiwa dan raga milik lelaki itu. Dia boleh rasakan wanita itu benar-benar tersepit ditengah-tengah masalah yang berat.

"Aku sendiri tak pasti kenapa Tuhan betul-betul bencikan aku. Apa salah aku sampai dia hukum aku sebegini?"

Wanita itu menunduk wajahnya. Dia mengetap bibir. Dirinya mula diserang rasa emosi yang amat.

"Kenapa dia seksa perasaan aku sebegini?" Dia kalah dengan emosinya. Setitis demi setitis air matanya mula tumpas.

"Kenapa.. susah sangat untuk aku lupakan perasaan aku kepada dia? Kenapa?" Wajahnya diangkat dan mula bertentang mata dengan lelaki itu.

Matanya sudah berair serta memerah itu dipandang oleh Taehyung tanpa riak.

"Sakit..." Isabelle mula memukul dadanya sambil teresak.

"Hati aku sakit, Tae. Lagi sakit bila fikirkan Tuhan sengaja aturkan perancangan takdir aku seburuk-buruknya."

"Isabelle..stop it." Mug yang berada ditangannya, mula diletakkan diatas meja.

Taehyung memegang kedua-dua bahu Isabelle dan memandang ke arahnya dengan pandangan redup.

"Tuhan tidak membenci kau, Belle. Dia sebaik-baik perancang. Dan perancangannya sangat indah kerana mempertemukan kau dan aku bersama."

Isabelle memandang ke arah anak mata Taehyung. Dia boleh lihat keikhlasan dari anak matanya itu. Taehyung mengesat air mata yang menitis menggunakan jemarinya.

"Kalau dia kejam dengan kau, Belle. Dia tak akan temukan kita berdua, sayang. Dia tidak akan jentik hati aku untuk protect kau. Yakin dengan Dia, Belle." Taehyung mula menekup wajah Isabelle dengan lembut.

Dia menghapuskan jarak wajah mereka berdua sehingga dia boleh merasakan hembusan nafas hangat dari Isabelle.

"Yakin dengan apa yang Dia telah aturkan untuk kau..." Taehyung mula menyatukan dahi mereka.

"Dan yakin dengan apa yang Dia telah aturkan untuk kita berdua, my pretty Belle."

----------

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now