21🌺JETI

40.6K 560 103
                                    

Pak Majid menguap buat ke sekian kalinya. Matanya menjeling wajah isteri mudanya yang sudah terlena nyenyak melalui cermin.

Kenderaan Hilux miliknya dipandu laju. Mereka perlu tiba di Jeti Kuala Perlis selewatnya sebelum tengah malam dan bermalam di hotel murah berdekatan jeti itu.

Matanya memandang lurus ke jalanraya. Tetapi masih tidak dapat menolak untuk sekali sekala mengintai wajah Ramona. Pak Kadir yang menjadi peneman di sisinya, sudah berdengkur kuat.

Hentian R&R Gurun menjadi persinggahan mereka untuk menunaikan solat Qasar Jamak Takhir.

"Ayah.. Mak.. Kita berhenti solat dan makan dulu di sini.." Pak Majid bersuara sedikit kuat hingga Pak Kadir terkulat-kulat bangun menenyeh mata.

Mata lelaki itu sekali lagi mengerling Ramona yang masih enak diulit mimpi. Mak Leha hanya tersengih-sengih.

"Bini kau nie memang tido tak sedar diri, Majid oii.. Kami turun dululah.. Jom bang!"

Pak Majid hanya tersenyum kelat. Matanya hanya memerhati gelagat Mak Leha yang kelihatan agak bersopan apabila suaminya ada di sisi.

'Mak mertua aku nie.. Kalau ada Pak Kadir, terserlah pulak ciri-ciri isteri mithali tue.. Hehee.. ' tanpa sedar Pak Majid tersengih.

Sebelah tangannya menepuk peha Ramona yang sedang duduk bersila dengan kepala terlentok.

"Bangun! Kita dah sampai.. Makan dan solat!" Ditepuk berkali-kali.

Tiada respon.

"Ramona!!"

Tegas benar suaranya hingga gadis itu tersentak dari tidur. Mata gadis itu kemerahan dan mulutnya spontan ternganga luas.

Menguap tanpa menutup mulut.

Pap!

Pipi kiri Ramona ditampar lembut oleh Pak Majid. Terbeliak mata si Ramona dek tindakan spontan suaminya itu.

"Abang dah kenapa?? Sakitlahh!"

"Mmm.. Patutlah miang keladi asyik cakap benda-benda lucah jer.. Menguap tak tutup mulut.. " sengaja Pak Majid menyelar Ramona yang sedang mengikat kemas rambutnya.

Pak Majid hanya menjeling sekilas pada leher gebu isterinya. Berdetak detuk jantungnya tiba-tiba. Mana kan tidak, sudah agak lama dia 'berkebun' dan tidak menuai benih di ladang muda itu.

"Elehhh.. Kalau Mon melucah or wat aksi gatal pun.. Abang suker kannn? Baek abang ngakuu.."

Seolah-olah lupa dengan kata-kata Pak Majid yang mahu dia berpindah keluar semalam, gadis itu terus mengusik suaminya.

Pak Majid hanya berdehem. Malas mahu melayan pertanyaan gadis itu. Panjang ceritanya nanti!

"Ouchhh.. Ahhh..." Jeritan kecil Ramona yang terpelecok semasa menuruni kenderaan itu, membuatkan Pak Majid terus bergegas menghampirinya.

Disambut kedua lengan Ramona dan ditarik rapat ke tubuhnya. Tanpa disedari oleh Pak Majid, gadis itu tersenyum nakal.

"Hati-hatilah sikit... Mm.. Kelam kabut turun dah kenapa?" Suara Pak Majid berbaur tegas tetapi risau.

"Mmm.. Ayang takut suami ayang disambar orang.. Hensem sangatt..!" Selamba Ramona melontarkan kata-kata pada suaminya. Sengaja dia membahasakan dirinya 'Ayang'.

Wajah Pak Majid terasa panas dan mula kemerahan. Dia hanya mampu menelan liur. Tak menjangkakan Ramona akan menuturkan kata-kata itu.

"Ehemm.. Mm.. Aku dah tua.. Tak ada hensemnya pun.. Mmm.. Dahlah.. Jom.." Ujar Pak Majid seraya menarik tangan Ramona lembut. Gadis itu tersenyum lebar. Dikepit kemas lengan suaminya sambil berjalan beriringan.

HUJAN [•C•] Where stories live. Discover now