ㅡ20

105 17 9
                                    

Memandangkan hari ini cuti, Hajoon tinggal dengan Sunwoo buat sementara waktu bagi meluangkan masa bersama. Sunwoo pula mengambil peluang ini untuk melakukan sesuatu yang agak lain dari rutin hidupnya.

Dia menjenguk sedikit dari ruangan tangga ke bilik Ara yang masih lagi tertutup rapi. Syukur saja gadis tu masih tidur diwaktu petang macam ni, ambik kesempatan daripada menyiapkan tugasan dari cikgu peribadinya itu.

Hajoon menggunting beberapa helaian kertas itu kepada bentuk bunga dalam pelbagai saiz. Ikhlas nak menolong hyungnya itu. Maklumlah bukan selalu.

Sunwoo pula bergerak ke meja makan sambil menulis sesuatu pada sticky note kuning yang selalu ditampal pada loker milik Ara. Lantas segaris senyuman terukir lalu dia menampalkannya pada peti sejuk dan di lain-lain tempat sebagai tanda arah.

Waktu sebegini biasanya pembantu rumah Sunwoo akan melakukan tugas mereka tetapi gara-gara rancangan Sunwoo ini, terus disuruh berehat saja di bilik. Biar keadaan rumah nanti sunyi sepi tatkala Ara sudah sedar.

“Hyung! Dah siap!”, jerit Hajoon lalu mendekati Sunwoo. Bentuk bunga itu segera ditebuk sedikit bagi memasukkan tali pada bahagian atas. Kemudiannya digantung pula pada sebuah khemah sederhana besar di luar. Banyak persiapan dilakukan mereka berdua. Kononnya nak berkhemah sambil ber-barbecue gitu.

Setelah selesai semuanya, mereka berdua menyorok di dalam khemah sambil menunggu kelibat Ara muncul.

..........

“Zrttttt zrttttt”, telefon Ara yang terletak di atas meja belajarnya bergetar.

Gadis itu membuka matanya sipi, memandang ke arah telefon tersebut. Disebabkan dia tidur di meja belajar dengan buku berselerak, gigih juga dia mencapai telefon bagi melihat gerangan yang mendail.

Hampir tercabut separuh nyawanya melihat nama Sunwoo tertera di skrin telefon. Sudah 20 missed calls dari Sunwoo. Jika difikirkan balik, nombor barunya itu Sunwoo saja yang tahu. Tiada orang lain dah yang akan telefon.

Lantas, segera dia keluar dari bilik dengan tergopoh-gapah menuruni anak tangga. Selalunya Sunwoo akan duduk saja di meja makan menunggu Ara jika ada perkara yang mahu dibualkan ataupun Sunwoo sendiri akan menuju ke bilik Ara.

“Mana semua orang duh? Kenapa tiba-tiba sunyi ni?”, gusar hatinya melihat tiada orang di rumah. Kalau tak dah ada pembantu rumah sediakan makanan.

“Sunwoo? Kim Sunwoo??? Helloooo??”, laung Ara sambil meninjau di ruangan dapur.

Namun sesuatu menarik perhatiannya. Sticky note berwarna kuning yang terlekat di peti sejuk itu diambil perlahan.

-----------------------------------------------------------------

Tengok belakang

-----------------------------------------------------------------

Ara yang masih kehairanan hanya menoleh kebelakang. Terlihat satu lagi sticky note tertampal pada langsir putih. Dia mendekati sticky note itu lalu mengikuti arahnya yang menunjuk ke kanan.

-----------------------------------------------------------------

➡️

-----------------------------------------------------------------

Dan ternampak lagi sticky note lainnya menunjukkan arah berlainan. Dalam fikirannya sudah bercelaru dengan permainan misteri yang dah macam mencari harta karun.

⟳12th April : kimsunwooWhere stories live. Discover now