Mak Leha mengagah cucu kesayangannya. Sesekali dicuit pipi gebu bayi comel hasil tuaian Ramona dan Pak Majid.
Ramona membetulkan tudung yang baru disarung ke kepala. Dia baru sahaja mengenakan tudung. Tiada paksaan. Semua atas kehendaknya sendiri.
'Tak sanggup suamiku menanggung dosa berkepuk-kepuk disebabkan aku mendedahkan aurat..' Bisik hati gadis itu sambil mengukirkan senyum manis di hadapan cermin solek.
"Yang... Belum siap ker? Lambat gerak, jem pulak kat jalan nanti..." Pak Majid tanpa bertangguh memeluk kemas pinggang isterinya. Satu ciuman lembut dilayangkan ke pipi mungil Ramona.
"Mmm... Nanti leh la singgah beli roti.." Balas Ramona selamba. Ulas bibir dikemam beberapa kali. Ditenung olesan gincu pada bibirnya.
Dahi Pak Majid berkerut.
"Dah kenapa nak beli roti pulak? Bukan ker kita dah makan tadi?" Hairan benar Pak Majid dengan perangai isteri mudanya.
"Dah abang kata jemmmm kan... So, kita beli rotilah... Leh makan ramai-ramai.. Hihi..." Gadis itu tersengih comel seraya menjelirkan hujung lidahnya pada Pak Majid.
Mata Pak Majid mula membundar besar. Digeletek pinggang Ramona penuh kegeraman. Loyar buruk jer!
Ketawa nakal penuh gedik bergema di dalam kamar itu. Mak Leha yang sedang ralit memegang botol susu, hanya mampu menggelengkan kepala.
"Haaaaa... Bulih adik pulak lahh nampaknya anak sulung kau nie, Mon... Tunggulah besar sikit anak oiii!" Selamba Mak Leha menyindir Ramona dengan penuh kasih sayang.
Ramona menjengukkan kepalanya di muka pintu. Matanya dikecilkan sedikit.
"Mak... Yang nak bulih adik lagi, Mon nie haaaa... Mak tue yang berbadan dua... Mon masih boleh bertahan lagi tauu.." Air muka Mak Leha berubah merah padam. Hampir terlupa yang dia sedang hamil empat bulan hasil penanaman benih baka baik Pak Kadir.
"Elehhhh... Yakin benar nampak... Langkawi tue memang tempat orang berbulan madu... Haaaa.. Ingat aku tak tahuuu kerrr..." Ditinggikan suaranya agar Pak Majid turut mendengar kata-katanya itu.
Pak Majid keluar dari kamar Ramona dengan menjinjit beg pakaian. Dia hanya tersenyum nipis pabila pandangan matanya bertembung dengan Mak Leha.
"Makkk... Makkkk.... Makkk... Haihh... Cemana Mon nak cakap ek.... Mmm.." Ramona melangkah tenang ke arah ibunya sambil menggelengkan kepala. Dia duduk di sisi Mak Leha sambil menepuk lembut peha wanita itu.
"Aperrrr... Jangan nak berdrama queen dengan aku... Aper mak..makk..?" Sengaja Mak Leha bersuara tegas. Tahu sangat dia dengan perangai sengal anak daranya itu. Oh, dara lagi ker?😅
"Urmm... Nanti Mon belikan apa-apa untuk mak ekkk... Takyah pikir yang bukan-bukan tau... Terima kasih tolong tengokkan Majid junior nie... Mon pun tak sabar nak tengok adik Mon nanti... Leh la diorang gi sekolah sekali nanti kan.." Usikan Ramona membuatkan Mak Leha terkedu. Dia tak pernah mengharapkan kehamilan itu. Memang dia berkehendakkan anak lagi. Tapi tidak menyangka secepat itu.
"Mmm.... Iyerrrr... Dahlah... Leklok jalan tue... Jaga laki kau tue.. Tua-tua pun hensem lagi... Kang dipasangnya nombor tiga..Haaaa.. Kau jugak gigit jari..." Sempat lagi Mak Leha memulangkan paku buah keras pada anaknya. Kau usik aku lagi kan?
"Makkkk!!! Aper cakap gituu!! Eeeiii" Mulut Ramona mula memuncung panjang.
"Selagi Mon makan jamu power mak tue, abang Majid takkan cari lain lahhh... Sedap dan ketat dia kater..." Tanpa segan silu Ramona mengomel. Pipi anaknya dikucup lembut. Kenyang melahap susu, sudah diulit mimpi si anak kecil itu.
YOU ARE READING
HUJAN [•C•]
Ficción General"Aku tak akan pernah menganggap kau isteri aku, Mon. Aku hanya sayangkan isteri aku sahaja.. "- Pak Majid "Mon tak mintak banyak pun.. Mon cuma mintak, bimbinglah Mon ke arah jalan yang lebih baik..."- Ramona "Sayang.. Kita jumpa kat pondok ya... Li...