Malam itu terasa sangat hangat walaupun angin diluar dingin. Sunwoo menggigil satu badan. Tidurnya seperti diganggu dengan sebuah mimpi buruk yang berjaya mengetuk lenanya.
"Kes 12th April lalu telah mencatatkan angka kehilangan kanak-kanak yang tinggi-"
"Polis sedaya upaya menyiasat perkara tersebut, mencari dalangnya pembunuhan di-"
"Dalang disebalik kes penculikan ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan-"
"Mangsa terakhir dihebohkan masih lagi hidup namun belum dijumpai-"
"Kim Sunwoo!!!"
"ARGHHH!!!"
Sunwoo terbangun secara mengejut bersama keringat di dahinya.
Cemas.
Takut.
Trauma.
Itu yang dirasanya sekarang. Sudah lama mimpi itu asyik bermain di fikirannya.
Degupan jantungnya berada pada kadar yang laju. Entah kenapa peristiwa itu masih menghantuinya.
Disangka dapat dihapuskan namun masih melarat sehingga ke besar. Kes 12th April yang terkenal pada suatu masa dulu terus menjadi misteri sehingga sekarang.
Dia duduk memeluk lutut di atas katil lalu mukanya disembamkan.
Sakit untuk diingatkan kembali, betapa perit matanya melihat mereka diseksa.
Seandainya dia diberi peluang untuk bersuara, pasti hal ini bakal pulih tanpa sebarang tanda tanya.
"Appa... Sun takut..."
Ayat itu berterusan keluar dari mulutnya. Air mata yang jatuh menuruni pipi terasa lagi perit dengan tiada siapa disisi untuk menemani hari-harinya yang kelam.
..........
Kim Sunwoo's
"Tolong singgah kat kedai kek tepi tu dan belikan kek blackforest kejap".
"Baik Tuan Muda", anak buah aku hanya menurut.
Sejak mimpi yang aku alami malam tadi, aku begitu risaukan akan keadaan Hajoon walaupun segala fasiliti telah diberikan.
Melihat usianya yang baru 6 tahun itu menggamitkan kembali kisah silam aku, yang penuh dalam ketakutan. Sehingga munculnya dua dunia di alam realiti aku.
Hajoon, walaupun sudah tidak terikat lagi dengan Mr. Woo si suami dan ayah yang tak berguna itu namun disudut hatiku masih mahu melindunginya dengan kudrat diri sendiri.
Sepertinya, Hajoon itu ibarat imbasan diri aku jika peristiwa 12th April itu tidak pernah wujud. Aku berhak menentukan apa yang aku nak, diwaktu itu jika dapat diputar kembali masa namun semua itu mustahil.
Aku perlu menjaga apa yang ada sekarang. Ya. Itu yang patut aku laksanakan.
Tak lama selepas itu, aku sampai di perkarangan rumah mewah yang gah berdiri di kawasan yang agak terpencil.
Terdapat beberapa anak buah yang aku tugaskan untuk menjaga isteri dan anak Mr. Woo menyambut kehadiran aku dengan penuh etika.
Aku hanya mengangguk perlahan seraya masuk ke dalam rumah tersebut.
Hajoon yang khusyuk menonton televisyen tidak sedar akan kehadiran aku. Aku hanya memandang dari jauh. Haihh bertuah betul budak ni.
YOU ARE READING
⟳12th April : kimsunwoo
FanfictionOrang takkan percaya sisi lain aku nak dibandingkan dengan apa yang mereka lihat. Setiap di sudut hati aku terdetik untuk memberitahu mereka tapi takkan pernah terungkap. Sehinggalah satu tarikh ini munculnya seiringan dengan terbit matahari, mereka...