Kim Sunwoo's
Aku meninggalkan majlis prom itu sendirian tanpa iringan para anak buah. Cukuplah tugas aku dah selesai untuk mendaratkan mata pada Taejun, selebihnya biarlah menjadi tanda tanya.
Motorbike 2019 MV Agusta F4 Claudio aku tunggang lalu meluncur keluar dari perkarangan sekolah dengan kelajuan yang agak maxima.
Malam masih muda untuk pulang ke rumah sekarang. Mungkin aku boleh melepak dimana-mana sebelum balik ke rumah.
Lalu aku memecut laju ke suatu tempat untuk meluangkan detik-detik di dalam kegelapan malam sebentar.
Sebelum memberikan kejutan kepada tetamu baru.
.........
Selepas puas melepak yang agak berjam-jam, aku mengambil keputusan untuk pulang. Seperti biasa, aku disambut oleh anak buah yang setia menjaga pintu hadapan rumah.
"Tuan Muda, dia dah dapat tahu", salah seorang dari mereka bersuara memberikan informasi.
Mungkin dia dah nampak gambar aku yang tergantung kemas di dalam bilik. Huh, aku sengaja mahu dia tahu sebenarnya.
Well, berjalan seperti yang diaturkan.
Baguslah tetamu baru dah kembali ke alam realiti dari terus berada dalam alam mimpi.
Langkahku kemudian diteruskan untuk masuk ke dalam. Entah mengapa aura dingin aku kembali menyapa sebaik sahaja berada di rumah.
"Tuan Muda, makanan sudah siap dihidang", ujar salah seorang pembantu rumah tetap aku.
Aku mengangguk lalu menapakkan kaki ke ruang makan untuk santapan makan malam selepas pulang dari sebuah majlis yang tidak terasa seronok untuk aku hadiri.
Memandangkan aku tidak makan tadi, jadi terasa agak lapar juga.
Hari ini terasa agak lain, tak seperti selalu yang terasa sunyi tanpa sebarang suara manusia.
Hanya aku seorang sahaja yang layak melontarkan lebih banyak kata-kata di rumah ini tanpa dihalang oleh orang lain.
"Kim Sunwoo! Kau dah gila!", jeritan seorang gadis dari dalam bilik berkunci terus menusuk masuk ke dalam telinga aku.
Dia ni macam tahu-tahu je aku dah balik, terus terjerit-jerit. Baru beberapa jam kena kurung, dah memekak.
Kau takut ke?
"Kim Sunwoo!", jeritannya makin lantang.
Haih, perlu aku kunci mulut dia atau buang tepi jalan? Heh, dasar tak bersyukur. Untung lah kau sebab aku yang dapat kau, bukan orang lain.
Hilang pulak selera aku nak makan. Lantas aku meninggalkan ruang makan lalu mendaki tangga menuju ke bilik dimana dia dikurung. Bising yang amat, bingit telinga aku.
Beberapa langkah selepas sampai di tingkat atas, pintu bilik tersebut aku kuak ke dalam perlahan selepas dibuka kuncinya. Pengawal kiri dan kanan bilik tersebut hanya berdiam diri dan menurut perintah aku untuk menjaga dia dari luar.
Selangkah aku ke dalam lalu;
"Kau memang tak boleh duduk diam kan? Kerja nak memekak je. Sila bersyukur sikit aku yang dapat kau dulu dari diorang", sengaja aku lontarkan sedikit dalam nada yang menyampah.

YOU ARE READING
⟳12th April : kimsunwoo
Fiksi PenggemarOrang takkan percaya sisi lain aku nak dibandingkan dengan apa yang mereka lihat. Setiap di sudut hati aku terdetik untuk memberitahu mereka tapi takkan pernah terungkap. Sehinggalah satu tarikh ini munculnya seiringan dengan terbit matahari, mereka...