ㅡ1

284 33 41
                                    

Han Ara's

"Bye appa! See you later", aku melambaikan tangan kepada appa dengan segaris senyuman.

Appa turut berbalas lambaian di dalam kereta lalu cermin kereta dinaikkan sehingga tertutup semua ruang. Kereta appa kemudiannya meluncur laju keluar dari perkarangan sekolah.

Beginilah rutin setiap kali aku ke sekolah, appa yang hantarkan kemudian beredar ke tempat kerjanya. Aku je satu-satunya anak appa, yes aku anak tunggal. Sebab tu appa suka manjakan aku lagi-lagi selepas bercerai dengan omma. Welp, takdir kehidupan yang perlu diterima.

Aku terus menapakkan kaki, mengatur langkah dengan berhati-hati menyusuri jalan yang terus ke ruang utama sekolah. Lebih kurang macam dewan terbuka tanpa dinding gitu sebab bahagian loker pelajar ada di ruang sebelah kanan dewan tersebut.

Tak sampai 4 minit, aku sampai di hadapan loker pelajar. Loker yang bertampal sticky note kuning itu hanya dipandang agak kesal. Aku tak tahulah kenapa hampir setiap hari orang nak tampal sticky note kuning dekat loker aku.

Loker orang lain banyak lagi kot!

Satu persatu aku kutip lalu dironyokkan. Actually bukan ada tulisan pun, itu yang buat aku geram sebenarnya. Lekat sesaja buat semak haduh. Membazirlah, berjimatlah sikit hmm. Ni aku syak mesti tak pandai guna sticky note ni.

Yes aku yakin!

Usai semuanya dibuang, aku membuka loker untuk mengambil buku-buku mengikut jadual hari ini. Kemudian, aku mengatur langkah pula menuju ke kelas 5G-2 yang terletak searas dengan ruang loker pelajar ni. Mujurlah tak jauh, kalau ada barang banyak-banyak bolehlah bawak sesikit dulu.

Pintu kelas diseretkan ke tepi dan kakiku melangkah ke dalam, terus bergerak ke seat aku di tengah-tengah kelas.

Punggung dilabuhkan lalu segala buku dan beg disusun pada tempat sepatutnya sebelum memulakan kelas.

Masih pukul 8.00 pagi, berbaki 15 minit lagi kelas akan bermula. Baik aku telaah balik nota semalam. bolehlah ingat sesikit.

Sedang aku mahu membuka nota-nota tersebut ;

"Ara-ah!", seseorang memanggil aku dari belakang.

Oh, Eric rupanya. Salah seorang classmate yang agak annoying perangai tapi tersangat membantu tatkala menjawab semua soalan saem.

"Yes mau apa?", soalku tenang.

"Habis kelas kita pergi lepak dekat Foodity Street nak?", pelawanya santai.

Aku berfikir sejenak, macam best. Lagipun dah lama tak lepak sana. Dengar cerita ada menu baru.

Terus kepala diangguk tanda setuju.

.........

Waktu rehat dah tiba, semua orang pergi kafeteria tapi aku duduk je dalam kelas makan bekal sendiri. Appa bangun awal pagi rajin nak buatkan, katanya kalau makan masakan dia nanti takkan mengantuk dalam kelas. Lucu la appa ni, comel je perangai.

Kimbap bersaiz sederhana itu disuap ke dalam mulut lalu dikunyah sehabis baik. Kang nanti tercekik sapa nak hantar pergi hospital pulak tengah-tengah semua orang hilang pergi serbu kafeteria.

⟳12th April : kimsunwooWhere stories live. Discover now