Kim Sunwoo's
Anak tangga terakhir lantai 3 itu menjadi tumpuan aku sebentar untuk duduk berehat sambil memikirkan akan lelaki yang bersama Eric dan Ara. Entah kenapa terasa sedikit jealous. Aish Kim Sunwoo, apa ni haha.
Takkan dengan budak macam tu pun nak rasa tercabar. Rileks. Tugas lain banyak lagi kau kena buat, jangan risau. Cepat-cepat aku menepis rasa yang begitu janggal buat aku selepas bertemunya insan bernama Han Ara.
Ada jampi ke duh? Selama ni aku tak pernah langsung pikir pasal hati.
Dahsyat betul.
Aku menilik jam tangan, lagi beberapa minit nak habis waktu rehat. Hm kenapa rasa kejap sangat kalini? Tu la buang masa lagi pergi intai tiga orang tu lama. Kalau tak dah study time gini.
Bingkas aku bangun lalu mengorak langkah untuk menuju ke kelas 5G-1. Tangan diselupkan ke dalam kedua poket seperti biasa dengan kaca mata berbentuk bulat kemas terletak di mata.
Penampilan aku yang sebenar dengan di sekolah sangat berbeza. Ya, seperti dua dunia berbeza namun keduanya adalah realiti.
Demi kebaikan aku, semua orang, aku terpaksa laksanakan.
Dalam perjalanan, secara tidak sengaja mataku bertembung dengan lelaki yang bersama Eric dan Ara di kafeteria tadi. Dia hanya melontarkan senyuman ringkas lalu terus melepasi aku.
Sempat aku mencuri lihat nametagnya sekilas,
Lee Taejun.
Dan serta-merta langkah aku terhenti. Taejun? Kenapa macam pernah dengar.
Lantas aku terus pusing sedikit ke belakang memerhati arah gerakannya. Taejun mengambil langkah menuju ke kelas 5G-3, kelas terakhir untuk grade 5.
Entah kenapa rasa lain bila dia melepasi aku tadi. Mungkin mainan perasaan saja. Ah abaikan Sunwoo, abaikan. Mungkin namanya muncul dalam drama atau apa.
Aku mengendahkan perkara itu seraya terus sambung menuju ke kelas.
..........
Lee Taejun's
Aplikasi chat di dalam telefon pintar aku buka dan tenung seketika.
Selamat memulakan hari pertama persekolahan! Semoga berjaya melaksanakan kesemuanya...
Aku tersenyum sinis lantas menutupnya. Kalau bukan sebab aku sayangkan dia, aku takkan masuk sekolah ni.
Hanya untuk memudahkan kerja dia.
Ya, kepuasan untuk dia.
"Ting!", telefon pintarku berbunyi menandakan adanya noti baru.
Pantas aku membukanya sementara saem pun tak masuk lagi.
Jam 7.00 pm, datang jumpa aku.
Sekali lagi, senyuman sinis kedua terukir.
Huh...
Aku mengeluh sebentar. Semoga tak memenatkan nak hadap dia nanti. Berharaplah...
YOU ARE READING
⟳12th April : kimsunwoo
FanficOrang takkan percaya sisi lain aku nak dibandingkan dengan apa yang mereka lihat. Setiap di sudut hati aku terdetik untuk memberitahu mereka tapi takkan pernah terungkap. Sehinggalah satu tarikh ini munculnya seiringan dengan terbit matahari, mereka...