46🌺RAHSIA

33.1K 660 209
                                    

Di rumah pertama Pak Majid...

Rossa memicitnya hidungnya. Bau busuk najis mula menerpa apabila pintu bilik Mak Awa dibuka.

"Oiii... Mana kak Temah nie?? Nak keja ke tanak keja? Lambat hanatt!" Dia mula membebel sambil mengibas tangannya ke muka. Mak Awa hanya mengeluh lemah. Nak harapkan Rossa yang membasuh punggungnya? Memang taklah!

"Assalamualaikum... Uihh... Maaf Mak Awa... Aku lambat sket.. Tadi aku masak sarapan dulu... Sedara dari bandar datang bertandang.. " muncul Kak Temah dalam keadaan kelam kabut. Tudung bawal yang disarung di kepala turut senget benget.

"Takyah nak banyak alasan... Kau cuci bontot mak aku cepat! Busuklah bau taekkk!!! Eiii! Tak selera aku nak sarapan tau?!!" Bentak Rossa dengan kasar.

Kak Temah hanya menjeling tajam wajah Rossa yang menyebek penuh jijik.

'Busuk-busuk taek nielah yang lahirkan kau, setan!' Gerutu kak Temah di dalam hati. Entah perangai kurang ajar Rossa mengikut siapa entah!

Kak Temah membawa satu besen berisi air bersih dan diletak di sisi katil. Tisu tandas turut berada di sisinya. Stok wet tissue yang dibeli oleh Pak Majid sudah hampir habis.

Lampin pakai buang dewasa yang melekat di punggung Mak Awa dibuka dan dimasukkan ke dalam plastik.

Mata Mak Awa mula bergenang air mata. Anak sendiri tidak boleh diharap. Harapkan jiran tetangga pula yang mengambil berat.

Lincah tangan kak Temah mencuci kesan najis di alur punggung dan celah faraj Mak Awa. Dia sudah biasa.

Tubuh Mak Awa ditolak dalam keadaan mengiring ke dinding. Lampin pakai buang yang baru diselit di bawah punggung tua itu. Setelah wanita tua berada dalam keadaan telentang, pantas lampin itu digam kiri dan kanan.

"Harinie aku lap jer badan Mak Awa ya? Nanti Pak Majid ada, baru dia dukung mandikan Mak Awa ya.. Eh, Pak Majid belum balik ker? Sebab ikutkan harinie kan giliran rumah sini?"

Soalan kak Temah hanya dibiar tergantung sepi. Mak Awa hanya termenung jauh. Hati tua itu mula mencerut sakit.

"Mungkin singgah di kedai dulu kot... Aku ada bawa sarapan dari rumah nie. Kita sarap dulu sebelum makan ubat ya..." Ujar kak Temah ramah tanpa menunggu jawapan daripada Mak Awa.

Rossa melepak di ruang tamu sambil menghirup kuah maggi kari yang dimasak tadi. Hari Ahad adalah hari dia berehat di rumah.

Matanya tertancap pada kaca televisyen yang menayangkan cerita kartun. Dia mengeluh. Sangkanya menjanda lebih bebas, tetapi dia terikat dengan orang tuanya di kampung.

Dahlan ada memberinya sedikit wang belanja sebagai 'upah main'. Ah, sudah lama dia tidak merasa kejantanan lelaki itu!

Pintu rumahnya tiba-tiba sahaja dikuak. Mata Rossa menjeling sekilas.

"Assalamualaikum..."

Salam Pak Majid hanya dijawab perlahan oleh Rossa. Kedua belah tangan Pak Majid menjinjit plastik berisi barangan dapur, sayuran dan ikan.

"Mak dah bangun ker?" Soal Pak Majid pada anak perempuannya.

"Dahhh.. Kak Temah tengah suap makan kot..." Jawab Rossa acuh tak acuh tanpa menoleh pada ayahnya. Dia malas melayan ayahnya. Pabila terpandang wajah Pak Majid, wajah Ramona, madu ibunya akan terbayang-bayang. Dia bencikan gadis itu!

Pak Majid mengorak langkah ke arah dapur. Barangan diletak di atas meja makan. Matanya menjeling ke arah pintu bilik isteri tuanya yang sedikit terbuka.

Kepalanya dijenguk sedikit. Kelihatan kak Temah sedang menyuap ubat pada isterinya. Mata Mak Awa melirik pada wajah suami yang amat dirindui. Hatinya terasa sakit.

HUJAN [•C•] Where stories live. Discover now