Usai menamatkan panggilan dengan suami tersayang, Ramona menerpa ke arah pintu rumahnya. Dia menjenguk dengan separuh badannya.
Mak Leha kelihatan agak kelam kabut. Yelah, kalau rumahnya sendiri pasti tiada sebarang masalah. Ini rumah menantunya.
"Ikan emas berenang ke tasik, kami datang nie hendak merisik..."
Seorang lelaki berusia lebih kurang 70 tahun mula berpantun. Mak Leha menelan liur yang terasa pekat.
Gulp!
"Errr... Anuu... Errr... Ikan emas tersesat di jalan, eh... Saya mana ada dah anak perempuan..."
Sedaya upaya Mak Leha memerah otak kuningnya bermadah pujangga. Ditoleh ke arah Ramona sekali sekala. Dijegilkan matanya.
'Apa hal pulak mak aku tue... Dok berpantun menda?' Getus hati Ramona. Terasa simpati dengan nasib Mak Leha yang terkapai-kapai keseorangan, Ramona menghampiri ibunya.
"Errr... Maaf ya.. Ada apa makcik dan pakcik datang ramai-ramai nie? Suami saya tak ada kat rumah..." Ramona menegur salah seorang daripada ketua rombongan.
Mak Leha mencubit lengan Ramona hingga gadis itu mengaduh kesakitan.
"Diorang kata datang merisik... Silap rumah kot... Aku mana ada anak bujang lagi... Kot ada pun, lam perut lagi nie... Nie pun tak menjadi-jadi lagi! Haishh!" Bisik Mak Leha antara dengar tak dengar.
"Maafkan saya kak... Kak ada anak perempuan nama Ramona ker?" Salah seorang wanita berusia pertengahan 40-an menjengah ke sisi lelaki tadi. Soalan itu diajukan kepada Mak Leha yang sedang menempek berbisik dengan anaknya.
"Errr.. Saya Ramona... Kenapa ya makcik?" Dahi Ramona berkerut. Air muka wanita itu berubah serta merta.
"Kamu dah bersuami?" Sekali lagi wanita itu mengutarakan soalan. Ramona menganggukkan kepala perlahan. Dia mula rasa tidak sedap hati.
🌸🌸🌸🌸🌸
Iskandar menanti penuh debaran di dalam kereta. Matanya tertancap pada rombongan ibunya, Puan Siti bersama saudara maranya. Rombongan itu diketuai oleh bapa saudaranya, Pak Long Samad.
Salam yang diberikan oleh ketua rombongan itu, disahut oleh seorang wanita. Iskandar mengandaikan wanita itu pastu ibu Ramona. Hatinya berdebar kuat. Bayang bakal bapa mertuanya, Pak Majid tidak kelihatan. Mungkin keluar agaknya.
Beberapa ketika rombongan itu berdiri di pintu pagar rumah gadis idamannya, Puan Siti menoleh ke arah Iskandar yang enak berada di dalam kereta. Mata wanita itu membeliak besar.
Tanpa menunggu lama, rombongan Puan Siti itu mula beransur. Mata Iskandar dapat menangkap riak wajah kemerah-merahan Ramona. Dia menelan liur.
Puan Siti telah menyinsing lengan baju kurungnya hingga ke siku. Dengan gigitan geram pada bawah bibirnya, wanita itu berjalan penuh sebal ke kereta Iskandar.
Pintu kereta dibuka.
"Mama... Kenapa semua patah balik?"
"Kenapa Is tanya? Haaaaa.... Nak merisik bini orang dah kenapa??? Nak mati kena pukul dgn laki dia ker??!! Malulahh kami tadi... Mana nak letak muka tak tahulah! Mujur Pak Long kamu tue cool ja!" Puan Siti masuk ke dalam kereta dengan wajah masam mencuka.
"Aikk... Bini orang?? Takkanlah! Sorang-sorang jer dia kat umah... Eh... Jangan-jangan..."
Fikiran Iskandar ligat berfikir. Dia mengenggam erat stereng keretanya dan diletakkan dahinya pada lengan kanan.
'Lelaki tua tue suami dia??? Kenapa haritue dia langsung tak cakap apa-apa aku? Aaahh! Sudah! Aku dah kena game..!!!' Lelaki itu menghentak kuat sterengnya hingga terkena hon.
"Urmm... Itulah.. Mama dah cakap... Jangan terburu-buru... Nie langsung tak ada angin ribut.. Terus masuk merisik.. Haish..!" Puan Siti yang sudah reda rasa geram, mula memujuk anak lelaki kesayangannya.
