"Lepas dah cari nilai x, masukkan balik dalam formula", Ara menerangkan jalan kerja untuk soalan matematik pada Taejun.
Seperti yang sudah dijanjikan, mereka bertemu di perpustakaan untuk belajar bersama. Namun niat Taejun bukan lah sekadar itu, 'homework' keduanya perlu disiapkan segera.
Mendekati Ara dengan lebih rapat.
Walaupun pada awalnya agak janggal tetapi makin lama sudah mesra dengan gurauan serta tawa yang dicipta.
Ketampanan dan lemah lembut Taejun dijadikan sebagai pancing untuk membuat Ara berasa selesa apabila mereka berdua, mudah lah untuk meragut kepercayaan gadis itu suatu hari nanti.
"Okey dah siap. Terima kasih tau tolong ajarkan hehe. Kalau tak, memang tak siap lah kerja ni", ujar Taejun lalu menghadiahkan senyuman pada Ara.
Ara hanya mengangguk lalu mengemas alat tulisnya. Memandangkan petang sudah menjelma, dia perlu bergegas untuk keluar dari situ. Khuatir bodyguard tunggu lama di hadapan pagar sekolah kerana setiap kali pulang, memang bersama bodyguardnya.
Dalam perjalanannya menuju ke luar pagar sekolah, di dalam hati Ara agak berbunga apabila bersama dengan Taejun. Entah mengapa aura Taejun menarik perhatian gadis ini walaupun dia tidaklah terlalu menunjuk akan perasaan itu.
Rasanya seperti,
Ara sudah betul-betul jatuh hati akan Taejun. Senyuman diukirkan tanpa sedar.
"Ish dia tu dah lah hensem, baik, cara cakap pun sopan awhhhh!!", omel Ara perlahan.
Memang benar Taejun sudah mulai bertahta di hatinya, tanpa dia tahu bahawa lelaki yang dianggap sopan itu bakal menjadi malaikat penyabut nyawanya.
........
Kim Sunwoo's
Setelah meluangkan masa bersama Hajoon, aku meninggalkan mereka dan pulang ke rumah.
Badan direhatkan sebentar di atas sofa empuk sambil menatap siling.
Mengenangkan kembali peristiwa Ara bermesra dengan Taejun. Ish kenapa aku yang perlu jealous!? Aku bukannya suka pun kat Ara tu aduh! Kenapa aku kena kesah sangat.
Tapi, ish aku tak boleh tengok dua orang tu duduk sekali. Selama ni membazir je sticky note kuning tu. Ingatkan boleh rapat, tapi lain pulak jadi bila dia layan nak tak nak.
Sakit hati ini yalls.
Takkan kena reject aduh. Takkan dah terkena panahan kuat dari Ara? Fuh takleh jadi ni. Aku mesti siasat Taejun tu.
Sebab pada masa yang sama, aku turut syak sesuatu tak kena dengan dia. Aku tak rasa ini semua hanya jealous semata-mata.
Aku Kim Sunwoo, aku kenal perasaan sendiri.
Lantas aku membuka aplikasi chat lalu mengarahkan salah seorang anak buah untuk mencari tahu akan Taejun.
Entah di antara jealous atau musykil akan lelaki itu, aku tak tahu.
..........
Nobody's
Hari demi hari berlalu dengan pantas. Persekolahan yang lama berlangsung bakal di labuhkan tirai dengan peperiksaan. Namun peperiksaan berperingkat, belum lagi yang pengakhiran sebenar.

YOU ARE READING
⟳12th April : kimsunwoo
FanfictionOrang takkan percaya sisi lain aku nak dibandingkan dengan apa yang mereka lihat. Setiap di sudut hati aku terdetik untuk memberitahu mereka tapi takkan pernah terungkap. Sehinggalah satu tarikh ini munculnya seiringan dengan terbit matahari, mereka...