29🌺TANGIS

47.9K 677 226
                                    

Shida baru selesai memasak di dapur. Kak Temah awal benar pagi itu mengetuk pintu rumahnya.

"Aku tengok kereta Pak Majid takder... Itu yang aku datang awal! Tak tahu pulak kau ader Shida..." Ramah benar Kak Temah berbual bersama Shida. Menantu Pak Majid hanya tersenyum sambil menyuapkan cucur udang ke dalam mulut.

"Kak Temah perasan bila yang keta ayah tak ada kat garaj?" Shida berbisik-bisik takut didengari ibu mertuanya, Mak Awa.

Wanita itu tersengih gatal. Kedua keningnya terangkat-angkat.

"Takkanlah nak lepaskan bini muda tido sorang-sorang... Rugi aihhh!!"

"Hihihihi!!"

Serentak mereka berdua ketawa mengekek. Kalaulah Mak Awa berdaya berjalan, pasti tidak berani mereka berbisik-bisik begitu di belakangnya.

"Ehhhh... Akak masuk dululah... Nak mandikan Mak Awa dan suap makan..." Wanita berusia 30-an itu mula menapak ke bilik Mak Awa yang tertutup rapat pintunya.

Shida menghirup perlahan-lahan kopi O panas di dalam mug. Fikirannya mula menerawang. Dia tahu ayahnya curi-curi keluar lewat malam semalam kerana pada tika itu dia sedang bergayut bersama Farouk.

'Ayah.. Ayahh... Harap mak tak tanya banyaklah pagi nie... Kalau tak... Matilahhh aku nak jawab apa!' Wanita muda itu menggelengkan kepada dengan segaris senyuman terukir di bibirnya.

🍂🍂🍂🍂🍂

Rancak benar Ramona berborak bersama Pak Majid di ruang tamu. Tidak lepas cumbuan berselang seli dengan perbualan antara mereka. Tindakan yang hanya mengundang nafsu membara dan kehendak yang menggebu-gebu.

"Urmm... Kenapa gatal sangat isteri abang nie? Macam tak puas ja.. Mmmm... " Belitan lidah Ramona pada lidahnya membuatkan nafasnya menderu kuat.

"Sapa suruh abang cekup apam ayang tadiii... Mendapatlah.. Wekkk!"

Lidah yang terjelir itu menyerlahkan kecomelan wajah Ramona. Pak Majid tersenyum.

"Ohh.. Ayang lupa lak.. Minggu nie memang minggu ayang suburrrr! Rasanya malam tadi kemuncak kot... Itu yang gatal merenyam jer.. Huhuhu.."

Pak Majid hanya mengerling dengan senyuman sinis.

"Elehhhh... Ayang tue subur ke tak, sama ja merenyamnyaaa!"

"Abangggg!!!" Geram dengan usikan Pak Majid, wajah Ramona merona merah dan disembam ke dada suaminya.

Rambut panjang beralun itu diusap lembut. Pak Majid merenung jam tangannya. Sepatutnya waktu begini Kak Temah sudah bertandang ke rumahnya.

"Abang nak ke kedai dulu... Jap lagi nak singgah ke bandar beli barangan keperluan kak Awa.." Ujar Pak Majid dengan renungan yang berpusat pada isterinya.

"Haaa!! Ayang ingat nak beli kain ela lah..."

Dahi Pak Majid berkerut.

"Nak buat apa?"

Ramona tersenyum lebar sambil melentokkan kepalanya. Dimain-mainkan hujung jari telunjuknya pada dada bidang Pak Majid.

"Tueeee... Nak jahit langsir.. Daif sangatlah langsir lama abang nie... Alang-alang tak ada kerja nie, bolehlah ayang menjahit.." Terang Ramona dengan panjang lebar.

"Whoaa.. Abang tatau lak bini abang pandai menjahit.. Ingatkan tahu makan tido, pehtu ajak abang mainnnn jer... Hahahaha!" Ketawa besar Pak Majid.

"Abangggg!! Urghh! Jangan pandang ayang tak ada mata okeyy!" Hidung Ramona kembang kempis menuturkan jaminan itu pada suaminya.

HUJAN [•C•] Where stories live. Discover now