ㅡ14

113 21 5
                                    

Mr. Han mundar-mandir di segenap ruang bilik peribadinya. Berbekalkan rasa risau dan cemas akan kehilangan anaknya itu, dia tak henti membayangkan wajah Han Ara. Satu-satunya anak yang dia ada tak pulang ke rumah sejak semalam. Itu yang menyebabkan dia takut, jika Ara tiada maka hidup Mr. Han juga boleh hilang.

"Ara... Ara pergi mana sayang? Appa takut", bergetar suaranya tika menuturkan kata itu.

Walaupun sudah disuruh anak buahnya mencari Ara sejak semalam tetapi sehingga hari ini tiada khabar berita. Mr. Han kemudian mengambil tempat sebentar di kerusi megahnya cuba untuk bertenang. Dalam kekusutan yang dihadapi perlu juga untuk berfikir sebentar.

"Perlu atau tak aku dapatkan bantuan polis?", ujar Mr. Han perlahan sambil memandang telefon di hadapannya. Sebaik saja tangannya mahu mengangkat gangang telefon itu, sepucuk surat mendarat di atas mejanya.

"Tuan, ada surat untuk tuan. Saya jumpa dalam peti tadi", salah seorang anak buah Mr. Han menghulurkan surat tersebut yang tidak bertintakan pengirim. Hanya terpapar nama Mr. Han saja di luar sampul itu.

Kemas tangannya membuka dan membaca isi kandungan dalam surat itu.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

Dear Mr. Han,

Tengah risaukan anak kau? Huh tak perlu. Anak kau dah selamat dalam tangan aku. Dia tak akan diapa-apakan. Percayalah.

Sekarang ni, kau perlu berdiam diri je acah takda apa yang berlaku. Termasuk hentikan Ara dari sekolah tu. Cakap je lah yang dia pindah atau apa-apa. Tak susah pun kan?

Jangan sesekali laporkan hal ni pada polis  dan jangan cari dia atau tidak, kau sendiri dah letakkan risiko nyawa dia dalam bahaya.

Ingat Mr. Han, ikut arahan aku kalau nak anak kau selamat. Mudah je kan? Kau bertenang je. If aku dapat tahu yang kau berdegil, sorry not sorry riwayat dia akan tamat.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

Pantas Mr. Han melipatkan surat itu kembali lalu menyandarkan diri ke dalam kelembutan kerusi megah itu. Hatinya makin kacau selepas membaca surat tersebut yang entah siapa pengirimnya. Tangan Mr. Han bergetar seakan terkena kejutan elektrik. Nafasnya seperti terhalang sesuatu tika ini.

"Kenapaaaa... Kenapa mesti Ara?", keluhnya kesal. Anak gadis yang dibesarkan olehnya itu tak pernah melakukan kes jenayah mahupun terlibat dalam kegiatan yang merisikokan nyawanya sendiri tetapi mengapa perlu menjadi mangsa?

..........

Han Ara's

Aku membaringkan diri di atas katil yang empuk setelah terbangun dari tidur akibat penat menangis di sudut bilik itu. Semua ni sebab si Sunwoo tu marah aku. Yah! Budak tu ada hak apa nak marah-marah aku ish. Berani betul cari pasal dengan aku. Dia tak tahu ke aku ni cepat terasa?

"EEEEEEEEEE", aku menumbuk kuat katil itu bertubi-tubi dek kerana geram punya pasal. Kesah pulak aku kalau katil ni nak roboh ke apa, bukan duit aku yang bayar. Si Sunwoo kejam tu jugak.

Perasaan aku entah lah apa terjadi. Sekejap marah, lepas tu geram dan pada masa yang sama aku sedih sebab tak dapat nak jumpa appa. Semua sebab budak tu lah! Cari nahas nak kurung-kurung aku macam ayam.

Akibat geram, aku melempar semua bantal yang ada ke arah pintu bilik. Bersepah habis dah macam kucing dengan anjing baru lepas gaduh. Aku menilik jam dinding itu sekilas. Wow, tak sangka betul dah pukul 4 petang. Lama jugak aku tidur rupanya. Sekarang dah lapar macam tak makan bertahun. Biasalah bila kau penat nangis mesti akan lapar, tenaga kau dah banyak hilang.

