26

1.6K 213 42
                                    

it's been a while kan? :") do you miss me, my pretty readers? give me sumn feedback about this chapter 💜

Belle's pov

Tik... tik.

Mentari yang mula menyinari wajah aku, memaksa aku mencelikkan kelopak mata aku. Terasa payah untuk mencelikkan mata ketika ini.

Terasa seakan lama betul aku tertidur.

Dengan usaha yang tidak menghilang, aku akhirnya berjaya mencelikkan mata. Perkara pertama yang menjadi tatap wajah aku ialah, Kim Taehyung sedang terlena disudut katil aku.

Anak mata kemudiannya bergerak melihat sekeliling.

Hospital?

Aku mengerutkan dahi tidak mengerti. Tangan aku yang dipenuhi dengan wayar, diperhatikan dengan hairan.

Telapak tangan aku dibawa ke arah kawasan permukaan perut aku. Aku mula mengusap kawasan perut aku yang seakan mula terasa kempis dan kosong.

apa yang dah terjadi?

Kenapa aku merasa sangat....kosong?

Aku cuba untuk positifkan diri aku, walaupun terdapat beribu bisikan halus kata-kata negetif ditelinga aku, segera aku tepis.

Relax, Belle. Your babies masih ada :").

Taehyung tersedar dari lenanya dan mula menggeliat kecil. Matanya yang masih belum tercelik sepenuhnya, memandang ke arah aku. Sebaik sahaja mata kami bertembung, dirinya terus mencelik sepenuhnya mata.

"Belle?" Dia mula berdiri menekan satu butang yang berada berhampiran dengan katil aku. Kemungkinan itu butang untuk memanggil doktor yang bertugas.

"How have you been, my pretty Belle?" Taehyung mula mengusap lembut permukaan dahi dan rambut aku.

"I feel so.. empty."

Mata aku mula jatuh pada permukaan perut aku yang kempis. Taehyung tergamam. Tangannya secara automatik berhenti mengusap dahi dan rambut aku.

"Apa yang sudah terjadi Tae? Kenapa aku berada di sini? Dan kenapa... aku rasa kosong dibahagian ini.." aku menunjuk ke arah kawasan rahim aku.

Bayangan samar-samar akan sesuatu kejadian mula bermain dibenak fikiran aku. Namun, agak sukar untuk aku mengingati apa sebenarnya yang terjadi.

Perkara terakhir yang aku ingat hanyalah aku mengundurkan kereta dan boom. Selepas itu, aku langsung tidak ingat apa yang telah terjadi.

Taehyung menunduk. Selang beberapa detik, lelaki itu mula menangis. Aku terkejut dengan tindakannya itu.

"Tae..."

Dia mengangkat semula wajahnya dan mula memandang aku. Matanya sudah merah dan berair. Dia tersenyum tipis ke arah aku.

"Maafkan aku, Isabelle. Maafkan aku." Esakannya kian menggila.

-----

Cahaya lampu suluh itu disuluhkan ke arah anak mata aku. Dr. Jung melakukan hal tersebut ke arah, kedua-dua anak mata aku.

Dia kemudiannya tersenyum manis ke arah aku. Dr.Jung kemudiannya menoleh ke arah Taehyung yang memerhatikan kami dengan riak risau.

"So far, isteri kau buat setakat ini tidak ada kena kesan sampingan mahupun apa. Cuma, dia perlu banyak berehat dan tidak banyak bergerak."

Dr.Jung menepuk perlahan bahu Taehyung.

"Semoga kau dan Belle sentiasa tabah. Aku doakan yang terbaik buat kau dan Belle."

Taehyung mengangguk perlahan dan tersenyum nipis. Selepas sahaja Dr.Jung berlalu pergi, dia segera menghampiri aku.

Selepas dia melabuhkan punggung pada kerusi yang tersedia disebelah katil aku, dia terus menarik tangan aku dan menggenggamnya. Dia mencium beberapa kali permukaan punggung tangan aku.

"Aku sudah ingat apa yang terjadi. Kandungan aku tidak terjejaskan, Tae?" aku memandang ke arahnya dengan penuh harapan.

"Kemalangan itu tidak meragut nyawa anak-anak aku kan?" soal aku lagi.

Satu keluhan berat yang keluar dari Taehyung, meretakkan hati aku. Seakan aku boleh agak apa yang terjadi.

"M-maafkan aku, Belle."

Dang!

Jiwa aku seakan perlahan-lahan menghilang. Mata aku mula bergetar. Jantung aku juga kian berdegup dengan jitu. Peluh mula menitis membasahi dahi aku.

"K-katakan semua ini dusta. K-kau tipu aku kan, Tae? S-sumpah tak lawak."

Taehyung menggeleng perlahan. Dia kemudian menarik aku dalam dakapannya.

"Aku minta maaf, my pretty Belle. Aku gagal untuk menunaikan janji aku untuk jaga bayi-bayi itu bersama."

Menangis dan menangis.

Selamat datang wahai diri Isabelle yang cengeng serta lemah.

Selamat datang.

-----

TBC

maaflah sebab lama tak update. gue busy bossku. insyaAllah, aku cuba sebaik mungkin untuk habiskan ff ni. 🤗

SILENT READERS SILA MUNCULKAN DIRI! GUE HARAMKAN UNTUK KAU JADI SILENT READERS DEKAT FF NI. k bye

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now