ㅡ19

90 17 0
                                    

Mr. Han menyiram pokok tanamannya di bahagian tepi rumah, taman kecil tempat dia bersama Ara luangkan masa bersama. Kini tiada Ara, dia merasakan seperti hilang separuh dari dirinya. Sebak bila dikenangkan kembali. Namun dia masih akur akan pengirim surat yang memberikan amaran untuk berdiam diri akan kehilangan Ara. Kerana dia sedar, disebabkan dia jugalah nyawa Ara dalam bahaya.

Makin difikirkan hal itu, Mr. Han tidak mampu lagi untuk berada di luar lama-lama. Risau akan jatuh pengsan. Lalu dia menapakkan langkah menuju ke pintu utama.

“Tuan.. Tuan... Tuann!”, panggil salah seorang orang bawahannya yang muncul bersama sepucuk surat.

Mr. Han melihat hairan terhadap surat tersebut.

“Ni ada surat untuk tuan. Tapi takda pengirim”, ujar orang bawahannya.

Mr. Han tidak bercakap banyak lalu mengambil surat itu dan dibuka.

-----------------------------------------------------------------

Dear Mr. Han,

Jumpa jam 3 petang nanti datang ke Nature Park. Ada perkara yang perlu dibicarakan. Jangan lambat atau sesuatu buruk akan terjadi ke atas family kau.

-----------------------------------------------------------------

Tersentak dia membaca isi surat itu. Entah siapa yang mahu berjumpa secara tiba-tiba. Dalam hatinya juga berbaur rasa risau dan hairan. Risau jika diabaikan nanti sesuatu buruk akan jadi. Tapi boleh jadi juga sebagai umpan.

Berdetik makin berlalu, akhirnya Mr. Han mengambil keputusan untuk pergi juga ke tempat yang telah dimaksudkan di dalam surat misteri itu.

..........

Mr. Han yang duduk di bangku taman itu melirik jam ditangannya. Jam sekarang sudah tepat menunjukkan pukul 3.30 petang namun tiada sebarang kelibat lagi yang ingin bertemu dengannya.

“Kena scam ke ni? Dah 30 minit kat sini tak muncul-muncul pun haihhh”, keluh Mr. Han yang turut ditemani dengan seorang anak buahnya.

“Jom lah balik. Mungkin ini hanya mainan”, Mr. Han mengajak anak buahnya.

Namun baru sahaja dia bangun dari tempat duduknya, satu suara lembut dan sayu menyapa ditelinga. Suara itu bercampurkan dengan senduan tangisan.

“Ap.... Appaaa”

Mr. Han memerhatikan gerangan pemilik suara itu. Lantas air matanya jatuh menuruni pipi.

“Araaa!”, jeritnya lalu memeluk erat anaknya itu. Tak sangka takdirnya hari ini sungguh indah. Sudah terlalu lama menahan rindu, akhirnya berjumpa jua.

Nature Park yang tidak dikerumuni ramai orang itu menjadi saksi pertemuan mereka. Sunwoo yang menyorok dibalik pohon besar hanya memerhati mereka berdua dari jauh.

Jujur, dia merasa agak bersalah kerana menjauhkan Ara dengan Mr. Han walaupun itu semua demi kebaikan keduanya. Dia berharap akan pertemuan sementara ini dapat merubat sikit kerinduan masing-masing.

“Ara okay ke? Tak luka mana-mana kan?”, soal si ayah risau. Ara hanya menggeleng sambil mengesat air matanya.

“Ara baik-baik je. Sunwoo jaga Ara elok”, Ara membalas tanpa menyedari telah menyebut nama jejaka itu.

⟳12th April : kimsunwooWhere stories live. Discover now