-22

148 20 6
                                    

Ahjumma Yoon menarik keluar sebuah kotak yang tersimpan rapi di tempat rahsia dalam rumahnya. Kotak itu kemudian digabus sedikit habuk diatasnya seraya dihulurkan pada Sunwoo dengan riak wajah yang agak gelisah. Sunwoo mengambil saja kotak itu tanpa bersuara apa-apa. 

"Sunwoo yakin nak simpan sendiri?", soal Ahjumma Yoon ragu-ragu. Risau sebenarnya dia dengan tindakan Sunwoo untuk menyimpan sendiri maklumat kisah lalunya. Takut terkenang sampai menyusahkan diri.

"Ya ahjumma. Sunwoo rasa dah bersedia nak simpan benda ni. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan ahjumma? Takkan Sunwoo nak hidup dalam kegelapan je sepanjang masa", tenang jawapan itu dituturkan. Dengan memikirkan baki hari yang tinggal untuk dia sediakan segalanya, perkara yang berat perlu diselesaikan lebih awal.

Dia memeluk erat kotak tersebut, memberikan kepercayaan kepada Ahjumma Yoon bahawa dia boleh menanggung semuanya sendiri. Segaris senyuman diukirkan lalu Sunwoo menunduk hormat sedikit dan menapak keluar untuk pulang. Dia tak boleh lama-lama dirumah Ahjumma Yoon, takutnya perkara berbahaya terjadi pada penjaganya ini.

Usai memasuki perut kereta, Sunwoo mengusap kotak itu perlahan. "Aku harap keputusan yang aku buat ni betul".

..........

Hari ke-28.

Ara menjenguk ke luar tingkap menanti kepulangan Sunwoo. Pagi-pagi buta dah keluar entah kemana cepat sangat menghilang. Dia bukanlah risau mana, cuma pelik dengan perangai Sunwoo sejak dua menjak ni. Dia jadi macam caring tak caring, tinggalkan sticky note kat depan pintu bilik macam suruh join peraduan teka teki.

Ditangannya masih memegang sticky note kuning dengan pesanan, 

'Jangan lupa sarapan even aku takde kat rumah :)'

Emoji pun ada selit sekali. Bagi Ara, perubahan tu sangat ketara.

"Cik tunggu Tuan Muda ya?", soal salah seorang pembantu rumah yang muncul dibelakangnya. Ara tersentak sedikit dengan kehadiran wanita itu. Bukan takat tu je, soalan yang ditanya pun dia ikut terkejut jugak.

'Tunggu Sunwoo? Hmm nampak sangat ke aku tunggu dia T-T?', monolog Ara dalam hati. 

"Eh taklah hehe. Saya saja je nak tengok-tengok ni haa suasana kat luar macam mana. Nampak macam cantik je boleh jalan-jalan", terus Ara mengubah topik lalu beredar dengan terhinjut-hinjut sebab kaki terseliuh semalam. Sambil tahan malu lepas tu ubah topik nampak sangat menipunya.

"Kantoi sangat ke duh cara aku aduhh. Kang tak pasal-pasal satu rumah ingat aku suka dia la apa la haa nangis berjemaah la. Pastu aku terperangkap dalam ni sampai bila-bila duduk dengan Sunwoo. Pastu kena cop makwe dia la amende la dah la semua laki sama perangai- HUARGH!"

Terkebil- kebil Ara dibuatnya tatkala Sunwoo terpacak berdiri di depannya. Tu la sedap mengata macam-macam, sekali orang tu muncul depan mata. 

"Ouhh semua lelaki perangai sama eh? Perangai buaya ke maksudnya?", Sunwoo hanya membuat muka sambil menunggu jawapan dari Ara. Kalau nak tunggu si Ara ni jawab memang sampai durian runtuh pun tak terbukak mulut. 

Sunwoo menunduk seketika lalu tersenyum sinis. Dia kemudian memandang Ara kembali dan berjalan menghampirinya, "Kalau fizikal aku buaya, cubalah kurung aku dekat zoo. Tapi kalau bukan, kurung aku dekat hati kau okey? Terima kasih". Sunwoo menepuk bahu Ara perlahan lalu beredar pergi. Dia tersenyum saja bila dah puas sakat Ara. 

⟳12th April : kimsunwooWhere stories live. Discover now