"Takde biskut ke duh dalam bilik dia ni? Aku lapar teruks!", kemudian tangkas tanganku memunggah disegenap ruang. Mana tahu dia simpan stock makanan dalam bilik macam aku. Urgent bila lapar malam-malam kau pe tahu.

Sedang leka aku memunggah segala benda di dalam bilik itu, satu tamparan hinggap di bahagian lengan kanan aku. Lantas aku memandang gerangan yang berani dia je tampar lengan aku pikir tak sakit ke woi?

Dan ya. Kim Sunwoo terpacak berdiri di sebelah aku sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sekolah. Baru balik la ni gamaknya dengan spek mata bulat dia tu heh aku takkan tertipu lagi.

"Kau dah kenapa bagi bersepah bilik ni. Kalau ya pun nak mengamuk, setakat lempar bantal buat apa. Nak kena marah lagi ke?", ujar Sunwoo selamba dengan nada yang mengjengkelkan. Fuh membara hatiku rasa nak je aku tengking.

"Suka hati lah. Bukan bilik aku pun. Aku bukan tinggal kat sini pun. Baju-baju aku pun takde, barang-barang aku pun—"

Belum sempat aku habis membebel, Sunwoo merentap tangan aku kasar lalu menuju keluar dari bilik.

"Kau ni banyak betul merungut. Dah ikut aku duduk dalam store bawah tanah. Mana tahu lagi selesa kau kat situ"

Aku terdiam seribu kata. Dia ni serious ke tak? Gila apa nak bagi aku duduk dalam store gelap-gelap tu. Aishhh Kim Sunwoo betul-betul dah hilang akal!

"Ish tak nak ah weh!! Lepaskan aku orang gila!!", aku meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Namun Sunwoo tak barkata apa, langkahnya terus menutur ke laluan store bawah tanah. Genggaman tangannya
kuat menarik aku untuk ikut sekali.

Seram lah dia ni! Kau psycho ke amenda!?

Dalam tengah puas meminta untuk dilepaskan, akhirnya Sunwoo melepaskan genggamannya dari tangan aku. Terlihat bekas merah akibat tenaga kuat si lelaki ni. Tak guna betul.

"Masuk", Sunwoo mengarahkan aku tatkala pintu store tersebut terbuka luas. Baru aku perasan, dah sampai dekat store bawah tanah.

Terkebil-kebil aku memandang Sunwoo berselang seli dengan keadaan store tersebut. Aku takut nak duduk situ dengan kegelapan. Sampai hati betul budak ni nak menyeksa aku macam ni sekali.

"Kau pekak sejak azali ke? Aku suruh masuk kan, membisu apa lagi?", kali ni nada suaranya makin tinggi.

Ya, mungkin aku dah mencabar kesabaran Sunwoo. Pandangan matanya betul-betul tajam. Aura dinginnya juga turut terasa. Dia memang tak kesah aku ni lelaki ke perempuan ke semua dia layan sama je, dingin. Berbeza sangat dengan kat sekolah.

Sunwoo mengeluh seketika lalu menolak aku kasar untuk masuk ke dalam store itu. Aku tersentak akan tindakan lelaki ini. Riak wajahnya mempamerkan rasa geram dan marah. Dia, betul-betul nampak seram lebih dari raksasa.

"Jadi manusia jangan menyusahkan orang ya. Bila orang suruh masuk tu, masuk je lah tak payah sampai membazir tenaga aku nak tolak kau!", marah Sunwoo lalu kemas jari jemarinya menutup dan mengunci pintu store tersebut. Meninggalkan aku bersama kegelapan.

"Kau duduklah situ puas-puas. Nak sangat kan!", sambung Sunwoo lantas mengatur langkah menjauh dari store itu.

Aku tak berani nak bersuara lagi. Entah mengapa perbuatan Sunwoo kali ni membuatkan aku seribu kali terdiam berbanding pagi tadi. Aku memeluk lutut dan membenamkan wajah bersama air mata yang bercucuran jatuh. Ya, memang tak patut aku membebel tadi. Akibat mencabar Kim Sunwoo, sekarang dah jadi lebih teruk. Padan muka kau Ara.

🎭🎭🎭

⟳12th April : kimsunwooWhere stories live. Discover now