25

1.8K 224 22
                                    

Taehyung menghampiri wad kecemasan dengan cemas dan tergesa-gesa. Air mata yang mengalir deras, diabaikan.

Dia tidak kisah jikalau orang ingin mengatakan bahawa dia seorang yang cengeng ataupun crybaby.

Siapa sahaja tidak akan menangis jikalau isteri kesayangannya kemalangan dan masuk hospital di wad kecemasan?

Siapa?

Tiada.

Semuanya akan menangis juga. Sekeras hati lelaki itu, dia tetap akan tumpas apabila melihat orang yang disayanginya dalam keadaan buruk.

"Belle!"

Baru sahaja Taehyung ingin merempuh wad kecemasan tersebut, namun ada satu tangan menghalangnya.

Jeon Jungkook.

"Lepaskan aku!" perlahan namun masih keras untuk didengarinya.

Taehyung cuba menepis lengan sasa milik Jungkook namun disebabkan fikirannya tidak dapat difikir dengan waras ditambah dirinya menjadi lemah disebabkan menangis, dia akhirnya jatuh tersungkur dan menangis.

Semua yang ada disitu, keluarga Isabelle dan rakan-rakan terdekat iaitu Seulmin dan Jimin mula memerhati ke arah Taehyung dengan sayu dan simpati.

Taehyung cuba untuk menenangkan diri dan mula menghembus nafas berat. Wajahnya yang tertunduk tadi mula diangkat dan wajah Jungkook direnung tajam.

Taehyung meraup kasar wajahnya dan memandang ke arah Jungkook.

"Kau buat apa dekat sini?"

Jungkook mula menghembur tawa sinis.

"Isabelle itu adik aku. So kau rasa kenapa aku ada dekat sini?"

Taehyung mengetap geram. Dia tidak boleh menafikan fakta yang satu itu. Dan dia juga tiada hak untuk menghalang Jeon Jungkook.

Jimin membantu Taehyung untuk bangun dan duduk dikerusi yang disediakan.

Sepanjang menunggu, Taehyung dan Jungkook hanya berperang jelingan maut diantara satu sama lain.

"Kalau kau tak kahwin dengan Belle, belle tak akan tersakiti sampai macam ini." kata Jungkook, sinis.

"Dan kalau kau tak muncul dalam hidup Isabelle, dia tak akan sengsara fikirkan pasal dirinya yang bodoh bercinta dengan abang sendiri." perli, Taehyung semula.

"Kook! Tae! Enough! Isabelle dekat dalam itu sedang bertarung nyawa. Kamu berdua boleh pula bergaduh dekat sini. Sepatutnya kamu berdua doakan yang terbaik buat Isabelle dan bukannya salahkan satu sama lain!"

Taehyung dan Jungkook terdiam apabila dimarahi oleh Appa. Papa Jeon dan Mama Jeon juga telah mengelah nafas berat melihat ketidakmatangan mereka berdua.

Klekk---

Semua mata mula tertumpu ke arah seorang doktor yang baru sahaja keluar dari kecemasan tersebut.

Terus Taehyung dan Jungkook mendapatkan Doktor tersebut.

"Dr.Ahn macam mana keadaan Isabelle? Dia baik-baik sahajakan? Kandungannya juga baik-baik sahajakan?" soal Taehyung, mendesak.

Dr.Ahn mengeluh berat sebelum menepuk perlahan bahu Taehyung.

"First of all, aku harap kau tabah dengan apa yang aku nak beritahu ini, Tae. Isteri kau terselamat cuma..." kata-kata Dr.Ahn tergantung seketika.

Dia memandang ke arah Taehyung yang sudah sembam dengan air mata itu dengan sayu. Dr.Ahn juga melihat ke arah ahli keluarga yang lain dan mengeluh berat.

✔️ someone you loved | kthWhere stories live. Discover now