ㅡ9

114 22 25
                                    

Hujan renyai-renyai pada malam itu membuatkan pandangan Sunwoo agak kabur walaupun sudah dipayung oleh anak buahnya.

Seperti yang sudah dijanjikan, pertemuan di antara Mr. Woo dengan Sunwoo.

Masing-masing berdiri di hadapan kereta, dipayungi anak buah sendiri.

"Apa lagi berita yang kau nak khabarkan?", Sunwoo memulakan dahulu dengan selamba.

"Nothing much. Hanya nak bagitau yang masa untuk kau sediakan keranda sendiri akan diberi tempoh yang lebih lama dari sekarang", balas Mr. Woo dalam nada yang menjengkelkan. Seakan-akan mahu merendahkan Sunwoo.

Sunwoo tidak bercakap banyak, keluhan bersama senyuman sinis yang menjadi ganti diri untuk berbicara. Dalam fikirannya sekarang mahu saja hentam Mr. Woo ini tetapi hal itu masih terlalu awal untuk dilakukan.

'Gila orang tua ni, betul-betul gila', kata hatinya.

Tangannya kemudian terus merampas payung yang dipegang oleh anak buahnya tadi dan bergerak menuju ke arah Mr. Woo dengan lebih dekat.

Mata bertemu mata, memberikan pandangan yang sangat tajam antara satu sama lain.

Sunwoo hanya memandang tidak bersuara sama sekali, seolah-olah mahu Mr. Woo mengamati pandangan mautnya terlebih dahulu.

Lelaki tua itu sudah gemuruh di dalam dirinya sendiri. Entah mengapa pandangan Sunwoo kali ini lebih hebat tamparannya, sangat berbeza dari dulu.

Mr. Woo kemudian sengaja berdehem sedikit bagi menghilangkan gemuruhnya. Sunwoo sudah perasan hal itu, dia tahu Mr. Woo agak gementar apabila dia memberikan pandangan maut itu.

Lantas satu ketawa di hambur pada Mr. Woo.

"Haha... Tengok lah keadaan kau sekarang. Kau mesti takut kan dengan pandangan yang aku berikan. Come on la Mr. Woo, kalau takut tak payah susah-susah nak ugut aku"

Sinis, betul-betul sinis nadanya. Mr. Woo cuba untuk menahan perasaannya di hadapan Sunwoo.

Sunwoo kemudiannya membisikkan sesuatu kepada Mr. Woo,

"Aku.... boleh.... rampas.... semuanya tau. Termasuk sejarah silam kau pernah buat dulu", Sunwoo terus membelakangi Mr. Woo lalu menuju ke kereta untuk bergerak pulang.

Dan matanya sempat tertancap sesuatu pada Mr. Woo.

Mendengarkan apa yang diperkata oleh Sunwoo, Mr. Woo bertambah gugup.

Sekarang, Mr. Woo pula yang merasakan seperti kalah dalam pertempuran yang mahu dimulakan malam ini. Niatnya hanya mahu membiarkan dahulu permainan bersama Sunwoo diabaikan sementara. Namun ugutan yang baru diterima tadi membuatkannya membuak-buak untuk membuka kembali permainan tersebut.

"Kau tak takut kena kantoi ke Kim Sunwoo? Kau jugak akan tanggung malu nanti", ujar Mr. Woo seakan belum kalah lagi.

Sunwoo yang baru saja mahu menyerahkan payung itu pada anak buahnya menoleh ke belakang. Sekali lagi, hanya pandangan kosong diberikan namun tak lama selepas itu dia menghadap ke hadapan kembali.

Mr. Woo sudah faham akan maksud itu, 'Sunwoo pasti tidak kesah jika kantoi perkara tersebut', tebak hatinya.

Tak lama selepas itu, kelibat Sunwoo dan angkatannya hilang dari pandangan.

Sunwoo yang di dalam kereta menyandarkan diri rapat ke kusyen. Mindanya terfikirkan kembali tattoo yang terlakar kemas di pergelangan tangan Mr. Woo.

Tattoo naga kecil.

"Mesti ada kaitan antara Taejun dengan Mr. Woo. Aku mesti cari tahu sebelum dia bertindak lebih ganas dek kerana ugutan yang aku berikan tadi", tekad Sunwoo.

⟳12th April : kimsunwooWhere stories live. Discover now