"Allahu Akbar... Allahu Akbar..."Ramona terdengar sayup-sayup azan Subuh berkumandang. Dia terjaga. Sudah beberapa hari dia tidak menunaikan solat. Tidak tahu arah kiblat.
Hanya mampu niat di dalam hati. Dia hanya sehelai pinggang diculik oleh Dahlan tempoh hari. Telefon bimbitnya telah ditinggal di dalam kereta semasa membeli kek harijadi buat suaminya.
Makannya di rumah itu juga, banyak dibeli oleh Pak Joi. Dia tahu Mak Nui sedar atas sensitivitinya. Mereka sekeluarga memang memakan daging babi. Takkan lah dia mahu memasak menggunakan perkakas dapur yang telah dimasak daging babi hatta memasak maggi sekali pun?!
Pundi kencing Ramona terasa penuh. Ketika keluar dari bilik, dia terserempak dengan Mak Nui. Wanita itu memegang bekas buyung kecil berwarna perak yang berisi air kencing dan air ludahnya.
Wanita itu gemar mengunyah sireh juga. Mungkin sudah begitu caranya lantaran malas mahu naik turun tangga tengah malam untuk membuang air kecil.
"Awai mangkit?" Tegur Mak Nui. Terukir senyuman di bibirnya.
"Mmm.. Rasa nak kencing pula.." Balas Ramona seraya menghadiahkan senyuman tipis.
"Mmm.. Harinie jomlah ikut aku pi pasar pagi.." Pelawa wanita itu. Celotehnya mengingatkan Ramona pada Mak Leha.
Ramona diam tertunduk melihat baju di tubuhnya. Mak Nui senyum.
"Baju anak aku banyak aih... Nanti aku tipon suruh dia bawak mai.. " Kebetulan rumah anak perempuan Mak Nui hanya jauh sedikit di belakang rumahnya.
Ramona hanya mengangguk.
"Leh pinjam telefon ke Mak Nui?"
Mak Nui tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Tak boleh.. Nanti Pak Joi maghah aku plak.." Ujar Mak Nui sambil berjalan menuju ke bilik air.
Ramona termenung panjang di ruang tamu.
Gong! Gong!
Bunyi anjing di luar rumah. Kebiasaannya anjing itu diikat di hadapan rumah papan separuh batu yang didiami oleh keluarga itu.
Srek! Srek!
Kedengaran pintu rumah itu dicakar dari luar. Ramona kecut perut.
Mak Nui terkocoh-kocoh menghampiri pintu. Mulutnya becok memarahi si Janet, nama manja anjing hitam belaannya itu. Marah dalam bahasa yang tidak dapat difahami oleh Ramona.
"Pak Joi hang la nie! Pi lepaih tali dia.. Dok hingaq jaa pagi-pagi.. Mmm... Hang pi mani dulu.. Siap-siap... Leh kita keluaq awai..." Mak Nui memberikan arahan pada Ramona yang masih termangu. Gadis itu tidak banyak cakap.
(*mani - mandi
Hingaq - bising)Tuala dicapai dan dia mula melangkah lemah ke bilik air. Air kolah yang ditadah embuatkan bibirnya menggeletar kesejukan. Lama juga dia di dalam bilik air.
YOU ARE READING
HUJAN [•C•]
General Fiction"Aku tak akan pernah menganggap kau isteri aku, Mon. Aku hanya sayangkan isteri aku sahaja.. "- Pak Majid "Mon tak mintak banyak pun.. Mon cuma mintak, bimbinglah Mon ke arah jalan yang lebih baik..."- Ramona "Sayang.. Kita jumpa kat pondok ya... Li...