16

1.9K 295 34
                                    

hm ff ni dah start membosankan ke sampai ramai macam readers menghilang je lately ni :"(

-----

Isabelle's pov

Aku memandang ke arah pantulan imej wajah aku melalui cermin besar yang ada dihadapan aku.

Wajahku yang sudah dioles dengan sentuhan magis make up dari Seulmin hanya dipandangan sepi.

Tiada secalit senyuman terukir diwajah aku. Seakan diri aku mula diserang rasa keliru dan serba salah yang amat.

Pandangan aku jatuh pada bahagian perut aku. Dress pengantin yang tersarung pada badan aku yang sebenarnya agak longgar itu masih lagi menampakkan perut aku yang semakin hari semakin membukit.

Satu keluhan berat dilepaskan.

Aku sendiri tidak faham. Apa yang tuhan mahukan sampai dia sanggup aturkan takdir aku sebegini?

Dan apa salah lelaki itu sampai dia juga diheret ke dalam masalah aku?

Kim Taehyung.

Lelaki itu terlalu baik buat aku. Dia terlalu sempurna untuk perempuan macam aku yang sememangnya sudah dibenci Tuhan.

Dan kenapa...

Lelaki itu sanggup untuk memikul tanggungjawab sebegini?

Aku mengetap bibir. Sedaya upaya untuk tidak menangis dan merosakkan suasana dipagi ini.

"....Sebab papa yakin, sayang kamu pada dia tidak setanding sayang kamu pada Taehyung. Betulkan?"

Aku sendiri tidak pasti.

-------

"Kim Taehyung," suara paderi itu membuatkan aku memejamkan mata.

Aku terlalu gemuruh dan gementar walaupun hakikatnya aku sudahpun sah menjadi isterinya ketika kami berdua sama-sama menandatangan di atas dokumen perkahwinan. Tapi, gemuruh apabila ingin mengumumkan pada dunia bahawa aku dan Taehyung bergelar sebagai suami isteri sememangnya membuatkan aku tidak senang duduk.

"ye, saya." dengan tenang, dia menyahut.

Aku mencelik kembali mata aku dengan perlahan-lahan.

"Sudikah dikau untuk menjadi seorang suami kepada isterimu tanpa penyeksaan, penghinaan, kecurangan. Sudikah dikau untuk memegang tanggungjawab sebesar ini dimana engkau akan menjaganya, mencintainya dan menyanyanginya sepenuh hatimu seperti mana bapa kandungan melakukan hal tersebut kepadanya?"

Saliva ditelan dengan payah. Dari sudut sisi, aku terlihat senyuman terukir dibibir Taehyung.

"I do. Dengan nama Tuhan, aku bersumpah akan menjadi seorang suami tanpa penyeksaan, penghinaan, kecurangan. Aku bersumpah juga akan memegang tanggungjawab sebesar ini dimana aku akan menjaga, mencintai dan menyayanginya sepertimana bapa kandungnya melakukan hal tersebut kepadanya." lafaz Taehyung, dengan lancar. Dia kelihatan begitu berpuas hati.

"Jeon Junghwa ,"

"Y-ye, saya."

Ah tahi. Kenapa aku gagap pula?

Bukannya ramai orang pun didalam gereja ini sampai aku nak gemuruh.

Yelah, yang ada didalam gereja ini pun hanya keluarga terdekat dan rakan-rakan yang rapat dengan kami sahaja.

Aku tidak kisah pun kalau ramai tak datang majlis perkahwinan aku, sebab ini sememangnya yang aku minta agar menjemput keluarga dan rakan terdekat sahaja.

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now