ㅡ17

95 19 0
                                    

"Hajoon-ahh, tolong letakkan cupcake ni dekat depan", pinta Aunty Bell seraya menyerahkan sedulang cupcake itu kepada Hajoon. Si anak kecil itu hanya menurut tanpa sebarang soal. Dalam hatinya turut beria-ria menunggu kedatangan Sunwoo kerana disetiap hari lahirnya hanya mereka bertiga yang sambut.

Ruang hadapan yang berlatarkan belon-belon serta sedikit hiasan, menaikkan lagi suasana ceria untuk sambutan. Hajoon meletakkan cupcake tersebut dengan berhati-hati, risau tercomotkan cupcake ommanya nanti dibebel pula.

"Pin pin!", bunyi picitan hon kereta dari luar kedengaran. Hajoon terus berlari untuk membuka pintu kerana dia sudah tahu satu-satunya tetamu yang hadir itu mesti Sunwoo. Sebaik saja pintu dikuak, terpaparlah wajah ketampanan si jejaka itu lalu terus memeluk Hajoon erat.

"Yeahhhh hyung datang jugak! Eheeee", si anak kecil itu tersenyum lebar dalam dakapan erat Sunwoo. Iya lah dah akrab sangat-sangat.

Aunty Bell yang beredar dari dapur juga datang untuk menyambut si tetamu khas itu. Sunwoo meleraikan pelukan lalu menunduk hormat. Senyuman turut terukir dibibir mereka berdua ikhlas. 

"Aunty masak apa tu macam sedap je", soal Sunwoo.

"Kena masuk tengok dulu la baru tahu. Meh masuk masuk", pelawa Aunty Bell.

Namun, dalam kesibukan kedua orang dewasa yang berbual itu, Hajoon terpandang sosok tubuh seseorang yang baru keluar dari kereta bersama seekor arnab didalam sangkar. Lantas terus dia memandang Sunwoo hairan.

"Hyung, siapa tu?"

Sunwoo yang bingung seketika baru teringat Ara pun ada ikut sekali. Terlupa pulak dia nak ajak gadis itu keluar. Sunwoo yang memerhatikan Ara dari jauh terus memanggilnya dengan hanya menggunakan isyarat tangan. Dengan baju yang besar dan rambut diikat tocang satu, membuatkan Ara terlihat sangat kecil.

“Heh comel.....”, perlahan ayat itu dituturkan oleh Sunwoo tanpa dia sedar.

Ara mula menapakkan langkahnya perlahan ke arah mereka. Raut wajah Hajoon sudah terpapar gembira tatkala melibat arnab yang comel itu semakin mendekat. Hajoon ni pantang kalau nampak benda-benda comel lagi-lagi arnab. Haiwan tu saja memang menarik perhatiannya.

“Wahh comelnya!!”, Hajoon terjerit kecil sambil mengintai-intai arnab didalam sangkar itu. Sunwoo disebelah hanya tersenyum lalu mengambil sangkar itu dari Ara. Wajah gadis itu berkerut seketika, terkejut dengan tindakan Sunwoo yang tiba-tiba itu.

“Ni, hadiah untuk Hajooniee. Ikhlas dari hyung. Hyung pilih yang paling comel tau! Secomel Hajoon”, Sunwoo menyerahkan pula sangkar itu kepada Hajoon lalu mengusap lembut kepalanya.

Ara hanya memerhati sifat penyayang si lelaki itu. Didalam hatinya, selalu berbisik, ‘Sunwoo ni memang akan selalu berubah-ubah ke?’. Segenap ruang mindanya termainkan dengan pertanyaan itu. Tak pasti untuk menebak perihal sebenar jejaka ini.

Hajoon kemudiannya terus menamakan arnab peliharaan barunya itu dengan nama Sun, sempena nama Sunwoo. Satu-satunya hyung yang disayang walaupun tiada ikatan yang dekat. Aunty Bell yang berada disisi mereka terus mempelawa kesemuanya masuk ke dalam.

“Marilah masuk. Kita makan-makan dulu nanti makanan dah sejuk tak enak pula”.

Ara, Sunwoo dan Hajoon hanya mengangguk faham lalu bergerak mereka ke ruang makan.

..........

“Sunwoo”, sapa Aunty Bell sebaik sahaja mengambil tempat dihadapan Sunwoo.

Sunwoo yang baru selesai menghirup air sirap itu terus meletakkan semula gelas di atas meja.

“Ya aunty. Kenapa?”, soal Sunwoo pula.

⟳12th April : kimsunwooWhere stories live. Discover now