ㅡ5

160 29 17
                                    

Eric menyandarkan diri pada loker disebelah Ara. Telinganya mendengarkan setiap bait yang diceritakan oleh gadis itu apa yang berlaku semalam.

"Tapi serious weh seram betul! Kau bayangkan ah tengah jalan tiba-tiba ada orang bawak pisau berdiri depan kau", Ara yang kelihatan masih lagi trauma tetap jua mahu menceritakan hal itu kepada kawan baiknya. Bagi Ara, walaupun Eric ni agak annoying tetapi jika perkara yang buruk terjadi padanya, terus diluahkan pada lelaki itu.

Seolah-olah Eric dah macam adik-beradiknya sendiri. Jika makin disimpan, hatinya tidak akan tenang.

"Uish kau ni saja cari nahas. Dah tahu tu malam gatal jugak nak keluar. Ni mesti kau tolak pelawaan bodyguard kau kan?", tebak Eric. Kalau dah keluar ada peneman, takkan jadi benda macam ni.

Ara hanya mengangguk menandakan 'ya'.

"Hmm dah agak. Ish kau ni tolonglah lain kali tu kalau nak keluar please lah berteman. Sekarang ni manusia lagi menakutkan dari hantu tau"

"Ish kau ni, ke situ pulak. Jangan ah mention walaupun tengah pagi ni", sampuk Ara apabila mendengarkan Eric menyebut perkataan hantu tersebut. Takut benar si Ara ni.

"Tolong ingat eh, after this keluar biar berteman. Jangan sampai aku nak kena carikan kau partner pulak 24 jam", sindir Eric lalu membelakangi Ara, meninggalkan gadis itu terpinga-pinga di hadapan loker sendiri.

'Kurang ajar budak ni hanot betul, ingat aku tak laku ke sampai nak kena cari?', bentak hatinya lalu berlari mengejar Eric yang sudah beberapa tapak di hadapan.

"Weh, waktu rehat nanti kita makan sekali eh? Appa aku tak siapkan bekal harini-"

"Haa ye lah. Dengan siapa lagi aku nak makan kalau bukan dengan kau", belum sempat Ara menghabiskan ayatnya, Eric sudah memotong.

..........

Tepat jam 10.30 pagi, semua pelajar mula beredar ke kafeteria bagi menjamah makanan setelah penat belajar bagi sesi pertama. Tidak ketinggalan juga Eric dan Ara. Pergi mana-mana memang berdua ni je sekali. Bestfriend gitu.

"Eh aku gi belikan makanan, kau beli minuman tau", arah Eric tatkala melihatkan bahagian makanan tersebut sesak dan ramai orang. Difikirannya takkanlah perempuan nak kena beratur panjang-panjang tunggu lama. Baik disuruh belikan minuman memandangkan tak ramai orang kat situ.

"Okay. Tempat biasa eh", balas Ara lalu bergerak ke bahagian minuman.

Dia memesan susu coklat buat Eric manakala air kosong saja buatnya. Entah kenapa harini selera Ara hanya biasa-biasa. Selalunya kalau nampak je muka Ara ni, memang selalu air susu strawberi dibeli.

Tak lama selepas itu, usai dia membayar dan mahu meninggalkan kaunter secara tidak sengaja dirinya dilanggar dengan seseorang yang tubuhnya tinggi melangit dibelakang. Maka air kosong yang dipegang Ara turut tertumpah ke bajunya dan si tuan tinggi melampai itu.

Riak wajahnya terkejut, kaget dengan situasi yang terjadi. Dipandang pula wajah pemilik tubuh tinggi ini.

Seorang lelaki.

Ketinggian lebih kurang 175 cm ke atas.

Masing-masing berdiam diri, sama ada lelaki itu mahupun Ara sendiri membisu kerana terkejut. Iyalah insiden terjadi tanpa dirancang.

"Maafkan saya terlanggar awak", ujar lelaki itu terlebih dahulu selepas lebih kurang 30 saat berdiam diri, tiada respon dari kedua pihak.

⟳12th April : kimsunwooWhere stories live. Discover now