Isabelle's pov
I said, young people fall in love
with the wrong people sometimes,
Some mistakes get made
That's alright that's okay
You can think that you're in love,
When you're really just in pain,
Some mistakes get made,
That's alright that's okay,
In the end, it's better for me,
That's the moral of the story, babe.Moral of the story - Ashe
Radio dimatikan oleh aku. Satu keluhan dilepaskan. Sungguh aku katakan bahawa setiap bait lirik lagu ini amat kena dengan keadaan aku sekarang ini. Suasana malam ketika ini benar-benar memainkan peranannya.
Setiap kenangan dahulu mula kembali menerjah akal memori aku. Dari mulanya perkenalan aku dengan Taehyung hingga ke akhirnya dimana aku telah melakukan kesilapan paling besar iaitu melepaskan sebuah permata yang amat berharga.
Hujung bibir aku terjungkit, mula tersenyum kelat memikirkan betapa bodohnya aku ketika itu.
Terlalu ikutkan perasaan sehingga aku terlepas seseorang yang amat berharga buat aku.
That's the moral of story, Belle.
Jangan terlalu fikirkan perasaan kau sahaja.
Jemari aku mengetuk perlahan stereng kereta dan menanti dengan sabar menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Aku kini didalam perjalanan menuju ke rumah Jimin. Dia menjemput aku menghadiri majlis hari lahir adik tirinya, Afikacak.
Apabila lampu isyarat bertukar hijau, kereta aku kembali meluncur laju di atas permukaan jalan tar ini.
-----
Aku melangkah menuju ke arah halaman belakang rumah Jimin. Kata beberapa kenalan Jimin yang sedang melepak di hadapan, majlis berlangsung di situ.
Aku memerhati sekeliling, mencari kelibat Jimin. Apabila sudah jumpa, kaki aku terus melangkah ke arah Jimin yang sedang borak dengan seorang gadis dan seorang lelaki. Aku tidak dapat melihat wajah mereka kerana mereka sekarang ini sedang membelakangi aku.
Hadiah yang berada ditangan aku digenggam dengan perasaan happy. Kemungkinan gadis itu merupakan adik tiri Jimin dan lelaki tersebut merupakan kekasih adiknya.
Jimin yang perasan kehadiran aku terus tersenyum lebar menyapa aku dengan satu lambaian teruja.
"Hi, Belle!"
Senyuman serta langkah aku mati apabila figura lelaki itu menoleh ke arah aku. Jiwa aku mula bergelora dan perasaan aku mula tidak keruan.
Kim Taehyung.
Haha tahi. Dia buat apa kat sini?
Oh lupa. Dia kawan baik Jimin.
So no wonderlah dia ada dekat sini.
Disebabkan aku tidak mahu kelihatan cengeng dan lemah, aku berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Aku menghampiri mereka dengan senyuman yang dibuat-buat. Aku perasan, Taehyung mula merangkul pinggang gadis yang berdiri disebelahnya itu. Aku beranggapan mungkin itulah tunangnya.
Walaupun agak sakit hati ketika ini, tapi tidak apa. Aku dengan Taehyung juga sudah tiada apa hubungan. Terpulang padanya mahu berhubungan dengan siapapun. Walaupun sebenarnya aku masih lagi berharap padanya.
Aku langsung tidak mengerling sedikit pun pandangan aku padanya. Pandangan aku hanya fokus pada Jimin dengan senyuman lebar yang agak palsu sebenarnya.
YOU ARE READING
✔️ someone you loved | kth
Fanfiction[2019] "I am someone who's hoping for you to have a happy ending" started : 10/12/2019 ended : 21/4/2020 [HIGH RANKING] #2 in fanfiction #4 in btsff #5 in kth cover made by me copyright ©️ baeknob 2019