Han Ara's
"Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah?"
"Bagaimana anda menyimpulkan peristiwa tersebut?"
"Huraikan kesan dari peristiwa itu..."
Melilau mata aku memandang soalan-soalan sejarah tersebut sambil mengunyah keropok ikan. Susah soalannya pun, baca soalan je dah takleh nak fikir jawapan hmm mende.
Maaf saem, otak saya ni tepu gamaknya haduh. Itu lah kau leka lagi dengan imaginasi sendiri entah apa-apa.
Aku memejamkan mata sebentar lalu terus menutup buku sejarah tersebut dan menolaknya sedikit ke hadapan. Sisa ruang meja yang ada aku lentokkan kepala di atasnya sebentar.
"Bestnya kalau boleh keluar lepak kat luar sekarang ni, tapi dah malam hmm appa bagi ke?", ujar aku sendirian.
Ye lah penat-penat belajar ni mana boleh duduk terperap je dalam bilik, kena gak keluar ambil udara segar. Lagi-lagi malam gini lak sejuk je dingin.
Tanpa berfikir lebih panjang lagi, segera hoodie yang berwarna kelabu bercetakkan kartun penguin itu aku capai lalu disarungkan. Elok sangat lah seluar pun corak-corak kecil penguin. Jadi penguin girl!
Belum tanya appa lagi dah memandai buat keputusan sendiri nak keluar pakai siap-siap. Buatnya kalau appa tak bagi, hmm naya je excited lebih. Pintu bilik dikuak ke dalam lantas perlahan aku menuruni anak tangga satu persatu.
Aku mencari kelibat appa di bahagian ruang tamu, namun tak kelihatan sesiapa.
Aik?! Appa keluar ke? Selalunya waktu macam ni ada kat ruang tamu baca surat khabar. Takkan tinggal aku sorang dengan orang-orang appa? Memusykilkan betul.
"Kat mana lagi appa nak lepak eh?", soal aku sendiri. Otak aku terus berfikir dimana kelibat appa sekarang ini.
"Kalau bilik bacaan? Macam ye jugak", getus hatiku.
Lalu langkah diorakkan menuju ke bilik bacaan pula. Mengikut firasat, mana tahu betul walaupun appa jarang duduk situ.
Namun tekaan aku salah. Ya, appa tiada disitu. Pelik betul kemana pulak pergi. Aku nak keluar kejap ni lepak-lepak ambil udara malam yang segar. Penat otak hadap buku je belajar.
Aku menuju ke segenap ruang yang mungkin appa akan berada di situ, tetapi tiada. Memang betul-betul takda ni hmm takpelah mungkin ada urusan penting sampai lupa nak bagitahu. Selepas beranggapan begitu, aku mengambil keputusan untuk keluar juga dalam masa yang singkat.
Taknak lah lama-lama nanti appa risau pulak. Pintu hadapan dibuka maka terpaparlah wajah kedua orang bawahan appa yang menjaga di kiri dan kanan pintu tersebut.
"Ara nak pergi mana? Dah malam ni. Nak saya temankan?", ujar salah seorang dari mereka.
Aku menggeleng.
"Takpe. Ara nak keluar kejap je ni. Ambik udara segar sikit lepas study tadi. By the way, mana appa?", soal aku tentang keberadaan appa bagi mendapatkan kepastian. Diorang mesti tahu.
"Ouhh Tuan Han ada urusan mengejut kat luar jadi tak sempat nak bagitahu Ara. Saya pun terlupa nak bagitahu Ara tadi yang Tuan Han suruh sampaikan perkara ni. Urm maafkan ya-"
![](https://img.wattpad.com/cover/212892379-288-k51392.jpg)
YOU ARE READING
⟳12th April : kimsunwoo
FanfictionOrang takkan percaya sisi lain aku nak dibandingkan dengan apa yang mereka lihat. Setiap di sudut hati aku terdetik untuk memberitahu mereka tapi takkan pernah terungkap. Sehinggalah satu tarikh ini munculnya seiringan dengan terbit matahari, mereka...