Ramona terpisat-pisat membuka mata. Bau masam menyerbu hidungnya. Dia berada di sebuah gudang usang dengan ditemani lampu minyak tanah.
Kelihatan timbunan sekam yang belum dibakar berdekatan dengan mesin proses padi. Tahulah Ramona dia kini berada di sebuah kilang padi.
Kedua tangan Ramona diikat ke belakang di atas sebuah kerusi.
'Apa yang dah berlaku pada aku nie? Allahu... Abanggg....' Hatinya meruntun teringatkan suaminya.
"Tolongggg! Ada sesiapa takk??? Tolong sayaaaa!!!" Dijerit meminta tolong.
Hampa.
Tiada sebarang sahutan. Hanya suaranya yang bergaung di dalam gudang itu.
Bunyi derapan kaki berjalan membuatkan Ramona kecut perut. Matanya dipejam rapat. Dia berpura-pura masih tidak sedarkan diri.
"Hang mau juai kat aku... Tapi takdak dara punya... Adoi!" Seorang lelaki dengan pelat Siam loghat utara mula membebel.
"Tapi lawa wooo... Ambillah tokey... Kasik masuk dalam sana lah.. Untungg... Muka cantik!"
Ramona kenal suara itu. Dahlan!
Gadis itu mula kecut perut. Nafasnya terasa laju. Dia sedar, dia kini berada di utara tanahair. Ya Allah! Dugaan apakah ini?
"Aku takmau polis cari aku! Aku boleh simpan sat kat ghumah aku. Hang nak kawen bila?" Soal lelaki itu lagi.
Perkahwinan Dahlan dengan Mira semakin dekat. Ramona tidak menyangka yang lelaki itu sanggup ganggu hidupnya lagi.
"Dua minggu lagi... Aku rasa tak akan ada orang syak aku... Sebab aku sibuk uruskan kenduri aku.. Heh..." Suara Dahlan kedengaran begitu angkuh.
Lelaki berketurunan Siam itu hanya ketawa besar sambil bercekak pinggang.
"Ooo.. Pandai hang naaa... Bawak laghi bini oghang mai sini... Laki dia tau.. Mampoihhh hang! Hahaha!"
"Dia nie bini nombor dua... Kalau hilang pun, laki dia ada lagi satu... Tapi... Itulah.. Lumpuh pulakk! Hahaha! Cari nombor tiga pulak la! Hahahaha!"
Mereka berdua ketawa besar bersama.
Sakitnya hati Ramona ketika itu. Antara takut dan geram, dia perlu kuat untuk menghadapi semua itu.
Dahlan membuka penutup botol mineral dan dicurah ke atas kepala Ramona.
"Bangun pompuan! Bangun oii!!"
Dahlan mencengkam kuat rambut Ramona yang panjang. Ramona membuka matanya perlahan-lahan. Wajahnya menyeringai menahan sakit.
Di sisi Dahlan seorang lelaki berbaju pagoda dan berseluar pendek hanya tersengih memandangnya.
"Lepaskan aku.. Tolonglah... Tolong aku Lan... Aku nak balik pada suami aku!!" Ramona merayu pada Dahlan yang masih berkasar dengannya.
"Suami???!! Suami apa bodoh! Suami tua macamtue elok mati saja! Kau selayaknya jadi pelacur dari kawen dengan lelaki tua! Faham! Duit pun dapat!" Dahlan menarik kuat rambut Ramona hingga kepala gadis itu terdongak.
Ramona mula mengongoi. Air mata mula membasahi pipi gebunya. Dahlan meludah ke tanah. Hatinya masih sakit pada lelaki tua itu. Peristiwa dia dipukul, masih segar dalam ingatan. Lelaki sial!
"Tokey... Ko nak, ko angkat.. Kalau tak, aku bunuh jer dia nie lempar ke laut!" Bentak Dahlan. Dia memang mahu menghancurkan hidup gadis yang tak mampu dimiliki itu.
Ramona mula kecut. Tidak menyangka sama sekali lelaki yang merupakan cinta pertamanya itu boleh menjadi sekejam itu.
"Aiyoo.. Awat hang nak bunuh dia pulak... Nanti hang masuk jel barutauu! Aku bawak dia pi ghumah aku noh.. Pandailah bini aku nak jaga..." Lelaki berketurunan Siam menepuk lembut belakang Dahlan. Cuba meredakan amarah yang melanda lelaki itu.
YOU ARE READING
HUJAN [•C•]
Fiksi Umum"Aku tak akan pernah menganggap kau isteri aku, Mon. Aku hanya sayangkan isteri aku sahaja.. "- Pak Majid "Mon tak mintak banyak pun.. Mon cuma mintak, bimbinglah Mon ke arah jalan yang lebih baik..."- Ramona "Sayang.. Kita jumpa kat pondok ya... Li...