23

1.9K 252 21
                                    

Isabelle's pov

Aku meletakkan buku katalog kain tersebut dirak semula. Seusai aku memusingkan badan, mata aku tertangkap wajah sungul dari Seulmin yang sedang termenung ke arah skrin komputernya di meja kerjanya.

Aku mula menghapuskan jarak dan merapati meja.

"Kau okay tak ni, Seul?"

Teguran aku membuatkan Seulmin tersedar dari lamunannya. Dia ketawa perlahan lalu meraup wajahnya.

"Aku okay. Cuma teremosi sikit lepas baca pasal kes sumbang mahram yang berlaku baru-baru ni." ujaran dari Seulmin benar-benar menghentam perasaan aku.

Saliva aku ditelan kelat. Jiwa aku mula bergelora apabila pelbagai negative throughs menerjah akal fikiran aku.

"K-kenapa?"

Seulmin menghirup sedikit Milonya sebelum dia menopak dagu sambil memandang sayu ke arah aku.

"Menurut saintifik, kalau someone melakukan sumbang mahram akan berpotensi menghasilkan keturunan biologinya yang cacat. And also dia boleh bawa maut kepada si Ibu yang mengandung mahupun si anak." ulas Seulmin.

Aku terdiam seribu bahasa. Memandangnya dengan perasaan gemuruh dan takut. Lutut aku terasa lemah apabila kata-katanya mula dihadam ke dalam akal fikiran aku.

"Eo. Belle, kau okay?" aku mengangguk dengan senyuman terpaksa.

"Aku.. pergi tandas kejap tau." aku mula mengorak langkah, menuju ke arah tandas.

"Belle," langkah aku mati dengan serta merta apabila suara Seulmin mula kedengaran sedikit serius.

"Aku harap kau mengandung anak Taehyung dan bukannya Jungkook,"

Aku menoleh ke arahnya dan tersenyum nipis.

Kalaulah aku boleh makbulkan harapan kau, Seul. Dah lama aku buat dan tukarkan status anak ini menjadi anak Taehyung dan bukannya Jungkook.

Namun, itulah hakikatnya. Takdir yang diaturkan oleh Tuhan amat kejam.

Ini anak Jungkook.

Bukannya Taehyung.

--------

Jungkook merebahkan dirinya diatas katil tanpa menukar pakaiannya kerjanya.

Dirinya terlalu penat disebabkan kerjanya di pejabatnya terlalu banyak. Ditambah dirinya banyak masalah ini, lagi stress dibuatnya.

Minjung masuk ke dalam bilik mereka dan meletakkan bakul berisi pakaian yang sudah kering. Dipandangan sekilas tubuh suaminya sebelum dia mengeluh berat.

Dia kemudian mengabaikan Jungkook dan meneruskan aktivitinya menyusun pakaian-pakaian yang berlambak didalam bakul tersebut.

Jungkook sedar akan kehadiran isterinya itu. Dia memandang hairan ke arah Minjung yang sejak dua menjak ini asyik memalaunya.

Kalau selalunya, Minjung akan menghampiri Jungkook dan memaksanya untuk bersihkan diri sebelum berehat. Tapi sejak dua menjak ini, gadis itu hanya mengabaikannya dan membuat hal sendiri.

Jungkook mendengus perlahan. Dia cuba merendahkan egonya dan mula menegur Minjung.

"Yah, Jeon Minjung."

"Hm?" gadis itu hanya mengumam perlahan tanpa menoleh ke arahnya dan terus melakukan kerjanya.

"What happend to you?" Minjung menoleh ke arah Jungkook dengan kerutan didahi.

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now