"Iyaa, kak Awa! Leha pun ingat nak join jugak.. Yelah, manalah tahu kan.. Tiba-tiba Leha menjadi janda berhias.. Bolehlah berniaga kecil-kecilan bagi menyara hidup.."
Begitu bersungguh-sungguh Mak Leha menggoreng Mak Awa agar misi berbulan madu anak daranya dan Pak Majid berjaya.
Mak Awa hanya diam tidak berkutik. Matanya merenung jauh. Kain yang menutupi pehanya sengaja disapu-sapu sementara menuturkan ayat yang bersesuaian pada ibu madunya.
"Berapa hari bengkel tue Leha?" Soal Mak Awa lagi. Dia cuba untuk berfikiran positif dalam hal ini.
"Urmm.. Sehari dua agaknya.. Leha pun tak brapa nak ingat.. Errr.. Kalau sehari pun.. Perjalanan ke sana lagi kan.. Silap-silap empat hari tiga malam!" Balas Mak Leha dengan bersemangat
Air kopi O diteguk perlahan sambil matanya menatap wajah Mak Awa. Risau jika wanita tua itu mengamuk tiba-tiba.
'Eh, takkanlah.. Kak Awa nie lemah lembut orangnya.. ' pujuk hati Mak Leha.
"Empat hari tiga malam? Lama sangat tue.. Mmm.. Ker ko nak shopping pinggan mangkuk kat sana.. Hehehe!" Sengaja Mak Awa mengusik Mak Leha.
Pak Majid berada di kedai runcit pada waktu begini. Sementelah anak cucunya pulang ke rumah malam tadi, suaminya ingin menjamu pelbagai jenis masakan.
Ramona berada di dapur sedang mengaul garam halus pada nasi putih di dalam periuk.
'Banyak sangat masak nasik laki aku nie! Macam nak makan sepuluh orang! Kalau tidak selalu tue dua pot saja.. Cis!" Ngomel gadis itu sendirian.
Cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus-halus. Dia ingin menjamu Mak Leha dan madunya nasi goreng MonMon yang selalu dimasak semasa dia bujang dulu.
Ikan bilis mata biru yang sudah dibasuh, ditumbuk ketung ketang dengan lesung batu yang dilapik kain buruk pada bahagian bawahnya.
"Wahh.. Sakan Achik Mon memasak.. Nak Shida bantu apa-apa ker?" Muncul 'menantu segera'nya dari belakang.
"Eh, takperlah.. Duduklah kat atas.. Temankan mak tue.." Ramona terasa segan apabila tiba-tiba sahaja dia diperhatikan ketika memasak.
"Mmm.. Achik nak gi Langkawi sebab bengkel usahawan tue ke?"
"Erk.. Aaa..? Err.. Yer.. Yer.. " jawab Ramona dengan agak gugup. Bibir Shida terukir senyuman nakal.
"Eleh.. Shida tauu.. Achik nak gi honeymoon dengan ayah kan..kann.. Kann?"
Soalan Shida tidak dapat dijawab. Ramona sengaja menyibukkan diri dengan mula memanaskan kuali di atas dapur.
"Aaaa.. Nantilah sembang lain Shida.. Achik nak masak nasi goreng nie.. Sian plak kat diorang kat atas tue kelaparan.."
Shida tersengih-sengih sambil mengiyakan kata-kata Ramona. Dia faham situasi yang berlaku. Malahan suaminya Farouk sudah 'bersekongkol' dengan Mak Leha bagi menjayakan misi honeymoon ayah mertuanya itu.
Minyak masak sudah mula panas. Bahan-bahan hirisan tadi dimasukkan ke dalam kuali. Apabila hirisan cili padi dan bawang putih sudah menguning, dimasukkan pula ikan bilis mata biru yang ditumbuk tadi.
Sudip digerak-gerakkan di dalam kuali. Bau wangi mula tersebar. Telur ayam yang sudah dikeluarkan dari peti ais, diketuk sedikit pada hujung kuali dan dipecahkan masuk ke dalam ramuan tadi.
Ikutkan resepi asal, Ramona tidak menggunakan ikan bilis. Cukup hanya telur yang dipecahkan sahaja dan bawang cili.
Api dapur dikecilkan sedikit. Tiga biji telur dipecahkan dan dikacau dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati dan separuh masak.
YOU ARE READING
HUJAN [•C•]
General Fiction"Aku tak akan pernah menganggap kau isteri aku, Mon. Aku hanya sayangkan isteri aku sahaja.. "- Pak Majid "Mon tak mintak banyak pun.. Mon cuma mintak, bimbinglah Mon ke arah jalan yang lebih baik..."- Ramona "Sayang.. Kita jumpa kat pondok ya... Li...