Puan Siti telah beberapa kali mengingatkan Iskandar agar belajar erti sabar. Tetapi lelaki itu sememangnya tak reti nak bersabar... Jika A... A lah katanya. Tak apa, bercinta lepas kawen pun tak apa! Entah apa mimpi anak terunanya ingin menyunting gadis yang berjiran di hadapan rumah Razwan!
"Sudahlah... Jom kita balik... Muka mama nie rasa tebal lagi nie... Hishh..."
Iskandar hanya merenung jauh ke arah rumah Ramona. Hatinya sangat terguris!
🌸🌸🌸🌸🌸
"Mana ada Mon layan dia, makk! Dia yang hegeh-hegeh datang sini ritu.. Mmm.." Ramona cuba menerangkan keadaan sebenar pada Mak Leha. Wanita itu mula berang pada anak gadisnya. Disangkakan anaknya berlaku curang menggatal dengan lelaki lain sewaktu Pak Majid tiada di rumah.
Perbualan di antara Ramona dan Mak Leha ternyata didengari oleh jiran sebelah yang sangat penyibuk. Dasar suka menjaga tepi kain orang!
"Apa yang jadi harinie... Jangan kau cerita kat laki kau pulak! Eeeii... Budak nie! Ingat dah jadi bini orang.. Aku dah leh tido lena.. Takder susah hati dah! Nie jadi gini pulakk! Aiyook!" Mak Leha mula membebel. Hatinya rasa tidak sedap.
Ramona hanya diam membisu. Masih segar dalam ingatannya, sewaktu dia dan Pak Majid bermasam muka disebabkan lelaki bernama Iskandar itu.
Sampai kesudah dia tidak memberitahu statusnya pada lelaki itu, sehinggalah hari ini, Iskandar itu telah buat kerja gila! Merisik bini orang? Gila!!!
Gadis muda itu sangat kesal. Jika dia berterus terang tentang statusnya pada Iskandar, pasti tak akan kecoh macam hari ini!
"Dahlah... Jomlah masuk dalam... Aku nak tengok drama jap..."
Ajakan Mak Leha hanya dipandang sepi. Ramona mengetap bibirnya. Fikirannya masih berpusat pada kejadian yang berlaku padanya dan Pak Majid tempohari. Tidak dilupa juga lelaki bernama Iskandar itu!
'Cemana laki aku boleh bersikap tenang jer lepas kes haritue? Seolah-olah macam tak apa yang berlaku.. Siap bermanja dgn aku lagi lepas kejadian tue... Mmm... Aneh..' Getus hati Ramona penuh kehairanan.
Dia menapak perlahan masuk ke dalam rumah. Tanpa menyedari kewujudan cctv di sudut atas yang menghala ke pintu pagar rumahnya!
🌸🌸🌸🌸🌸
Pak Majid membelek telefon pintar nan satu yang dibuat sambungan dengan cctv di rumahnya. Telefon baru.
Dia berdecit. Kenapa susah sangat nak tengok nie? Atau dia yang bongok tak pandai guna?
'Aku nak kena jumpa dengan tokey cctv nie lah gamaknya... Takkan nak suruh bini aku kot godekkan.. Haishh...' Lelaki itu mengeluh.
Cctv telah siap dipasang pada bahagian depan, belakang dan sisi rumahnya. Masing-masing menghala pada pintu pagar utama, pagar keliling rumah dan pagar belakang. Satu lagi cctv diletakkan di bahagian dapur.
Lelaki itu kelihatan serabut memikirkan tentang orang yang datang bertandang ke rumahnya. Mustahil saudara maranya! Mereka tidak tahu menahu mengenai rumah ketiganya itu.
'Ahh... Nanti aku tanya sendirilah kat bini aku... Apa susah kan...' Lelaki itu menyedapkan hatinya sendiri. Dia percayakan cinta hatinya yang jauh di mata itu!
'Tapi... Itu kalau dia bagitau aku... Kalau dia rahsiakan?'
Kelam kabut lelaki tua kacak itu menelefon tauke Cina yang memasang cctv di rumahnya!
YOU ARE READING
HUJAN [•C•]
Ficción General"Aku tak akan pernah menganggap kau isteri aku, Mon. Aku hanya sayangkan isteri aku sahaja.. "- Pak Majid "Mon tak mintak banyak pun.. Mon cuma mintak, bimbinglah Mon ke arah jalan yang lebih baik..."- Ramona "Sayang.. Kita jumpa kat pondok ya... Li...