Riuh rendah keadaan pasar pagi itu. Para peniaga bising melelong sebagai agenda melariskan hasil jualan masing-masing.
Ramona mengekori Pak Majid dari belakang. Hujung baju kemeja Pak Majid dipegang erat.
"Uishhh! Jid! Lama tak nampak kau datang pasar! Pekabo?" Rakan Pak Majid yang menjual ikan, menegur dengan ramah.
Salam menyalam antara mereka disulami gelak ketawa. Ramona yang segan, menyorokkan sedikit wajahnya di belakang Pak Majid.
"Mmm.. Sotong dan udang nie tak ada kat kedai kita.. Pilihlah kalau nak.." Ujar Pak Majid seraya menoleh ke sisinya. Ramona hanya diam.
"Uishh.. Comel kemain bini muda kau Jid.. Kalau aku, tak keluar bilik dah 44 hari 44 malam!! Hahahaha!"
Deraian ketawa nakal pecah sekali lagi. Kali ini agak kuat.
Wajah Ramona merah padam menahan malu. Jari jemarinya diraih oleh Pak Majid. Lelaki itu cuba mententeramkan hatinya.
Ramona membalas genggaman erat jari jemari oleh suaminya. Terukir senyuman manis di wajahnya.
"Mmm.. Udang besar tue dua kilo ya.. Sotong pun sama.." Pantas Pak Majid bersuara pada anak buah rakannya, sekaligus mematikan usikan nakal tadi.
"Mon!!!"
YOU ARE READING
HUJAN [•C•]
Ficción General"Aku tak akan pernah menganggap kau isteri aku, Mon. Aku hanya sayangkan isteri aku sahaja.. "- Pak Majid "Mon tak mintak banyak pun.. Mon cuma mintak, bimbinglah Mon ke arah jalan yang lebih baik..."- Ramona "Sayang.. Kita jumpa kat pondok ya... Li...