ㅡprolog

463 44 11
                                    

Kim Sunwoo's

"Tuan Muda, makanan sudah siap dihidang", ujar salah seorang pembantu rumah tetap aku.

Langkahku teruskan ke ruang makan untuk santapan makan malam selepas pulang dari sebuah majlis yang tidak aku terasa seronok untuk hadiri.

Hari ini terasa lain sangat, tak seperti selalu yang terasa sunyi tanpa sebarang suara manusia. Hanya aku seorang sahaja yang layak melontarkan lebih banyak kata-kata di rumah ini tanpa dihalang oleh orang lain.

"Kim Sunwoo! Kau dah gila!", jeritan seorang gadis dari dalam bilik berkunci terus menusuk masuk ke dalam telinga aku.

Dia ni macam tahu-tahu je aku dah balik, terus terjerit-jerit. Baru beberapa jam kena kurung, dah memekak.

"Kim Sunwoo!", jeritannya makin lantang.

Haih, perlu aku kunci mulut dia atau buang tepi jalan? Heh, dasar tak bersyukur. Untung lah kau sebab aku yang dapat kau, bukan orang lain.

Hilang pulak selera aku nak makan. Lantas aku meninggalkan ruang makan lalu mendaki tangga menuju ke bilik dimana dia dikurung. Bising yang amat, bingit telinga aku.

Beberapa langkah selepas sampai di tingkat atas, pintu bilik tersebut aku kuak ke dalam perlahan selepas dibuka kuncinya. Pengawal kiri dan kanan bilik tersebut hanya berdiam diri dan menurut perintah aku untuk menjaga dia dari luar.

Selangkah aku ke dalam lalu;

"Kau memang tak boleh duduk diam kan? Kerja nak memekak je. Sila bersyukur sikit aku yang dapat kau dulu dari diorang", sengaja aku lontarkan sedikit dalam nada yang menyampah.

Dia hanya duduk terdiam memeluk kedua lututnya, menunduk tidak memandang ke arah aku. Mungkin air matanya terasa sudah terlalu berat untuk dipikul, aku perasan badannya agak terhincut.

"Kau kejam Kim Sunwoo.....", mendatar suaranya berbaur dengan esakan.

"Kau takkan faham benda ni selagi masanya akan tiba. Apa yang perlu kau buat sekarang hanyalah berada disini sehingga aku lepaskan kau"

Lantas pintu bilik ditutup lalu dikunci semula.

🎭🎭🎭

•31stjan2020•

⟳12th April : kimsunwooTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang