4🌺PUTUS

47.9K 496 202
                                    

Hati Ramona berdebar-debar. Tidak tahu apa yang hendak digoreng pada kedua ibu bapanya. Anak dara apa pagi-pagi buta baru balik?? Ke mana kau semalaman?

Terngiang-ngiang suara gemersik Mak Leha di telinga Ramona. Soalan bertalu-talu dan leteran padu.

Ramona berjalan perlahan. Cuba mencuri masuk melalui pintu dapur. Pelik. Pintu dapur tertutup rapat.

'Aik.. Biasa mak mesti tengah sibuk bersilat kat dapur time gini.. 'Ramona cuba menyelak daun tingkap kaca dapurnya dengan hujung ibu jarinya. Ketat sangat.

Dijenguk ke ruang bawah rumah. Motorsikal Pak Kadir tidak ada.

'Ayah keja malam.. Sepatutnya dah balik kan?'getus hatinya lagi.

Apabila dipastikan memang rumahnya itu tidak berpenghuni, Ramona mencari-cari kunci rumah yang terselit di celah payung kecil yang disangkut kemas. Lokasi rahsia kunci rumah jika berlaku kecemasan.

Usai melangkah masuk ke dalam biliknya, Ramona terkocoh-kocoh menyucuk pengecas bateri ke telefon pintarnya. Benda terpenting!

Dalam pada membiarkan telefon pintarnya dicas seketika, Ramona menanggalkan pakaiannya satu persatu. Direnung tubuh montok yang diulit oleh seorang lelaki tua semalam.

'Kenapa aku terasa nikmat sangat bila bersama lelaki itu? Sebab usia dia ker? Tapi dia tua dari ayah kot!!! Atau kejantanannya yang sihat itu? Mmmmm.. Ummm... 'Tanpa sedar tercetus dengusan ghairah di bibir Ramona.

'Tidak Mon!! Kau ada Dahlan! Tunang kau!!!'jerit batin Ramona. Gadis itu tersedar dan pantas mencapai telefon pintarnya. Ditekan button ON.

Bertalu-talu mesej masuk usai sahaja telefon pintarnya itu dihidupkan. Berbelas panggilan tidak dijawab dan pesanan mesej.

Trit! Trit!

Hampir terlepas telefon itu dari tangannya. Tertera nama 'Mak' di skrin telefonnya. Hatinya berdebar kuat.

'Alamakkk.. Alamakkkk... Mak call! Nak jawab apa??'

Mak Leha : Hello! Monn!! Kau ke mana hah??

Ramona : Errr.. Anu.. Aaaa... Monn... Lupa cas henpon..

Kedengaran suara riuh di hujung talian. Ada orang lain bersama Mak Leha.

Mak Leha : Sudah.. Sudah.. Datang sepital sekarang! Lan masuk wad nie! Cepat datang!!

Talian telefon diputuskan. Ramona terpinga-pinga.

'Dahlan masuk sepital? Kenapa? Bagaimana? Eh.. Apa aku dah buat nie???' Menyedari dirinya yang masih berbogel di hadapan cermin, Ramona terus mencapai tuala.

Dibersihkan tubuhnya yang 'kotor' bersetubuh semalam. Mandi wajib. Rambutnya yang lebat dan panjang itu, dibasahkan tanpa ragu-ragu.

'Aku terukkk betul!.. Sudahlah melenjan dengan orang tua, kat pondok dusun dia pulak tue!! Adussss...' Ramona kesal sangat-sangat dengan apa yang berlaku.

'Ini semua kerja gilak!!'

-----------

Ramona berjalan perlahan menuju ke arah Wad Lelaki. Belum lagi waktu lawatan, tetapi dibenarkan dua orang untuk berada bersama dalam satu masa.

'Takperlah.. Tunggu waktu lawatanlah.. Baik aku isi perut dulu.. 'Bisik hati kecil Ramona. Dia menyinggah sebentar di mini mart Hospital MM untuk membeli roti bagi mengalas perutnya.

Dalam pada dia leka mengunyah roti Gardedia inti coklat itu, tiba-tiba bahunya ditepuk.

"Mon! Apa khabar kamu?"mata mereka bertentang. Mon kenal wanita itu. Ibu pada bekas sahabatnya, Mira.

HUJAN [•C•] Where stories live. Discover now