Cahaya yang menusuk masuk melalui salah satu tingkap di dalam bilik tersebut telah menyadarkan Ara dari lenanya.
Dia menggosok sedikit matanya dan melihat keliling.
Bilik yang mewah, dihiasi dengan perabot berkualiti dan perkakasnya sangat antik.
Tatkala melihat suasana bilik itu lebih lama, matanya tertumpu pula pada gambar seseorang yang tergantung kemas di bahagian kepala katil.
Gambar Kim Sunwoo.
Ara mengeluh kesal seketika sebaik sahaja gambar Sunwoo dipandang. Entah mengapa dia merasakan Sunwoo itu bertalam muka. Di sekolah nampak baik dan orang tidak akan percaya perkara yang buruk bakal dilakukan oleh lelaki itu.
Namun kini tekaannya meleset setelah diculik oleh Sunwoo.
Sunwoo bukanlah apa yang dia sangkakan selama ini. Kepalanya ditundukkan sedikit memandang lantai yang kosong.
"Tukk tukk"
Bunyi ketukan pintu itu mengejutkan Ara buat seketika.
Dia terus memandang ke arah pintu sambil menunggu gerangan yang mengetuknya.
Tak lama selepas itu, muncul lah wajah salah seorang pembantu rumah disitu dengan berbekalkan dulang ditangan.
Ara memandangnya hairan.
"Cik Ara, Tuan Muda arahkan saya untuk hantarkan makanan buat cik", ujar pembantu rumah tersebut lalu melangkah masuk dan meletakkan dulang yang berisi semangkuk bubur serta air jus oren.
"Cik makan ya. Kalau tak nanti Tuan Muda marah saya. Saya keluar dulu", sambungnya lagi.
Pembantu rumah itu mengorakkan langkah keluar dari bilik meninggalkan gadis itu dengan makanan yang dihidangkan.
Ara hanya terdiam melihat semangkuk bubur itu. Fikirannya runsing memikirkan betapa lemah lembutnya dia dilayan sebentar tadi.
Apa yang lebih memusykilkan adalah Kim Sunwoo menyuruh Ara untuk makan?
Hal itu berlegar-legar di kepalanya.
Setelah agak lama memikirkan perkara itu, Ara mengambil keputusan untuk menikmati jua bubur itu kerana perutnya sudah mula meragam minta untuk diisi.
"Sedap betul! Pandainya masak!", kata Ara dalam nada yang teruja setelah merasa bubur tersebut.
Dari satu suap ke suapan terakhir, habis juga bubur itu.
Licin semuanya.
Jus oren disebelah juga diteguk sehingga setengah gelas.
Kini perasaan musykilnya itu berkurang sedikit dari terus memikirkan tentang Sunwoo.
Dia hanya terus duduk di katil seperti menunggu sesuatu namun dia juga tidak tahu apa yang bakal mendatang.
Sepertinya Ara hanya menerima skrip dari Sunwoo untuk dilakonkan.
Pagi itu yang sepatutnya dia ke sekolah namun terpaksa berkurung di dalam bilik menunggu takdir.
"Huhhh", keluhnya sekali lagi.
Ara buntu kembali. Di minda gadis itu teringatkan akan appanya.
Mungkin sedang gelisah, risau akan keadaannya sekarang yang tidak pulang-pulang ke rumah.
Perasaan yang kuat menjengah di hatinya sekarang ini membuatkan Ara lebih membuak-buak untuk meloloskan diri dari bilik itu.
Hanya appanya yang difikirkan.
Lantas matanya tertancap pada ruang balkoni yang dilindung dengan sliding door.
Bergegas kakinya diaturkan menuju ke balkoni itu dan memandang ke bawah. Jaraknya yang agak tinggi dengan paras bumi menjauhkan Ara seketika dari penghadang balkoni.
![](https://img.wattpad.com/cover/212892379-288-k51392.jpg)
YOU ARE READING
⟳12th April : kimsunwoo
FanficOrang takkan percaya sisi lain aku nak dibandingkan dengan apa yang mereka lihat. Setiap di sudut hati aku terdetik untuk memberitahu mereka tapi takkan pernah terungkap. Sehinggalah satu tarikh ini munculnya seiringan dengan terbit matahari, mereka...